29 Jun 2009

Nostalgia Lagi...

Entri hari ini awal sikit sebab hari ni negeri Johor cuti Hari Hol Almarhum Sultan Ismail. Jadi pepagi dah boleh update blog ini. So entri hari ini nak suruh semua main teka-teki. Tengok la gambar kat bawah nie dan teka kat mana rasanya. Tapi rasa-rasanya ramai dah tau kat mana tempat kat dalam gambar nie. So semua bernostalgialah yer...



Kawasan semak nie macam familiar jer kan...Dari dulu kini dan selamanya semak ajer

Rumah sapa pulak nie yer...Sendiri mau ingat la

Kawasan rumah nie pun cam familiar gak kan? Kat mana nie yer?


Tempat jatuh lagi dikenang,ini kan pula tempat bermain



Ini pulak lorong nak ke mana??? Bapa sedara kita semua mesti familiar ngan tempat nie. Kat mana yer??Nantikan jawapannya.

Jadi sesiapa yang dah tau, bagilah jawapannya kat ruangan komen di bawah.

26 Jun 2009

Lagi Laman Blog Keluarga Mat2U

Assalamualaikum...

Nampaknya semakin bertambah bilangan bloggers dari keluarga Mat Tuyu dengan kemunculan satu lagi laman blog keluarga kita iaitu Mazlan Mat2U Family. Harapan blogmaster agar lebih meriah lagi laman blog keluarga kita ini di samping jangan lupa selalu mengemaskini blog masing-masing. Jangan dibiarkan sampai berabuk sudahlah. Diharapkan dengan teknologi terkini ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan kita sekelian.

Sekian.

Blogmaster

Terima Kasih

Terima kasih kerana masih memberi sokongan dan dokongan untuk mengunjungi laman blog ini. Saya meminta maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini beberapa hari yang lepas disebabkan kesibukan dengan tugas harian ditambah dengan kesihatan ayahanda tercinta yang tidak begitu memuaskan tempohari.

Untuk pengetahuan semua, sebuah lagi sub laman Keluarga Mat Tuyu telah diwujudkan iaitu Keluarga Mak Ngah Mat Tuyu. Laman blog ini juga dibawah kelolaan saya dan jika terdapat kelewatan dalam mengemaskini kedua-dua laman blog di atas, saya harap anda dapat memahaminya.

Semalam (25 Jun 2009), saya bersama En Zainal (Awang) dan En Muhid berserta En Halim ada lepak-lepak di cafe WiFi di Sungai Abong dan En Awang telah meminta agar saya dapat menolongnya untuk membina laman blog untuk keluarga Mak Unggal. Jadi tunggulah kemunculan laman blog keluarga Mak Unggal tak lama lagi.

Beberapa orang ahli keluarga kita yang lain juga telah memaklumkan kepada saya akan muncul dengan laman blog masing-masing. Jadi kita nantikan kemunculan mereka semua... TUNGGU!!!

21 Jun 2009

Menziarahi Kubur Insan Yang Telah Meninggalkan Kita...Al-Fatihah - Bhg 2

Kubur Allahyarham Hafsah binti Mokmin (Nek), ibu kepada Allahyarham Hj Mohamed Hamzah di Tanah Perkuburan Islam, Batu 6, Bakri, Muar

Nisan kubur Nek yang mencatatkan nama dan tarikh meninggal pada tahun 1979 bersamaan Syaaban 1399 (tarikhnya dah kelam,so sesiapa yang tahu atau ingat tarikhnya sila maklumkan kepada saya)


Kubur Arwah Nek bernombor 4272 di bahagian depan selepas pintu masuk tanah perkuburan


Inilah dia gambar Arwah Nek pada sekitar tahun 1970-an.


Posting kali ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang arwah nenek kesayangan bapa dan ibu saudara kita semua.

Nama beliau ialah Hafsah binti Mokmin atau lebih dikenali dari cerita-cerita mak bapak kitasebagai Nek. Nek berasal dari Tedung, Melaka (saudara kepada Mak Minah, ibu Makcik kita, Puan Azizah).


Beliau diceritakan suka membuat pelbagai jenis kuih seperti kuih koci, lepat pisang, onde-onde, epok-epok, nasi lemak, kuih lopez dan yang akan menjualnya pula ialah cucu-cucunya seperti Mak Ngah, Pak Andak, Pakcik dan Pak Uda. Beliau ini juga diceritakan kuat berleterkan cucu-cucunya hinggakan arwah Atuk abah (Mat Tuyu) terpaksa beralah dan kadangkala ada jugak anak-anaknya yang menjadi mangsa panas barannya kerana melayankan karenah Nek.


Satu lagi yang diceritakan ialah beliau juga suka menggelarkan anak cucunya dengan pelbagai gelaran. Antara yang masih diingati ialah contoh kepada cicitnya seperti Haslina (Kak In) digelar Lili, Rashidah (Kak Idah) digelar Lela, Maizurah (Kak Ula) digelar Noi, Latif Matar digelarnya Mail dan Azamudin (Yus) digelarnya Baba. Tak terlepas dari gelarannya ialah Mazlin (Kak Lin) digelar anak dara kampung, Hjh Ramlah (Atuk Da/Atuk Mak) digelar Lonjong. Hjh Zainah (Tuk Long/Tok Mak) digelar Sengau.

Banyak lagi yang ingin dikongsikan di sini , tetapi terbatas oleh kerana kekurangan masa dan maklumat. Oleh itu sesiapa tak kira bapa atau ibu sedara atau cucu cicitnya yang ada cerita yang lebih menarik tentang arwah Nek bolehlah berkongsi cerita di bahagian ulasan di bawah untuk ditambah lagi cerita-cerita menarik.



Gambar antara cicit-cicit Nek iaitu dari kiri Lili (mak kepada Fara), Awang (bapa kepada Zairul), Lela (mak sedara kepada Dayana) dan juga Noi (mak kepada Madihah). Gambar diambil pada tahun 1975 berlatar belakang di atas tangga rumah di Batu 1(Lian Hoe). (Gambar duduk macam pengantin ye!!)

p/s: Kepada sesiapa yang berkesempatan, harap dapat menziarahi kubur arwah Nek, dan disedekahkan Al-Fatihah dan kuburnya dapat dibersihkan.

20 Jun 2009

Nostalgia

Gambar di bawah merupakan sebuah gambar nostalgia yang diambil selepas majlis perkahwinan Puan Maheran@Yan binti Hashim (Mak Unggal) dan Allahyarham En Zulkifli bin Atan (Pak Unggal) sekitar tahun 1968. Latar belakang gambar di belakang menunjukkan rumah mereka di Lorong Serkam 2 (sekarang Jalan Datuk Haji Hassan, sempena nama Menteri Besar Johor, Datuk Hj Hassan Yunus).


Petunjuk gambar :


Dari bawah (bercangkung)(Dari kiri) : Jaafar (Pak Apau), Rahimi Nong, Zainorin (Pak Wen), Abd Kahar (Pak Al), Jasmi (Pak Emy), Abd Razak (Pak Ajak), Mahat Dikin (adik Mak Long Maniseh) dan Abdullah (Pak Ellah)

Tengah (duduk)(Dari kiri) : Haris (Pak Itam)(berdiri), Aminah Hamzah (Tok Chu), Hjh Ramlah (Tuk Mak/Tok Da), Mazlina (Kak Lin)(dipangku), Hafsah Mokmin (Nek)(memangku Mazlina), Hjh Zainah Ahad (Tok Mak/Tok Long), Maniseh (Mak Long) dan Aishah (Mak Andak Ecah)(berdiri).


Tengah (berdiri)(Dari kiri) : Mahzan Ujod (Pak Long), Isa Ahmad (Pak We), Fatimah (Mak We), Latifah (Mak Long Gayah), Haji Muhammad Hamzah (Mat Tuyu), Zamnah (Mak Ngah), Siti Maheran (Mak Unggal), Zulkifli Atan (Pak Unggal), dan Mohd Satar (Pak Uda)


Belakang (Berdiri)(Dari kiri) : Shaari (Pak Utih), Amir Hamzah (Pak Anjang), Ramli (Uncle), Mazlan (Ayah Long), Azhar (Pak Andak), Matar (Pak Cik) dan Abd Ghaffar (Pak Usu).

19 Jun 2009

Menziarahi Kubur Insan Yang Telah Meninggalkan Kita...Al-Fatihah - Bhg 1

Kubur Allahyarham Haji Mohamed bin Hamzah di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri Muar

Nisan kubur Mat Tuyu(Mat2u) memaparkan tarikh lahirnya sekitar tahun 1915 dan tarikh meninggal iaitu 19 September 1989 bersamaan 19 Safar 1410 (Selasa)

Kubur Allahyarham Haji Mohamed bin Hamzah di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri Muar


Sempena Hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci serta mendoakan kesejahteraan kepada insan tersayang yang telah meninggalkan kita agar kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada insan tersayang yang masih hidup, maka lebih afdal kita menziarahi mereka ketika mereka masih hidup. Jadi kepada mereka diperantauan yang berkesempatan untuk pulang, rajin-rajin untuk menjenguk ibu bapa anda yang masih ada agar tidak menyesal kemudian hari.

Tempohari saya menziarahi kubur insan kesayangan kita Allahyarham Tuan Haji Mohamed bin Hamzah, P.I.S., atau Mat Tuyu di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.

Saya juga berkesempatan menziarahi beberapa lagi kubur insan yang telah meninggalkan kita di sana. Posting berikutnya saya akan muatnaik (upload) beberapa gambar-gambar kubur insan kesayangan kita yang telah pergi meninggalkan kita.

Diharapkan selepas ini anak cucu cicit kita akan mengetahui di mana kubur datuk nenek moyang mereka berada agar boleh terus diziarahi sampai bila-bila.

Buku Salasilah


Gambar di atas ini merupakan gambar buku bertajuk "Rangkaian Salasilah". Didalam buku inilah dicatatkan susur galur keturunan keluarga kita sebelah Mat Tuyu bermula dari Tuk Haji Muda atau Wan Hj Muda atau Raden Hj Ali yang berasal dari Tanah Jawa (Bugis atau Sulawesi) yang datang ke Tanah Melayu (lebih spesifik di kawasan Alai, Melaka) lebih 500 tahun yang lalu dan beranak cucu di sana sehinggalah menurunkan beberapa jurai keturunan serata negara termasuklah keluarga kita semua yang kini memasuki generasi ke 7, 8 dan ke 9 bermula dari anak Raden Hj Ali iaitu Sulung Bari kemudian Endin kemudian Haji Muhammad Yassin kemudian Hamzah dan seterusnya kepada Hj Mohamed atau Mat Tuyu dan kemudian kepada kita semua anak, cucu, cicit dan seterusnya.


Untuk makluman, buku ini diterbitkan oleh Hj Muhammaddun Bin Hj Shafie, berasal dari Batu Pahat seorang daripada keturunan Raden Hj Ali pada tahun 1965 dalam tulisan Jawi.


Sekarang saya sedang mengusahakan untuk menulis semula salasilah ini untuk diterbitkan semula dalam tulisan rumi dan dalam bentuk yang lebih segar dan menarik agar dapat dibaca oleh semua keturunan.


Sesiapa yang ingin mendapatkan salinan buku di atas, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya untuk simpanan semua.


Sebahagian daripada buku salasilah tersebut. Kotak bertanda merah menerangkan keluarga Mat Tuyu.

17 Jun 2009

Majlis Perkahwinan Siti Melinda Haris & Shaharuddin

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar Majlis Perkahwinan Siti Melinda Haris dengan pasangannya Shaharuddin. Untuk pengetahuan anda semua, Siti Melinda merupakan anak kepada pasangan En Haris bin Abdul Rahman dan Puan Musliha Salamun (Pak Itam & Mak Itam). Majlis ini telah diadakan di rumah beliau di Kuarters KLIA di Nilai pada 21 Disember 2008.




Gambar Mak Ngah bersama dua anak saudaranya, Sheena & Syaheera
di rumah En Amir Hamzah Mohamed @ Pak Anjang di Putra Perdana


Gambar Mak Ngah bersama dua anak saudaranya
dan menantunya Kak Ita

Suasana dapur memasak yang meriah

Tukang masak No 1 Keluarga Mat Tuyu, Puan Azizah @ Makcik


Dua adik ipar kesayangan, Pn Nor Anani @ Mak Anjang & Pn Faridah @ Mak Ajak
bersama Pn Zamnah @ Mak Ngah

Tn Hj Ahmad @ Pak Ngah membaca doa selamat



Rekabentuk pelamin yang menarik (siapa2 yg nak kawen leh tempah nanti)


Teruna-teruna Malaya dari kiri Pak Ngah, Yus, Aboy, Pak Anjang, Pak Ajak & Ajib


Waris walak keluarga Arwah Aminah Hamzah @ Tok Chu



Jejaka Idaman Malaya sedang termenung, Abdul Ghaffar Mohamed @ Pak Usu



Sedara-sedara yang datang bertandang



Sedara-sedara menjadi kendarat membungkus bontrot
Dari kiri : Ita (Ipin), Makcik, Enon (Ajib), Mak Ajak & Mak Usu




Penyanyi No 1 Sedara Azamuddin @ Yus



Penyanyi No 1 jugak, Sedara Abdul Razak Mohamed @ Pak Ajak



Pn Zamnah bersama ibu tiri tercinta, Pn Hjh Ramlah
(sibuk diapit anak sedara yang interframe, Mr Yus)


Sedara mara yang sibuk bercerita (macam setahun tak jumpa)



Sedara mara yang duduk goyang kaki saja



Seorang lagi penyanyi Pojaan Ramai


Kesian, En Abdullah @ Pak Ellah...kenapa dok sorang2?
jaga hadiah ker jaga tisu?


Member-member lama


Hantaran pihak perempuan


Petarakna @ Pelamin Pengantin


Meja Makan Beradap Pengantin



Seorang lagi tukang masak No 1 Keluarga Mat Tuyu, En Azhar @ Pak Andak



Ketibaan pengantin lelaki


Disambut oleh pengantin perempuan



Kedua mempelai seiring sejalan



Kedua mempelai diapit pengapit


Kedua mempelai disandingkan



Empat sekawan
Dari kiri : Noor Rashidah @ Kak Idah, Mak Usu, Mak Anjang & Makcik



Pengantin perempuan dicium ibu tercinta, Puan Musliha @ Mak Itam




Kedua mempelai makan beradap




Kedua mempelai makan beradap



Cik Sheena mendukung anak En Latif Matar (lupa plak namanya)




Pasangan ideal Pak Ngah & Mak Ngah




Anak beranak, Pn Aishah @ Mak Andak Ecah & Pn Norakmal @ Kak Long


Anak beranak, Pn Aishah @ Mak Andak Ecah & Pn Norakmal @ Kak Long


Pasangan Romantik Pn Rosnita @ Ita & En Arifin @ Ipin


Video menarik untuk ditonton


Related Posts with Thumbnails