28 September 2010

Raya@Mat2U Family Bahagian 1

Assalamualaikum dan bertemu kembali...

Rasanya masih belum terlambat untuk blogmaster mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga Mat Tuyu. Walaupun kita telah bertemu dan berhubung semasa hari raya, sekali lagi blogmaster mengambil kesempatan untk memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada seluruh Warga Mat Tuyu dan kaum kerabatnya sempena hari raya yang mulia jikalau selama ini ada melakukan kesalahan dan kesilapan terutamanya sepanjang mengendalikan laman blog ini.

Al-maklumlah, kerana terlalu sibuk dengan tugasan seharian, ditambah dengan kehadiran Facebook yang sekarang ini menjadi penyambung berita terkini dan terpantas bagi Warga Mat Tuyu, maka blog ini nampaknya semakin bersawang dan terbiar.

Tak ada niat untuk mengenepikan blog ini apatah lagi bermula dari blog ini, kita sekeluarga bertambah dekat dan erat terutamanya yang berada jauh di mata tetapi sentaisa dekat di hati kami semua.

Alamak, banyak sangat pulak membebel, jadi kita terus ke menu utama iaitu sambutan hari raya Warga Mat Tuyu versi blogmaster. Saya percaya ramai blogger telah mengemaskini sambutan hari raya versi mereka masing-masing.

Jadi izinkan blogmaster berkongsi kemeriahan sambutan Aidilfitri 1431H dalam versi blogmaster pula.

Aktiviti Pertama - Takbir Raya

Kali ini majlis takbir raya ada kelainan sedikit kerana tidak seperti kelaziman majlis takbir raya di adakan di rumah Batu 5, Bakri tetapi kali ini di adakan di rumah baru Pak Anjang di Jeram Bakri atas permintaan beliau. Ramai yang hadir walaupun bukan semua, maklumlah malam raya jadi semuanya sibuk di rumah masing-masing.

Majlis takbir raya diketuai oleh Pak Ngah dan bertakbir bergilir-gilir dan disudahi dengan bacaan doa selamat. selesai takbir jamuan disediakan iaitu mee goreng, karipap panas, air kopi dan buah duku.


Antara yang hadir majlis takbir raya

Pak Ngah masih sihat walaupun bertongkat

Meriah juga majlis takbir di rumah Pak Anjang

Poksu bertakbir sambil menangis. Katanya kalau Pak Ngah dah takde nanti siapa yang bakal jadi pelapis untuk majlis sebegini

Tahun ini dapat menyaksikan Abang Halim bertakbir buat kali pertama dalam majlis

Hidangannya iaitu mee goreng, air kopi 434, karipap panas & buah duku

Aktiviti Kedua - Kunjung Mengunjung Pagi Raya

Aktiviti ini merupakan acara wajib setiap tahun. Acara ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara sesama kita yang mana warga yang lebih muda berkunjung ke rumah warga yang lebih tua sambil bermaafan dan menjamu selera.Aktiviti ini diketuai oleh Poksu dan rumah pertama dikunjungi ialah rumah Mak Long Maniseh diikuti dengan rumah Mak Ngah dan seterusnya rumah Mak Unggal & rumah Mak Long Gayah.

Jangan main-main tau..raya tahun nie air rumah Mak Ngah kaler biru you!
Kelas gitu!!!

Rumah Mak Ngah diserbu rombongan raya

Kamerawomen kita sibuk buat shooting tu...shooting air kaler biru tu...ahaks!! 

Pak Usu beria-ria sedang bercerita sesuatu

Aktiviti Ketiga - Marhaban Raya Pertama@Rumah Mak Ngah

Aktiviti ini juga merupakan acara wajib sepanjang sambutan hari raya Warga Mat Tuyu sejak zaman berzaman. Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa acara Marhaban@Mat Tuyu. Tahun ini, giliran rumah Mak Ngah menjadi lokasi pertama acara Marhaban kali ini. Marhaban kili ini pun ada kelainan sikit sebab ada masuk lagu baru pulak...Yahook Yahok!!!...Tak tau camne nak digayakan...lagu orang doulu-doulu la katakan. Nak lebih cerita, sila berkunjung ke Blog Mak Ngah Mat Tuyu.

Aktiviti Keempat - Bakar Mercun

Aktiviti ini merupakan julung-julung kali diadakan tahun ini. Bukanlah nak kata tahun-tahun lepas tak bakar mercun besar-besaran tetapi kali ini nak bakar mercun kena donate plak...sorang RM10.00 plak tu, sampaikan orang jauh di Bintulu pun kena pau gak!! Ahaks...ape citer tu kenalah tanya penganjur iaitu saudari Presiden kita la...Kak Idah.


Kemeriahan bermain mecun & bunga api

Bukan budak-budak aje yang main mercun, bapak budak pun sama gak

Bergambar kenangan sebelum mercun dibakar...RM300.00 tu...blogmaster pun ade share gak tu...
Imam muda pun terlibat sama..Ish Ish Ish...

Ruang udara Bakri Batu 5 dihiasi letupan mercun berwarna warni

Itulah Bahagian Pertama kisah Keluarga Mat Tuyu berhari raya tahun ini. Kebanyakan gambar dah dikongsikan dalam Facebook, jadi nak lebih banyak gambar kenalah tengok Facebook ye.

Bahagian Kedua akan menyusul selepas ini...Tunggguuuu!!!

07 September 2010

Panduan Perjalanan Bagi Warga Mat Tuyu Yang Balik Ke Kampung Sempena Aidilfitri 1431H

Related Posts with Thumbnails