30 Oktober 2011

Mesyuarat Pre-Council Membincangkan Hala Tuju & Aktiviti Keluarga 2012

Assalamualaikum...

Bertemu lagi dalam entri seterusnya. Sebagaimana yang telah sedia maklum, pada hari Sabtu lepas (22 Okt 2011) bertempat di rumah Puan Latifah Hj Mohamed, telah diadakan  satu mesyuarat pre-council bagi membincangkan agenda yang akan diketengahkan  sempena Mesyuarat Pertama bagi membincangkan Hala Tuju & Aktiviti Keluarga pada  tahun 2012 yang akan diadakan pada 6 November 2011 yang akan datang.

Antara ahli keluarga yang hadir meraikan kenduri doa selamat sempena keberangkatan Mak Long Gayah menunaikan ibadah Haji serta mesyuarat pre-council

Kelihatan ahli keluarga yang tua juga turut memberikan reaksi cadangan dalam mesyuarat pre-council

Dalam mesyuarat pre-council tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 50 orang ahli keluarga  Mat Tuyu telah bersetuju dan mencadangkan beberapa agenda bagi kita menetapkan hala tuju serta aktiviti keluarga pada tahun 2012.

Antara agenda yang telah dipersetujui untuk dibincangkan ialah :

1) Mewujudkan semula dana keluarga bagi menyokong aktiviti keluarga

Bagi agenda pertama ini, mesyuarat pre-council telah membuat ketetapan bahawa bagi  dana keluarga yang akan diwujudkan semula beberapa ketetepan akan dibincangkan iaitu :

a) Dana ini akan dikutip hanya bagi Generasi ke-2 dan ke bawah Keluarga Mat Tuyu. Ini  bermakna Generasi Pertama seperti bapa & ibu saudara tidak terlibat dalam kutipan  dana ini. Mereka hanya akan dilantik sebagai Penasihat dan tidak mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan.

b) Dana yang dikutip ini akan mempunyai beberapa syarat :

i)         Terbuka kepada Generasi Kedua Keluarga Mat Tuyu dan kebawah.

ii)       Yuran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM20.00 sebulan.

iii)   Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan telah bekerja.

iv) Bagi yang telah berumah tangga, yuran akan dikutip berdasarkan pasangan masing-masing iaitu satu pasangan membayar RM20.00 sebulan dan bukan secara individu.

v) Tiada apa-apa paksaan dikenakan. Ini bermaksud, pihak penganjur tidak akan memaksa mana-mana pasangan atau individu untuk menyertai dana ini. Tetapi sekiranya pihak penganjur mengadakan apa-apa majlis, mereka tetap akan dijemput sebagai ahli keluarga tetapi mereka tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan.
.
vi) Sekiranya ada pihak dari keluarga lain seperti Keluarga Tok Chu atau individu lain yang berminat menyertai dana ini, kami semua tersangat amat mengalu-alukan dan juga tiada paksaan dikenakan. Mereka juga tertakluk kepada syarat-syarat yang sama seperti yang telah ditetapkan.

vii) Lain-lain syarat tambahan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

c) Dana yang akan dikutip itu, akan dimanfaatkan untuk menjalankan aktiviti keluarga.  Aktiviti pertama yang dirancang adalah Majlis Hari Raya Aidilfitri 1433H/ 2012M. Aktiviti yang lain akan dirancang dan dibincang dari semasa ke semasa.

2) Mewujudkan sebuah perstuan keluarga yang sah & berdaftar

Seterusnya, dalam mesyuarat pre-council ini juga, kami telah memikirkan secara serius untuk mewujudkan sebuah persatuan keluarga yang sah dan berdaftar. Ini adalah kesinambungan daripada dana keluarga yang telah dibincangkan sebelum ini.

Memandangkan pihak keluarga akan mengutip dana dan berbentuk wang ringgit, jadi dikhuatiri kutipan tersebut akan melanggar mana-mana undang-undang pada masa akan datang.

Jadi kami berpendapat sebuah persatuan keluarga perlulah diwujudkan bagi  menguruskan dana tersebut dengan lebih sistematik dan teratur serta sah dan berdaftar dengan kerajaan.

Walau kelihatan isu ini agak remeh, tetapi sebenarnya ianya memberi banyak manfaat  dan keuntungan pada masa akan datang.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, keluarga kita semakin hari semakin bertambah. Setakat 30 Oktober 2011, kita telah mempunyai lebih kurang 128 orang ahli. Itu hanya ahli Keluarga Mat Tuyu. Cuba anda bayangkan, jika dicampurkan dengan ahli-ahli keluarga Tok Ngah Timah & Tok Chu Aminah, bilangan ahli keluarga kita boleh mencecah hampir 250 orang.

Cuba anda semua bayangkan manfaat yang akan diperoleh  dengan bilangan ahli keluarga yang sebegitu ramai sekiranya kita semua dapat bersatu dengan membuat sedikit sumbangan bagi ahli keluarga kita sendiri.

Kita hanya akan kuat dan padu apabila kita semua dapat bersatu. Bagai penyapu lidi, jika kita ibarat sebatang lidi, kita mudah dipatah-patahkan tetapi jika kita semua bersatu dan menjadi sebatang penyapu, kita bukan sahaja tidak terpatahkan malah kita berkuasa menyapu dan membersihkan halaman rumah yang semakin bersepah dengan daun-daun kering!!!

Janganlah kita jadi seperti buih-buih yang banyak di lautan tetapi akhirnya ditelan oleh ombak yang ganas tanpa sebarang manfaat!!!

Perlulah diingatkan di sini bahawa segala keputusan yang dibuat dalam mesyuarat pre-council masih belum muktamad dan masih terbuka untuk dibincangkan pada mesyuarat yang akan di adakan pada 6 November nanti.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua ahli keluarga Mat Tuyu khasnya dan Waris Tok Enjah umumnya, marilah kita semua bersatu serta bekerjasama menjayakan agenda yang murni ini, bukan untuk kita, tetapi yang lebih penting untuk generasi kita yang akan datang.

Sekali lagi blogmaster mohon mencadangkan.

Wassalam.


18 Oktober 2011

Mesyuarat Bagi Membincangkan Hala Tuju & Aktiviti Keluarga 2012

Kepada :

SEMUA WARIS KELUARGA HAMZAH HAJI MUHAMMAD YASSIN
(KELUARGA HJ MOHAMED HAMZAH, FATIMAH HAMZAH & AMINAH HAMZAH)

Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai wakil yang diamanahkan untuk mewar-warkan perkara tersebut, dengan ini sukacita menjemput sekalian sanak saudara yang sewaktu dengannya untuk hadir ke majlis yang tersebut di atas seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 6 NOVEMBER 2011 (AHAD) (HARI RAYA QURBAN)

MASA : 1.30 PETANG

TEMPAT : RUMAH KELUARGA MAT TUYU, PARIT MUHAMMAD, BATU 5, BAKRI MUAR.

2.  Perjumpaan kali ini dianggap penting bagi membincangkan hala tuju serta aktivti keluarga kita pada tahun 2012 dan seterusnya. Diharapkan agar semua dapat hadir dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi setiap keluarga. Mana-mana keluarga yang tidak dapat hadir, diharap dapat menghantar SEORANG ATAU LEBIH WAKIL dari kalangan keluarga mereka agar segala keputusan perjumpaan ini dapat diwar-warkan kepada mereka yang tidak hadir.

3.   Sekali lagi, ingin ditegaskan bahawa perjumpaan ini adalah DIWAJIBKAN atas nama mengeratkan lagi silaturrahim yang telah wujud sejak sekian lama. Semoga dengan perjumpaan ini, diharap dapat menyambung hasrat yang telah lama tergendala.

4.   Kerjasama serta sokongan pihak-pihak yang terlibat, diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,





Related Posts with Thumbnails