02 Januari 2013

Hari Ini Dalam Sejarah : Dua Hol Allahyarham

Assalamualaikum....

Kita mulakan entri Tahun Baharu 2013 kali ini dengan Hari Memperingati atau Hari Hol Allahyarham Tuan Haji Muhammad bin Hamzah dan Allahyarhamah Hajah Zainah binti Ahad.

Tahukah Anda???


Hari ini, 2 Januari merupakan Hari Hol Allahyarhamah Hajah Zainah binti Ahad. Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 2 Januari 2005 Masihi bersamaan 21 Zulkaedah 1425 Hijrah pada lebih kurang jam 4.15 pagi. Sebab kematian beliau yang dicatatkan oleh doktor ialah acute coronary syndrome atau bahasa paling mudah difahami ialah penyakit jantung. (sila rujuk surat di bawah).


Mengikut rekod, beliau dilahirkan pada hari Ahad 11 Januari 1925 Masihi bersamaan 15 Jamadil Akhir 1343 Hijrah. Beliau meninggal dunia ketika berusia 79 tahun 11 bulan 21 hari, kira-kira 9 hari sebelum menyambut hari kelahiran beliau ke-80 tahun. 


Oleh yang demikian pada hari ini, 2 Januari merupakan Hari Hol beliau yang ke-8 tahun mengikut tahun Masihi.

Tahukah Anda???



Hari ini juga, 19 Safar 1434 Hijrah bersamaan 2 Januari 2013 Masihi merupakan ulangtahun ke-25 Hari Hol Allahyarham Tuan Haji Muhammad bin Hamzah.

Allahyarham Tuan Haji Muhammad bin Hamzah meninggal dunia pada hari Selasa 19 Safar 1409 Hijrah bersamaan dengan 19 September 1989 pada lebih kurang jam 7.30 malam.



Beliau dilahirkan pada tahun 1920 (walaupun ada yang mengatakan pada tahun 1918 atau seawal tahun 1915). Oleh yang demikian pada hari ini, 19 Safar merupakan Hari Hol beliau yang ke-25 tahun mengikut tahun Hijrah. Sekiranya mengikut tahun Masihi pula pada 19 September 2014.

Kesimpulannya, pada hari ini 2 Januari 2013 Masihi bersamaan 19 Safar 1434 Hijrah kita memperingati dua insan yang telah banyak memberi makna dan signifikan tersendiri di dalam kehidupan kita semua hari ini.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tuan Haji Muhammad bin Hamzah dan Allahyarhamah Hajah Zainah binti Ahad dan menempatkan mereka berdua di kalangan orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah...


Related Posts with Thumbnails