31 Disember 2010

Suka Duka Sepanjang 2010

Assalamualaikum....

Rasanya dah terlalu lama blog ini dibiar dan terbiar. Bukan disengajakan atau diabaikan, cuma kesibukan tugas seharian serta perhubungan lebih pantas dengan Facebook & Twitter mengakibatkan blog dikesampingkan seketika.

Apa pun, mari kita imbas kembali sedikit kisah suka duka Keluarga Mat Tuyu sepanjang tahun 2010.(Kalau ada kisah yang terlupa nak diceritakan anggap aje blogmaster dah terlupa...!!!)

Tahun ini menyaksikan beberapa orang lagi warga Mat Tuyu yang melangsungkan perkahwinan. Tahniah diucapkan kepada Sheena-Udin & Izyan-Faidz, semoga kekal hingga akhir hayat. Tahniah juga diucapkan kepada Mariana @ Ebab kerana telahpun bertunang, Insya Allah 2011 dapat makan nasi minyak lagi la kita....


Selain dari majlis perkahwinan & pertunangan, tahun ini juga menyaksikan bertambah lagi warga Mat Tuyu dengan kehadiran beberapa orang cahayamata antaranya Sharifah Suri Sofia, Muhammad dan anak En Mohd Lazim (lupa plak namanya..hehe)


Tahun ini juga menyaksikan berita sedih dengan kembali ke Rahmatullah ayahanda saudara kita, Allahyarham Hj Mohamed Satar Mohamed pada 10 November 2010. Juga tahun ini adalah tahun kedua Tuan Haji Ahmad dimasukkan ke hospital akibat kurang garam serta Sulung Bahari Abdul Ghaffar yang terlibat dalam kemalangan. Juga pada 10/10/10, Nizam suami kepada Riha telah mengalami kemalangan apabila telah terjatuh dari bumbung rumahnya. Tidak ketinggalan juga menjadi topik hangat di Facebook ialah rumah dimasuki ular!!!


2010 juga menyaksikan tiada majlis besar-besaran seperti tahun lepas, tetapi walaupun begitu beberapa majlis yang diadakan tetap mengeratkan lagi silaturrahim kita semua. Misalnya Majlis BBQ & Kesyukuran AjaqMat2U yang diadakan pada bulan Jun 2010 serta majlis marhaban Aidilfitri 1431H serta beberapa rumah terbuka yang diadakan oleh warga Mat Tuyu sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan untuk bertemu dan berkumpul seperti biasa. Selain itu juga beberapa majlis hari jadi juga turut menjadi acara tetap dalam kalender Warga Mat Tuyu. Tahun ini juga menyaksikan donation diadakan bagi membakar mercun & bunga api pada Aidilfitri!!!


Walau apa pun yang terjadi pada tahun 2010 diharapkan ianya akan terus menjadi kenangan & tahun 2011 yang bakal menjelma ini menjanjikan pelbagai lagi cabaran dan dugaan untuk kita semua agar terus menghadapi dengan penuh keimanan & kesabaran.

Selamat Tinggal 2010 & Selamat Datang 2011.

Wassalam.

10 November 2010

Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Mohamed Satar bin Hj Mohamed @ Pokde

Salam Takziah...

Al-Fatihah dari blogmaster Keluarga Mat Tuyu di atas pemergian insan tersayang Warga Mat Tuyu iaitu Allahyarham Haji Mohamed Satar bin Hj Mohamed @ Pokde Atan pada kira-kira jam 1.30 petang 10 November 2010 di Wad 16, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Beliau mula dimasukkan ke hospital pada 26 Julai 2010 dan sejak dari itu, beliau terus menerima rawatan di hospital hampir 3 bulan setengah sehinggalah menghembuskan nafas terakhir petang ini.

Semoga keluarga Puan Hjh Hasnah Abu Bakar @ Mokde dan seluruh keluarga Mat Tuyu tabah menghadapi cubaan ini. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan orang-orang soleh. Amin.

28 September 2010

Raya@Mat2U Family Bahagian 1

Assalamualaikum dan bertemu kembali...

Rasanya masih belum terlambat untuk blogmaster mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga Mat Tuyu. Walaupun kita telah bertemu dan berhubung semasa hari raya, sekali lagi blogmaster mengambil kesempatan untk memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada seluruh Warga Mat Tuyu dan kaum kerabatnya sempena hari raya yang mulia jikalau selama ini ada melakukan kesalahan dan kesilapan terutamanya sepanjang mengendalikan laman blog ini.

Al-maklumlah, kerana terlalu sibuk dengan tugasan seharian, ditambah dengan kehadiran Facebook yang sekarang ini menjadi penyambung berita terkini dan terpantas bagi Warga Mat Tuyu, maka blog ini nampaknya semakin bersawang dan terbiar.

Tak ada niat untuk mengenepikan blog ini apatah lagi bermula dari blog ini, kita sekeluarga bertambah dekat dan erat terutamanya yang berada jauh di mata tetapi sentaisa dekat di hati kami semua.

Alamak, banyak sangat pulak membebel, jadi kita terus ke menu utama iaitu sambutan hari raya Warga Mat Tuyu versi blogmaster. Saya percaya ramai blogger telah mengemaskini sambutan hari raya versi mereka masing-masing.

Jadi izinkan blogmaster berkongsi kemeriahan sambutan Aidilfitri 1431H dalam versi blogmaster pula.

Aktiviti Pertama - Takbir Raya

Kali ini majlis takbir raya ada kelainan sedikit kerana tidak seperti kelaziman majlis takbir raya di adakan di rumah Batu 5, Bakri tetapi kali ini di adakan di rumah baru Pak Anjang di Jeram Bakri atas permintaan beliau. Ramai yang hadir walaupun bukan semua, maklumlah malam raya jadi semuanya sibuk di rumah masing-masing.

Majlis takbir raya diketuai oleh Pak Ngah dan bertakbir bergilir-gilir dan disudahi dengan bacaan doa selamat. selesai takbir jamuan disediakan iaitu mee goreng, karipap panas, air kopi dan buah duku.


Antara yang hadir majlis takbir raya

Pak Ngah masih sihat walaupun bertongkat

Meriah juga majlis takbir di rumah Pak Anjang

Poksu bertakbir sambil menangis. Katanya kalau Pak Ngah dah takde nanti siapa yang bakal jadi pelapis untuk majlis sebegini

Tahun ini dapat menyaksikan Abang Halim bertakbir buat kali pertama dalam majlis

Hidangannya iaitu mee goreng, air kopi 434, karipap panas & buah duku

Aktiviti Kedua - Kunjung Mengunjung Pagi Raya

Aktiviti ini merupakan acara wajib setiap tahun. Acara ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara sesama kita yang mana warga yang lebih muda berkunjung ke rumah warga yang lebih tua sambil bermaafan dan menjamu selera.Aktiviti ini diketuai oleh Poksu dan rumah pertama dikunjungi ialah rumah Mak Long Maniseh diikuti dengan rumah Mak Ngah dan seterusnya rumah Mak Unggal & rumah Mak Long Gayah.

Jangan main-main tau..raya tahun nie air rumah Mak Ngah kaler biru you!
Kelas gitu!!!

Rumah Mak Ngah diserbu rombongan raya

Kamerawomen kita sibuk buat shooting tu...shooting air kaler biru tu...ahaks!! 

Pak Usu beria-ria sedang bercerita sesuatu

Aktiviti Ketiga - Marhaban Raya Pertama@Rumah Mak Ngah

Aktiviti ini juga merupakan acara wajib sepanjang sambutan hari raya Warga Mat Tuyu sejak zaman berzaman. Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa acara Marhaban@Mat Tuyu. Tahun ini, giliran rumah Mak Ngah menjadi lokasi pertama acara Marhaban kali ini. Marhaban kili ini pun ada kelainan sikit sebab ada masuk lagu baru pulak...Yahook Yahok!!!...Tak tau camne nak digayakan...lagu orang doulu-doulu la katakan. Nak lebih cerita, sila berkunjung ke Blog Mak Ngah Mat Tuyu.

Aktiviti Keempat - Bakar Mercun

Aktiviti ini merupakan julung-julung kali diadakan tahun ini. Bukanlah nak kata tahun-tahun lepas tak bakar mercun besar-besaran tetapi kali ini nak bakar mercun kena donate plak...sorang RM10.00 plak tu, sampaikan orang jauh di Bintulu pun kena pau gak!! Ahaks...ape citer tu kenalah tanya penganjur iaitu saudari Presiden kita la...Kak Idah.


Kemeriahan bermain mecun & bunga api

Bukan budak-budak aje yang main mercun, bapak budak pun sama gak

Bergambar kenangan sebelum mercun dibakar...RM300.00 tu...blogmaster pun ade share gak tu...
Imam muda pun terlibat sama..Ish Ish Ish...

Ruang udara Bakri Batu 5 dihiasi letupan mercun berwarna warni

Itulah Bahagian Pertama kisah Keluarga Mat Tuyu berhari raya tahun ini. Kebanyakan gambar dah dikongsikan dalam Facebook, jadi nak lebih banyak gambar kenalah tengok Facebook ye.

Bahagian Kedua akan menyusul selepas ini...Tunggguuuu!!!

01 Ogos 2010

Oh Dunia Ibaratnya Roda....

Assalamualaikum...

Rasanya sudah agak lama tidak mengemaskini blog. Bukannya malas, cuma tidak berkesempatan kerana dihimpit dengan tugas dan tanggungjawab yang memerlukan komitmen yang tinggi demi meikul amanah yang telah diberikan.

Kalau Warga Mat2U masih ingat, setahun yang lepas, 1 Ogos 2009 kita berkumpul bersama-sama meraikan ulangtahun kelahiran Tuan Hj Ahmad Ismail yang ke-70 dan ulangtahun perkahwinan ke-40 bersama Puan Zamnah di Hotel Traders Muar. Ketika itu, kalau sesapa masih ingat, Hj Ahmad atau Pak Ngah sedang sakit tetapi demi majlis yang diraikan bersama-sama Keluarga Mat Tuyu, beliau gagahi sakitnya itu walaupun kami sekeluarga ketika itu sangat-sangat-sangat bimbangkan dengan tahap kesihatan beliau.

Hari ini,1 Ogos 2010...seorang lagi Warga Mat2U iaitu Haji Mohamed Satar pula telah jatuh sakit lebih kurang seminggu yang lalu. Kali ini juga kita berkumpul beramai-ramai, bukan di hotel tetapi di perkarangan Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar bagi sama-sama melawat dan menziarahi serta memberi perangsang dan semangat kepada Haji Mohamed Satar serta seisi keluarga beliau, agar tabah dan sabar menghadapi dugaan dan cobaan dari Allah SWT.

Sebagaimana setahun lalu semua Warga Mat2U berasa gundah gulana serta sedih apabila mendapat tahu Pak Ngah jatuh sakit, maka tahun ini pula kita Warga Mat2U sekali lagi dilanda perasaan yang sama apabila mendapat tahu keadaan Pokde yang juga jatuh sakit.

Namun walau dalam apa jua pun situasi yang dihadapi, Warga Mat2U tetap seperti dahulu, walaupun dalam masa susah atau senang, sihat atau sakit tetap berkumpul dan berkongsi suka dan duka bersama.

Di kesempatan ini, blogmaster juga ingin mengucapkan tahniah kepada En Syed Hairolnezam & Puan Mashitah di atas kelahiran puteri sulung mereka.

Semoga Warga Mat Tuyu terus dilimpahi rezeki, rahmat dan berkat sepanjang masa.

Amin...

Wassalam.

11 Julai 2010

Sedikit Gambaran Perkahwinan Faizal-Maslinda (Anak Pak Itam Haris)

Salam...

Tempohari, 3 Julai 2010 (Sabtu), saya dan isteri berkesempatan menghadiri kenduri perkahwinan di rumah Pak Itam Haris Abd Rahman di Kuarters KLIA, Nilai dari Muar dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya.

Ketika kami sampai keluarga Pak Anjang baru keluar dari rumah pengantin untuk pulang ke Muar dan ketika kami pulang, keluarga Mak Long Manisah pula sampai.

Ketika kami sampai, masih belum ramai saudara terutama keluarga Mat Tuyu yang datang, hanya keluarga sebelah Tok Chu saja yang ada. Dan saya juga difahamkan ada di antara keluarga Mat Tuyu yang tidak dapat hadir atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami juga tidak dapat berada lama di sana kerana perlu menyambung perjalanan balik ke Petaling Jaya. Jadi di bawah ini beberapa gambar dititipkan buat tatapan semua.


Apa yang dimenungkan Puan Yatie Pian tu...mungkin tak sabar nak balik PJ tu agaknya..depan tu 2 beg bontrot..ada buah epal & jajan...


Sempat jugak snap gambar Pak Ellah tengah menjamu selera


Khemah makan beradap & pelamin dari kejauhan


Tak sempat nak ambik gambar pengantin, dapat tangkap gambar pelamin pun jadi la

Nampaknya sampai di sini saja yang dapat dikongsi bersama. Yang selebihnya leh tengok kat Facebook pengantin kita nie atau family lain yang datang.

Okey..chow dulu...

07 Jun 2010

Lagi...Majlis Kenduri Kesyukuran AjaqMat2U & BBQ


Layanzzz...........Zazzzzzzzzzz..............

Sambil kenduri, orang di luar menyediakan BBQ

Alamak, gambar BBQ diganggu entiti luar..haha..bukan hantu tapi asap daa...

AJK kuat Mat2U interfrem plak dalam gambar BBQ nie...

 
 Dah penat BBQ, joget lambak la pulak, tapi versi karao-tak-ok

 
Orang kuat BB5 pun dah gian nak berduet bersama adik kesayangan sambil di backup oleh cicit-cicit Mat Tuyu
  

Bukan orang tua aje pandai berjoget...cicit-cicit Mat Tuyu pun dah pandai berjinak2 dengan karaoke
  
 
Kali ini otai kita plak Mak Long Gayah & Pak Usu tak ketinggalan ber karaoke

 
Aik...tak tinggal orang belakang nie..nie aje yang tinggal....ahaks
  
Nie lagi otai, artis import yang didatangkan khas dari Bintulu juga tak ketinggalan menyumbangkan beberapa buah lagu pada malam tersebut

06 Jun 2010

Sekitar Majlis Kenduri Kesyukuran AjaqMat2U & BBQ

Assalamualaikum...Bertemu kembali

Akhirnya hari dan masa yang ditunggu-tungu telah tiba. Sekali lagi Keluarga Mat Tuyu berkumpul dalam satu majlis bagi meraikan kepulangan En Abdul Razak Hj Mohamed (AjaqMat2U) yang pulang bercuti  dari Bintulu Sarawak bersama keluarga ke kampung halaman.

Maka hajatnya untuk mengadakan majlis kenduri kesyukuran serta BBQ telah kesampaian pada Sabtu 5 Jun 2010 bertempat di Parit Muhamad Batu 5 Bakri, Muar selepas solat Maghrib. Ramai juga ahli keluarga yang hadir termasuk dari Keluarga Tok Chu dan sahabat handai yang lain.

Selepas selesai majlis kesyukuran, maka majlis jamuan serta BBQ pula telah dijalankan. Kita ikuti perjalanan majlis tersebut menerusi gambar-gambar berikut di bawah :

Kemeriahan baru bermula. Kehadiran ahli Keluarga Mat Tuyu ke majlis kesyukuran

Kepulangan Yang Dinanti...Hehehe..Pak Al & Mak Al baru sampai sejurus sebelum majlis kenduri

Kusyuknya...(hehe..dalam maksudnya tu...)

Antara ahli keluarga yang hadir termasuk Hjh Ramlah @ Tokde

AjaqMat2U dikelilingi ahli keluarga

AjaqMat2U melayan tetamu menjamu selera

Cicit Mat Tuyu sedang bergumbira sesama mereka. Generasi Mat Tuyu masa hadapan.

Menjamu selera sambil berbual mengeratkan silaturrahim

Yang muda juga tidak ketinggalan mengeratkan hubungan

Keluarga Tok Chu juga tidak ketinggalan menyerikan majlis. Kelihatan dalam gambar Hjh Fatimah (Makwe) & Pak Utih Shaari

Setakat ini sahaja yang dapat dikongsi dahulu. Di lain kesempatan pula kita kongsikan majis BBQ pula. Bangun dari tidur & selepas solat Subuh, terus sahaja mengemaskini blog. Jadi blogmaster nak gi sarapan dulu la yer..Lepas ini kita sambung lagi. Untuk gambar-gambar eksklusif yang lain, kita tunggu dari bloggers yang lain pulak yer...

Adios amigos.

30 Mei 2010

Sekitar Majlis Hari Jadi Zalia Najwa Zainal

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama Keluarga Mat Tuyu tak berkumpul. Jadi sesekali berkumpul walaupun tak semua ada, masih tetap meriah dan havoc. Kalau semua ada lagi la macam tongkang karam.

Kali ini Keluarga Mat Tuyu berkumpul untuk majlis hari jadi anak perempuan En Zainal & Puan Aishah iaitu adik Zalia Najwa yang ke-7 tahun.

Dalam SMSnya seperti di bawah, En Zainal & Pn Aishah menjemput semua Keluarga Mat Tuyu hadir ke majlis hari jadi anaknya :



Makanya pada hari semalam, 29 Mei 2010, bertempat di rumah mereka di Temiang, maka acara hari jadi telah dijalankan. Selebihnya mari kita berkongsi gambar-gambar majlis berkenaan di bawah :


Antara juadah yang disediakan termasuklah sate ayam & daging, meehoon goreng, puding, kekacang, jajan air oren & teh

Antara tetamu yang hadir termasuk la En Fadil, jiran lama dr Sg Abong. Katanya dah pindah ke Muar terus.

Seperti biasa, Mak Ngah & Long Gayah merupakan backing voice unutk lagu Allah Selamatkan Kamu & lagu Selamat Hari Jadi

Birthday Girl sedang memotong kek sambil dibantu mama tersayang

Gambar kek hari jadi Zalia Najwa

Gambar 2 bapa sedara yang evergreen, Pokde & Pak Anjang, kat depan tu sate ayam & daging menanti...menjeling kamera ke sate tu agaknya yer...
Nyum nyum...sate ayam, sate daging, kacang tanah...sedapnyer...

Itu saja yang nak dilaporkan dari sini. Minggu depan lagi havoc majlis Keluarga Mat Tuyu sebab orang jauh nak balik Malaya.

Sehingga minggu depan, tunggu....

Related Posts with Thumbnails