09 September 2012

Warna Warni Aidilfitri 1433H/2012M Bahagian II

Hari Kedua Syawal 1433H - Rumah Mak Long

Semua dengan posing tersendiri - ada yang kusyuk baca teks marhaban (tapi sebenarnya cover line je tu....)

Marhaban Tiga Generasi

Ketua marhaban lelaki sedang mengalunkan suara lunak merdu....

Sesi marhaban ke fotografi nie...???

Marhaban Ya Huk Marhaban.....

Jejaka-jejaki idaman Malaya....

Masih bertenaga walaupun hanya duduk di kerusi

Amin Amin Bi Juuudika Aminnn!!!

Wakil tuan rumah dengan ucapan alu-aluan

Kalau berjalan di waktu senja...Cepat cepat hari nak ribut......

Makanan banyak di atas meja....Ikut giliran jangan berebut....


Rumah Pakcik Matar

Sedang menunggu kehadiran yang lain...sambil-sambil tu leh la bergosip

Yang tua di atas kerusi....Yang muda di atas lantai

Yang tua duduk bersandar....yang muda duduk bersantai

Marhaban pun bermula.....jangan lupa tengok teks tu....

Macam-macam ada....


Sambungan Bahagian III...Tunggguuu........

27 Ogos 2012

Warna Warni Aidilfitri 1433H/2012M Bahagian I

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Ulangtahun Kelahiran Yang ke 21 Eza Shaheda Binti Abdul Razak (1 Syawal 1433H / 19 Ogos 2012)
Suasana ketibaan jemputan di Parit Tengah Air Hitam 

Keadaan di atas rumah, penuh dengan Mat2U's saja...kalau penuh mau roboh rumah nie.....

Mak Bonda kita baru aje sampai nie....

Suasana majlis dari atas rumah...memang meriah betul...

MC kesukaan ramai....Hj Ghaffar @ Pak Jabit....ahaks

Marhaban Mat2U diketuai Puan Zamnah & Chorus

Marhaban Ya Nurul Aini....Marhaban Jaddal Husaini...!!!

Alhamdulillah Khalikul Bahri...Memberi Selamat Tuan Rumah ini.....

Ramai yang tukang backup nie....

Barisan Calon YB Mat2U....

Amin Amin Bi Juudikaa....Amin!!!

Tuan Rumah mengalu-alukan kedatangan.....

Tuan Rumah bertubi-tubi diajukan pelbagai soalan...dah macam YB Bukit Naning plak

Tak ketinggalan perantau ini juga diajukan soalan bertubi-tubi...Jawab...jgn tak jawab!!!

Nie mana satu birthday girl nie??? Yang di depan tu interframe aje memanjang.....

Wow....birthday cake dah macam kek lapis Sarawak aje....banyak beno layer....

Shaheda diraikan oleh sanak saudara

Allah Selamatkan Kamu....Happy Birthday 2U....

Eheh...Macam kenal aje mamat nie...Dapat hadiah pulak tu...Rezeki Syawal la katakan....

Terima kasih kepada tuan rumah @ penaja hadiah...tahun hadapan jangan lupa buat lagi....hehehe

Yey...pakcik monang hamper....

Sesi duit raya...Bilal kita dah meluru ke depan menjadi orang pertama...tapi bukan untuk dia...untuk anaknya...heheh

Nie sapa nama? Bapak nama sapa? Mak nama sapa?

Saya anak Sudin...Mak nama In...hehe

Nak bagi duit raya pon kena beratur daa...berapa lama daa kena tunggu..asyik kena interview ajer...

Adik Muhammad Ibrahim pun dapat duit raya...yey...

Alamak...nie nenek kebayan mana plak yang sesat daa....

Suri dalam dapur pon dapat duit raya tau...Jangan jeles...


 Tamatlah sudah Hari Pertama Syawal...tunggu Hari Kedua plak...chow dulu........

07 Jun 2012

Merungkai Misteri Dan Persoalan Di Sebalik Salasilah Keluarga

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali...

Diam tak diam,blog ini telah mencecah usia 3 tahun. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai kisah suka duka dirakamkan bagi tatapan semua ahli keluarga.

Walaupun sejak akhir-akhir ini, blog ini kelihatan terbiar dan agak jarang dikemaskini tetapi itu semua tidak mematahkan semangat blogmaster untuk terus berkongsi pelbagai cerita terutamanya tentang keluarga tercinta ini.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat kecenderungan daripada beberapa ahli keluarga ini ingin mengetahui tentang cerita dan kisah di sebalik salasilah keluarga ini.

Sama ada kecenderungan ini terbit dari hati nurani sendiri mahupun sekadar melayan persoalan beberapa orang yang juga ingin tahu kaitan keluarga ini dengan mereka. Tetapi itu semua tidak penting.

Yang lebih penting, kesedaran untuk mengetahui tentang salasilah keluarga itu sekurang-kurangnya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama makhluk ALLAH.

Kali ini, saya terpanggil untuk menjelaskan beberapa kemusykilan yang hadir di benak kita semua berkaitan salasilah keluarga ini.

Sebenarnya kita kekurangan sumber yang sahih untuk menjelaskan tentang salasilah keluarga ini. Sumber utama yang kita gunakan ialah dari buku Salasilah Keturunan Tok Haji Muda karangan Tuan Haji Muhammadun bin Abd Ghani pada tahun 1965.



Sumber itu menyebut bahawa leluhur atau moyang kita iaitu namanya Tok Haji Muda @ Wan Haji Muda @ Raden Ali. Diceritakan dari sumber ini, asal kedatangan beliau ke Tanah Melayu mempunyai 2 versi yang diceritakan oleh orang tua-tua.


Versi I, Raden Ali ini merupakan keturunan diraja Mataram yang melarikan diri ke Melaka waktu itu bersama-sama kakaknya Raden Mas Ayu kerana terdapat perselisihan berhubung harta pusaka.
Versi II, Raden Ali ini merupakan keturunan Bugis yang berkhidmat dengan keluarga diraja Mataram dan melarikan diri kerana diburu oleh keluarga diraja tersebut.
Kemudian sumber tersebut menyatakan bahawa Versi I lebih diyakini ceritanya berbanding Versi II.

Seterusnya dalam beberapa bab kemudian pula diceritakan bahawa Pak Ngah Kota atau Penghulu Andin ini dilahirkan ketika Kota Melaka pecah ditembak Portugis iaitu sekitar tahun 1511.



Kemudian, kita bandingkan pula kepada kesahihan sumber itu dengan sumber sejarah ketika itu.

Jika kita mengira semula jurai keturunan keluarga kita sekarang sudah mencecah 9 generasi bermula dari Raden Ali hinggalah anak atau cucu kita paling kecil sekali.

Jika kita ambil kiraan mudah iaitu beza antara satu generasi ialah lebih kurang 25 tahun, maka kita akan dapati bahawa usia keturunan kita hanya sekitar 225 tahun. Kiraan ini diambil secara terus dari sumber tadi tanpa mengambil kita sebarang kemungkinan terdapat beberapa generasi yang tidak dapat dikesan atau terputus secara tidak sengaja.

Jadi, sekiranya kita tolak tahun semasa, 2012 dengan 225, maka kita akan dapati Raden Ali sebenarnya hidup sekitar tahun 1787 atau lebih dari tarikh itu, mungkin tahun 1750.

Oleh yang demikian, dakwaan sumber bahawa Penghulu Andin atau Pak Ngah Kota lahir pada tahun 1511 adalah tidak tepat dan tersasar dari sumber sejarah yang kita semua ketahui. Kerana Raden Ali hidup sekitar tahun 1700- 1750 iaitu beza sekitar 200 tahun.

Penjelasan ini masih boleh dipertikaikan sekiranya kita dapat menjumpai lebih banyak sumber yang boleh dibuat perbandingan.

Fikir-fikirkan...

Bersambung di Bahagian II...

12 Mac 2012

Tragedi 10 Tahun Lalu...



*p/s : Al-Fatihah - Blogmaster baru terperasan terdapat sedikit kesilapan pada tarikh kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Abdul Hakim Matar. Pada batu nisan tersebut diukir tarikhnya pada 12 Mac 2003, sedangkan laporan akhbar tersebut bertarikh 14 Mac 2002, iaitu 2 hari selepas kematian itu iaitu pada 12 Mac 2002. Harap keluarga terdekat dapat mengesahkan tarikh sebenar dengan tarikh diukir pada batu nisan tersebut. Wassalam.
Related Posts with Thumbnails