Sebagaimana yang semua telah
sedia maklum, pada 6 November 2011 (Hari Raya Korban) bertempat di Parit
Muhammad Batu 5 Bakri Muar telah diadakan mesyuarat bagi membincangkan hala
tuju & aktiviti Keluarga Mat Tuyu 2012.
Walaupun kehadiran ahli kurang
memberangsangkan, tetapi atas persetujuan ramai yang hadir, mesyuarat tetap
diteruskan dan mencapai objektif seperti yang telah digariskan sebelum ini.
Antara yang hadir, termasuk Mak Unggal, Mak Cik, Mak Ngah dan lain-lain
Pengerusi majlis bersungguh-sungguh sedang menerangkan agenda mesyuarat
Saudara Anuar sedang mengutarakan cadangan sambil didengar oleh Atuk & Pak Al
Setelah bermesyuarat lebih kurang
1 1/2 jam, makanya semua yang hadir telah mencapai satu persetujuan seperti
berikut:
1) Penubuhan Kelab Keluarga Mat Tuyu :
Sebagai langkah permulaan, semua
yang hadir telah bersetuju untuk menubuhkan apa yang dipanggil sebagai Kelab
Keluarga Mat Tuyu. Ini merupakan langkah awal sebelum ditubuhkan sebuah
persatuan secara rasmi dan berdaftar.
Tujuan awal penubuhan kelab ini
adalah bagi mengumpul dana bagi membuat pelbagai aktiviti berkaitan keluarga
sebelum diluaskan kepada perkara lain.
Sekiranya aktiviti kelab dan dana
yang dicadangkan mencukupi dan mencapai matlamat, penubuhan persatuan yang sah
dan berdaftar akan dipertimbangkan pada masa hadapan.
2) Keahlian
Keahlian buat masa ini adalah
terbuka kepada semua ahli Keluarga Mat Tuyu dan kerabat yang terdekat. Yang
bukan dari ahli Keluarga Mat Tuyu juga dialu-alukan tetapi tiada apa-apa
paksaan dikenakan.
3) Yuran keahlian
Yuran keahlian terbahagi kepada 3
kategori :
a) Yuran
pendaftaran - Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah RM1.00 bagi setiap ahli
keluarga tidak kira tua atau muda. Yuran pendaftaran ini hanya perlu dibayar SEKALI SAHAJA bagi setiap kepala semasa
mengemukakan borang pendaftaran.
Contohnya, dalam Keluarga Pak Ajak ada 4 orang ahli. Jadi, jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar ialah RM4.00 beserta dengan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.
b) Yuran
tahunan - Yuran tahunan pula dikenakan sebanyak RM50.00 setahun bagi setiap
keluarga induk.
Contohnya, bagi Keluarga Pakcik Hj Matar perlu membayar
sebanyak RM50.00 setahun. Bayaran ini merangkumi semua ahli dalam keluarga
Pakcik Hj Matar dari yg tua hingga yang paling kecil. Begitu juga dengan keluarga yang lain.
c) Yuran
bulanan - Yuran bulanan pula dikenakan sebanyak RM 20.00 sebulan dan tertakluk kepada
syarat seperti berikut:
i) Yuran bulanan perlu dibayar hanya untuk generasi ke-2 dan ke bawah (maksudnya cucu, cicit Mat Tuyu).
ii) Ahli perlu
berumur 18 tahun ke atas :
a) Sekiranya
telah berkahwin, yuran dipungut mengikut pasangan masing-masing.
Contohnya pasangan En Aspar & Puan Mazlina hanya perlu membayar RM20.00 sebulan.
b) Sekiranya
belum berkahwin, yurun perlu dibayar sebagai individu.
Contohnya Cik Siti Sarah juga perlu membayar RM20.00 sebulan.
c) Sekiranya
belum berkerja, belajar dsb tetapi berkemampuan, yuran perlu dibayar sebagai
individu. Sekiranya anda membayar menggunakan duit keluarga, pastikan anda
telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga.
Contohnya Adik Nurr Syaheera yang masih belajar boleh membayar RM20.00 sebulan sekiranya beliau merasakan tidak membebankan atau boleh juga dibayar oleh En Amir Hamzah bagi pihak beliau jika mendapat kebenaran.
Yuran pendaftaran telah mula
dikutip sekarang bersama-sama borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.
Yuran tahunan pula akan dikutip
pada awal Januari 2012 dan yuran bulanan akan mula dikutip bermula Februari 2012
bagi yuran bulan Januari 2012 dan seterusnya.
Yuran bulanan hendaklah diterima
sebelum atau pada 7hb setiap bulan berikutnya. Diharap tiada sebarang
kelewatan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.45 petang.
Itu sahaja untuk makluman terkini. Sekiranya terdapat sebarang penambahan akan diberitahu kelak.
Sekian.
Wassalam.