30 September 2011

Suatu Waktu Dahulu

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali...

Entri kali ini adalah kesinambungan daripada ulasan saudara kita, Hj Azarudin dalam entri blog terkini beliau iaitu http://aza-atanmattuyu.blogspot.com/2011/09/kenangan-keluarga-mattuyuhangtergantung.html

Blogmaster juga rasa terpanggil untuk mengulas cadangan terbaru dari orang Bintulu iaitu En Abd Razak sekeluarga yang mencadangkan agar diadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2012M/1433H iaitu hari raya tahun hadapan.

Turut dicadangkan ialah kutipan dana bagi majlis tersebut yang dijangka diadakan di Hotel Pelangi Muar.

Sebenarnya di sini, blogmaster tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang cadangan majlis tersebut. Blogmaster memang sentiasa mengalu-alukan perancangan majlis seperti itu dan kalau boleh diadakan lebih kerap agar perhubungan silaturrahim kita tetap utuh.

Yang ingin blogmaster utarakan di sini ialah setiap kali kita semua ingin mengadakan sesuatu majlis, yang akan menjadi persoalan utama sudah tentu dana atau peruntukan bagi mengadakan majlis tersebut.

Blogmaster berpendapat, mulai sekarang sudah tiba masanya kita memikirkan apakah mekanisma yang sesuai dan terbaik untuk kita mengadakan suatu dana atau peruntukan yang tetap agar di masa hadapan kita tidak lagi bersusah payah memikirkan soal dana ini memandangkan bilangan ahli keluarga kita agar besar dan setiap hari bilangannya semakin bertambah dan sudah tentu dananya juga akan semakin membesar.

 Masihkah kau ingat....buku merah ini...Puan Nliza rasanya masih ingat kot!!!

Sedikit masa dahulu, kalau kita semua masih ingat, kita semua pernah mewujudkan apa yang kita panggil KOPERASI KELUARGA sekitar awal tahun 90-an. Seingat saya juga, sebelum ianya "dibubarkan", keluarga kita telah berjaya mengumpul hampir RM8,000.00 walaupun kutipan setiap bulan hanyalah RM10.00 sebulan.

Segalanya bermula di sini....April 1994...

Semuanya bermula di sini...mesyuarat bagi penubuhan koperasi HMH...Pengerusinya Arwah Ayah Long, Setiausahanya Puan Nliza dan yang lain memberi buah fikiran (Gambar dari blog Hj Azarudin)

Mungkin bagi mereka yang telah lupa bagaimana ianya bermula, biar saya kisahkan sedikit sejarah bagaimana idea cadangan koperasi atau persatuan ini muncul.
Sejarahnya bermula sekitar pertengahan tahun 1994, apabila satu rombongan keluarga Mat Tuyu berkunjung dan menziarahi saudara kita di Alai dan Merlimau Melaka dan seterusnya menziarahi makam Tuk Hj Muda di Bukit Punggur Melaka. Kemudian rombongan keluarga tersebut seterusnya singgah ke Batu Pahat dan menemui keluarga penulis salasilah keluarga kita. Dan di sana, mereka mendapat idea untuk menubuhkan sebuah koperasi atau persatuan keluarga setelah mendengar kejayaan keluarga di sana menubuhkan satu koperasi yang disertai seluruh keluarga mereka bagi membantu ahli keluarga yang lain. Dan cerita selanjutnya adalah seperti dalam gambar di atas. Dan seperti yang kita tahu, selain itu yang tinggal hanyalah sejarah sahaja (selain gambar dan sedikit bukti buku mengutip dana yang masih tersimpan sebagai bukti!!!)
Tahun 1995-1996...masih berjalan lancar...walaupun sudah mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhan

Tetapi oleh kerana sebab-sebab teknikal mungkin, makanya wang yang dikumpul hanya separuh jalan dan terpaksa dikembalikan semula. 

Tahun 1997-1998...seperti kemelestan negara...tahun kejatuhan dan masih belum bangkit-bangkit lagi selepas itu.....

Peristiwa ini sebenarnya amat mengguris hati Puan Zamnah Hj Mohamed (Mak Ngah) sehingga kini walaupun tidak diluahkan secara terbuka tetapi beliau selalu menyebut kepada blogmaster yang beliau berasa terkilan kerana beliau antara orang yang bertanggungjawab mengutip dana tersebut untuk merealisasikan hasrat supaya kita semua dapat mewujudkan sebuah KOPERASI KELUARGA.

Jadi, blogmaster berpendapat sekarang sudah tiba saat dan waktu sesuai kita mengembalikan semula dana yang amat bermakna tersebut memandangkan ahli keluarga semakin bertambah dan telah ramai anak cucu yang telah bekerja dan mempunyai pendapatan yang agak lumayan.

Jadi sudah tiba masanya kita membincangkan secara serius perkara ini supaya kita dapat melaksanakannya secepat mungkin. AJK yang telah dilantik sebelum ini perlu digerakkan lebih agresif agar usaha yang ingin dijalankan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bagi blogmaster, buat permulaan kita tidak perlu mengutip terlalu banyak, memadai RM10-RM20 sebulan, jika kita ikhlas dan tekad melakukannya demi keluarga tercinta, blogmaster yakin dan percaya usaha murni kita akan tercapai.

Buat permulaan, kutipan RM50 bagi setiap keluarga itu memang berpatutan tetapi kita tidak seharusnya terhenti setakat itu sahaja. Kita perlu memikirkan jangka masa panjang dan teruskan usaha tersebut agar ianya tidak terbatas untuk majlis tersebut sahaja tetapi majlis2 lain pada masa2 yang akan datang.

Blogmaster mohon mencadangkan....
Related Posts with Thumbnails