24 Oktober 2009

Kenangan Mengusik Jiwa Episod 3

Bertemu kembali...

Alang-alang dok cerita pasal bas dalam entri lepas, maka blogmaster nak sambung lagi crite pasal bas nie... tengah syok-syok layan cerita kete kat blog Mak Ngah, tetiba teringat satu lagi nostalgia tentang bas, tapi kali ini bukan pengalaman saya sorang, saya rasa semua orang ader cerita tersendiri tentang pengalaman berikutnya.

Sememangnya Keluarga Mat Tuyu punya pelbagai cerita nostalgia yang banyak lagi belum diceritakan. So, bloggers semua jangan la ketandusan idea. Saya dah bagi idea baik punya...Cuba la korang cerita nostalgia versi korang pada kita semua. Mana la tau, bloggers lain ada cerita yang best untuk dikongsikan bersama.

Ceritanya tentang pengalaman hantar pengantin, tak kira la pengantin lelaki ke perempuan dalam Keluarga Mat Tuyu menggunakan bas.

Kalau tak silap blogmaster la (kalau silap tolong betulkan, maklumlah, masa tu kecik lagi, ingatan lom berapa kuat sangat), first time yang blogmaster ikut masa tu ketika majlis perkahwinan Pak Anjang. Arwah atuk Mat Tuyu sewa Muar Motor Bus pergi menghantar Pak Anjang ke Jordan....hehehe..Jorak ler tu...masa tu penuh rasanya satu bas, tapi sayangnya ingatan masa kecik tak mengizinkan nak cerita lebih, sebab ingatan tu lom lekat lagi. Tapi tu aje yang saya boleh ingat. Yang lain tu sapa yang tahu tolong la story mory la yer. Kalau nak bukti tu ader gambar kat bawah nie.


Tengah menjamu selera di Jorak (Rumah Mak Anjang). Kelihatan Mak Long Gayah, Mak We Fatim, anaknya Arwah Edman. Yang tepi sekali tu blogmaster (nampak kepala aje) bersama Mak Ngah. Kelihatan juga di belakang Mak Long Manisah & Mak Ton

Pas tu kali kedua blogmaster naik bas hantar pengantin masa kawin Pak Al, masa tu teruja atau org putih kata excited sangat sebab nak antar pengantin kali ni jauh skit, walaupun tak la jauh mana Lubuk Cina tu, tapi waktu tu kira jauh la gak kan. Tapi setakat tu aje la yang blogmaster ingat. Yang lelain tak masuk dalam kotak ingatan la. Itu aje yang mampu diingat. Yang ini takde gambo la, kalau sesapa ada gambar masa hantar pengantin Pak Al tolong la siarkan yer.

Lepas tu, seingat blogmaster lama juga Keluarga Mat Tuyu takde hantar pengantin naik bas. Sebab dah takde yang kawin orang jauh-jauh, jadi memadai guna kereta aje.

Hinggalah tahun 2002 kalau tak silap bulan Ogos 2002, En Latif Matar berkahwin dengan Puan Ina di Pulau Pinang. Maka sekali lagi Keluarga Mat Tuyu menghantar pengantin naik bas sekali lagi.

Kali ini ingatan dan baik sikit. Dah beso la katakan. Kali nie Pak Ngah chaterkan Muar Motor Bus yang ader air-cond bertolak dari Muar ke Penang pada waktu malam. Berhenti kat KL di umah Poksu ambik keluarga yang kat KL (masa tu rasanya juriblog pun pegi gak...hehehe..ampu skit juriblog). Macam-macam makanan bawak dalam bas. Mak Ngah bawak kacang rebus satu besen besar, mak cik pulak bawak nasik lemak untuk makan dalam bas.

Satu yang tak boleh dilupakan betapa 'gilanya' kepala-kepala Keluarga Mat Tuyu ialah sambutan hari jadi Ebab masa tu nyanyi dalam bas ramai-ramai macam bas tu korang yang punya. Sampai pemandu bas tu leh kata "Aku dah berpuluh tahun bawak bas, tak pernah aku jumpa keluarga yang macam nie". Mana taknya macam-macam perangai ader dalam bas tu sampai majlis hari jadi pun buat dalam bas..perghh..tak leh lupa sampai sekarang.

Sampai Penang dalam 9-10 pagi, pastu masing-masing berebut pulak cari bilik masuk chalet. Bilik yang disediakan ok la, tapi tau aje la karenah Keluarga Mat Tuyu nie, kalau tak berebut-rebut tak sah.Hehehe....kalau bebudak tu dimaafkan la gak, ini orangtua pun sama berebut gak...hehehe.

Dari chalet terus ke masjid untuk sesi akad nikah pulak. Lepas selesai akad nikah tu lepak-lepak sekejap kat masjid & pegi ke rumah pengantin untuk sesi bersanding. Lepas semua selesai, balik dari rumah pengantin singgah kat bandar Georgetown pi pusing2 Penang pastu terus balik, singgah KL turunkan penumpang KL dan pastu sampai Muar kat pukul 12 tgh mlm gak la.



Sebahagian rombongan perkahwinan En Latif Matar di Pulau Pinang pada Ogos 2002

Itulah serba sedikit nostalgia di sebalik hantar pengantin dengan bas. Kalau korang ader versi sendiri korang citer la yer kat blog korang plak. Blogmaster dah penat menaip. Nak perah otak lagi untuk entri seterusnya.

21 Oktober 2009

Kenangan Mengusik Jiwa Episod 2

Inilah dia bas no 24 Bakri Camp ke umah Atuk, tapi sekarang semua tinggal kenangan, basnyer pun dah takde operasinya...sebab tu tajuknya kenangan mengusik jiwa...



Assalamualaikum...

Terlanjur cerita tentang umah atuk lama kat garaj Bus Lian Hoe di Batu 1, Bakri pada posting lepas, ada la satu dua kenangan tentang Lian Hoe Omnibus nie. Sekarang syarikatnya pun dah tutup, ganti dengan syarikat Mayang Sari.

Dulu-dulu kalau nak pegi umah atuk di Bakri Batu 5, memang pengangkutan ini lah yang paling senang. Maklumlah dulu nak naik kereta pun payah. Setiap kali cuti sekolah atau hujung minggu kalau takde aktiviti kat umah, selalu gak la blogmaster jenjalan pegi umah atuk dan transportnya apa lagi kalau bukan Bas Lian Hoe (kekadang nak mudah dipanggil bas Len Hoe jer..maklumlah org muo...)

Satu yang best kalau nak pergi umah atuk ada dua pilihan sama ada naik bas Len hoe no 24 ke Bakri Camp atau no 25 kalau tak silap ke Yong Peng. Yang best tu, kalau nak naik free, ada caranya.

Caranya kena tunggu Pak Ella le yang jadi konduktor bas. Selalunya Pak Ella akan jadi konduktor bus ke Yong Peng. Jadi nak naik free tunggu je bas Yong Peng yang konduktornya Pak Ella, sure dapat naik bas free...hehehe...mendajal gak blogmaster nie....

Tapi yang tak syoknya, bus gi Yong Peng nie ada sejam sekali, kekadang tu lambat sampai sejam setengah. Jadi kekadang tak sanggup nak tunggu lama, naik je la bas no 24 ke Bakri Camp. Ala lagi pun masa tu tambangnya murah ajer, seingat saya baru je RM0.60 ajer. tak lama pastu naik sampai RM0.90 plak,pastu kalau tak silap RM1.20. Pastu dah lupa sebab dah jarang naik bas dan masa tu dah belajar ke UM.

Satu lagi cara kalau nak naik bas free ialah tengok pemandunya. Sebab saya ada seorang sedara kat Jalan Bakariah, namanya En Ajis @ Sulaiman yang keje dreber bas, jadi kalau naik bas yang dia bawak memang naik free gak..hehehe...asyik nak free jek yer....

Tapi bas nie memang banyak meninggalkan nostalgia la. Pak Ella pun dah berhenti jadi konduktor bas sekarang dah berhijrah kat Lumut, Khabarnya tolong jaga cucu dan anak sedara kesayangannya, Nani berniaga kat sana.

Warga lama Mat Tuyu mesti lagi banyak kisah di sebalik bas Len Hoe nie. jadi kongsikan la cerita tu kat generasi baru Mat Tuyu

Sapa yang tak pernah tengok bas Lian Hoe kat bawah nie ade la sekeping gambar yang dicuri dari internet. Basnya yang warna kuning tu, sebelahnya Muar Motor Bus, bas untuk pergi ke Pagoh dan kawasan sekitarnya termasuklah ke Jordan...hehehe...warga Mat Tuyu tau la Jordan tu kat mana yer... Kepada yang tau.........takpe........Tak tau...........tanya...


18 Oktober 2009

Kenangan Mengusik Jiwa

Assalamualaikum...

Sempena menutup Aidilfitri tahun ini, saya kongsikan sekeping gambar nostalgia Aidilfitri. Tahunnya tak pasti tapi sekitar tahun 1980-an la rasanya. Masa nie masih ada lagi anak-anak Mat Tuyu yang belum berkahwin dan cucu-cucu pun masih kecik-kecik lagi. Kalau ade sesapa yang ingat bila tarikh atau tahun sebenar gambar nie, silalah beritahu blogmaster yer.

Gambar nie pun diambil di rumah atuk lama di Batu 1, Bakri (dekat dengan garaj bas Lian Hoe, bas nie pun dah takde operasi pun).

p/s: blogmaster tengah kering idea nie...sebab tu posting gambar nostalgia. Kalau ada idea bernas nanti saya akan kongsikan bersama...

13 Oktober 2009

Lelaki Vs Perempuan


Assalamualaikum & Salam 1Mat2U,

Setelah hampir 2 minggu kita disajikan dengan topik hari raya dan majlis perkahwinan, nampaknya kali ini saya ingin menutup kedua-dua topik perbincangan tersebut dan beralih kepada topik yang lain pula. Maklumlah, ramai bloggers Mat Tuyu yang terus melaporkan aktiviti yang lebih kurang sama, jadi memandangkan blogmaster sudah memulakan dahulu maka berikan peluang kepada bloggers yang lain bercerita tentang versi mereka pula.

Posting kali ini tidak ada kena mengena tentang hari raya atau majlis perkahwinan tempohari, tapi topik ini ada juga sedikit sebanyak tentang mereka yang telah berkahwin dan berkeluarga jugak la.

Kalau kita masih ingat tentang amanat Poksu 2 tahun lalu yang menyatakan Keluarga Mat Tuyu kurang zuriat lelaki berbanding perempuan, nampaknya kenyataan itu rasanya boleh dikatakan kurang tepat.

Jika kita lihat statistik dan jadual yang saya berikan di bawah, maka kita boleh simpulkan sebenarnya kaum lelaki masih mengatasi kaum wanita dalam Keluarga Mat Tuyu. Mari sama-sama kita renungkan jadual-jadual di bawah :


Kalau kita rujuk Jadual 1 di atas, setelah 3 generasi Keluarga Mat Tuyu, kaum lelaki masih lagi mendominasi dengan bilangannya seramai 46 orang berbanding hanya 38 orang perempuan.

Kemudian kalau kita rujuk Jadual 2 pula, kita lihat pada generasi ke-2, perempuan hanyalah meninggalkan lelaki dengan kelebihan 3 orang sahaja.



Tetapi pada generasi ke-3 setakat Oktober 2009, lelaki masih mengungguli carta dengan kelebihan 6 orang.

Oleh itu, maknanya kaum Adam masih lagi mendahului kaum Hawa. Jadi... kepada kaum Hawa, jangan ambil hati pulak yer...


Satu lagi yang jelas di sini bahawa pada masa akan datang Generasi ke-3 mungkin akan bertambah lebih 2 kali ganda berbanding Generasi ke-2 memandangkan ketika ini cicit Mat Tuyu setakat Oktober 2009 seramai 36 berbanding cucu Mat Tuyu sekarang hanya 37 orang (hehehe..tak tau la kalau Pak Jak ataupun Pak Sedara yang lain nak tambah kuota sorang lagi anak, tapi jangan tambah kuota sorang lagi isteri dah ler...).

Perlu dijelaskan di sini bahawa statistik di atas tidak termasuk menantu-menantu dan cucu-cucu menantu Mat Tuyu serta mereka yang telah meninggal dunia. Bukannya nak membelakangkan peranan mereka sebagai penyumbang waris Mat Tuyu tetapi sekadar nak berkongsi bahawa Keturunan Keluarga Mat Tuyu semakin berkembang dari sehari ke sehari dan tidak mustahil pada masa akan datang akan lahir dari keturunan ini yang akan mengharumkan nama Keluarga Mat Tuyu hingga semesta alam. Amin...

Ayuhai Ngencik Ayuhai Rakan
Bacalah Apa Kami Nukilkan
Salah Dan Silap Harap Maafkan
Kalau Nak Komen Dipersilakan

Ya Raab Bana...


(edited at 8.50 am, 14 October 2009...kalau ader salah maklumat sila bagitau yer...)

08 Oktober 2009

Usul Cadangan Dari Pak Al

Gambar sekadar hiasan semata-mata

Salam semua,


Untk pengetahuan semua Pak Al mencadangkan agar band Mat2yu yg membuat persembahan pd kawen mashita itu hari nak lebih di permantapkan lagi keprofesionalan nya supaya dapat di undang kemajlis2 rasmi kerajaan usul Pak Al telah dipersetujui oleh Poksu dan saya meuar2 kan nya kerna saya juga bersetuju dengan nya.


Pak Al mencadangkan agar semua ahli2 band dan bukan ahli band juga diminta agar dapat balik 2 bulan sekali ke kampung agar kita semua dapat memperhebatkan lagi kemahiran bermain alat muzik tersebut disamping kita setiasa berjumpa agar persaudaraan yg terjalin semakin erat.


Cadangan adalah dipersetujui oleh saya kerna kita dapat bersama bertukar2 cerita dan memplan ape2 saja aktiviti kekeluargaan ini adalah satu petanda baik dimana kita patut bersama2 menjayakannya. Petanda baik kerna ia datang dr Pak Al yg kita tau jarang2 skali nak balik kampong kalau balik pun lum tentu kita dapat jumpa dengannya.


Saya mohon maaf kalau Pak Al marah tapi usul Pak Al yg murni ini adalah patut diberi perhatian dan dipersetujui oleh semua.


Seperti yg dicadagkan band ini akan memain2 kan lagu evergreen yg tak makan dek hujan tak lapuk dek zaman.


Wasalam.


Thanks/Regards


Noor Rashidah Bt Mahzan

05 Oktober 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Mashitah-Syed Episod 2

Pengantin perempuan sedang berdoa selepas selamat diijabkabulkan

Pengantin lelaki menyerahkan maskahwin

Pengantin lelaki menyerahkan hadiah perkahwinan (gelang tangan tak silap kot!..lupa lah)

Ha...nie dia gerai yang paling laku..gerai bubur pulut hitam...habis licin tau!!!

Nie pulak bubur cha-cha, pun abis licin semua..mendapat sambutan hangat

Nie dia ketua chef..Pak Andak...dok relax jer...sbb tugas dah selesai

BB Five sedang menghiburkan hadirin..kelihatan Anis S sedang mendendangkan lagu

Haa...betul ke nie??? Apa yang anda lihat bukannnya super imposed tapi memang betul Pak Al,cayalah ... tak lama lagi giliran Pak Al plak dapat menantu kan...

Nie meja makan rombongan pengantin lelaki

Balai rewang masak di belakang...semua tengah relax jer...

Poksu sedang bersiap sedia melepaskan beberapa das tembakan sempena kedatangan pengantin lelaki

Pengantin lelaki sedang diarak

Pengantin lelaki sedang disatukan dengan pengantin perempuan

Kedua mempelai di pintu gerbang

Kedua mempelai duduk sebentar menyaksikan silat pengantin

Banyak lagi gambar nie sebenarnya, tapi letih la nak letak semua. Step by step la yer. Nanti esok tambah lagi. Kepada bloggers yang lain tu masukkan la gambar versi korang plak. Blogmaster jer yang beria-ria. Kesian Pak Ajak tau...Ok la,blogmaster nak tidur dulu..esok nanti masukkan episod 3 plak. Dan tunggu kemunculan video-video yang menggemparkan untuk episod yang akan datang pulak. Chow dulu.

04 Oktober 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Mashitah-Syed Episod 1

Pintu gerbang dan banner

Satu lagi banner digantung di tepi jalan

Jurunikah yang akan menikahkan bakal pengantin

Hantaran pihak perempuan

Meja Makan Beradap (siap ada fountain lagi...)


Ha...!! Kali peraduan teka berapa berat ubi kayu nie...rasa-rasanya berapa ye beratnya

Tak ketinggalan BB Five membuat persembahan

Susunatur meja majlis

Rombongan pengantin lelaki sedang berjalan menuju ke rumah pengantin perempuan

Penyatuan antara hantaran lelaki & perempuan

Bakal pengantin lelaki, Mr. Syed Hairolnezam sedang nervous tu...hehehhe

Jurunikah minta izin wali untuk menikahkan pengantin perempuan

Saksi perempuan, wali dan pengantin perempuan sedang mendengar penerangan dari jurunikah

Ada banyak lagi gambar yang ingin dipostingkan, tapi ikut turn la yer...tak pun tunggu sumbangan dari bloggers lain plak...Blogmaster dah ngantuk nak masuk tido...nanti esok update episod 2 pulak yer...Tunggulah kemunculan video-video yang menggemparkan sepanjang majlis berlangsung.

03 Oktober 2009

Persiapan Perkahwinan Mashitah-Syed Episod 2

Nak tengok lebih banyak video, layari lah http://www.youtube.com/user/siber1979

Yang Expert melapah daging, Mr Mazid

Mr Mazid dibantu Mr Nizam

Pak Andak & Mr Latip diinterframe oleh Pak Anjang

Pak Anjang pun tumpang sekaki

Persatuan Mak-mak sedang potong wajik

Persatuan Anak Sedara Pompuan sedang memasak

Tekunnya En Latip kita nie mengapak daging

Tekun & sabar yea...jangan malas-malas

Pak Andak pun menunjukkan aksi melapah yang tersendiri

Dua sepupu sedang memasang tempat bunga pahar...yang sorang tu macam hulubalang sedang pegang tombak jer...jgn mare...

Mr Muhid jadi mandor ke tengok orang pasang khemah

Tak siap-siap lagi ke pasang batang pisang tu...

Mr Nyai & Mr Yus sedang membasuh daging..hujan renyai-renyai tau kat sini...

Related Posts with Thumbnails