20 Ogos 2009

Mesyuarat Pertama Penubuhan Mat2U Committe

MEMO

Tarikh : 18 Ogos 2009

Per: MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN KELUARGA MAT2U 2009

Kepada,
Semua Ahli Keluarga MAT2U

Daripada,
Persatuan Keluarga MAT2U

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Keluarga MAT2U akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu dan juga penubuhan Syarikat Keluarga Mat Tuyu yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Hajah Ramlah Bt Hassan, Bakri Batu 5
Masa : 4.00 petang

2. Pihak Persatuan Keluarga memohon jasa baik semua ahli keluarga untuk menghadirkan diri bagi melancarkan segala perancangan penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu dan juga perbincangan tentang program yang akan diadakan pada 21 September 2009 bersamaan dengan hari Isnin di Hotel Pelangi iaitu “Rumah Terbuka Hajah Ramlah Binti Hassan” sempena Hari Raya Aidilfitri Keluarga MAT2U 2009.

3. Disamping itu juga, majlis berbuka puasa akan diadakan di rumah Hajah Ramlah Binti Hassan yang akan dianjurkan oleh pihak persatuan. Pihak Persatuan amat berbesar hati sekiranya ada di kalangan ahli keluarga yang ingin sama-sama menyumbangkan juadah berbuka puasa untuk majlis berbuka puasa tersebut.

4. Kepada ahli keluarga yang tidak dapat hadir untuk mesyuarat tersebut, diminta untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada Pengerusi Persatuan Keluraga MAT2U.

Semua ahli keluarga adalah dijemput hadir.

Perhatian dan kerjasama daripada ahli keluarga amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA MAT2U”

Noor Rashidah Bt Mahzan

“1 KELUARGA 1 MAT2U”

3 ulasan:

Mazid Mazlan berkata...

Persatuan Mat2u dah tubuh ke?? x tau pun cite....

siber79 berkata...

persatuan lom tubuh lagi, sebab tu la nak bermesyuarat, panggil semua orang, bagi notis supaya boleh tubuh persatuan....jangan lupa isi borang yer.... (aku pun lom isi lagi...hehehhe)

aza berkata...

nak meeting tak bincang pown...aku balik 30-31hb laa...terlepas lagi la meeting kali ni nampaknya..apa daaa

Related Posts with Thumbnails