16 Mac 2010

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Ke-33 Tahun Buat Puan Noorliza Mahzan

Assalamualaikum...

Kali ini rasanya tak salah lagi kot...hehe..dah serik asyik salah tarikh aje...jadi lepas nie blogmaster nak wish pada sesapa yang tarikh hari lahirnya confirm aje. Yang blogmaster tak confirm atau rasa was-was, blogmaster taknak wish, takut pisang berbuah 4-5 kali...Haha... Tunggu ucapan rasmi dari blog keluarga memasing baru lah blogmaster boleh wish.

Inilah gambar Ibu Puteri Noordalilah masa kecik-kecik dulu...apsal dulu kalau bergambar mesti berlatarbelakangkan TV yek..ntah la

Jadi untuk hari ini tibalah tarikh ulangtahun ke-33 tahun buat blogger tegar Keluarga Mat Tuyu dari Blog Longgayah Mat2U iaitu tak lain dan tak bukan, Puan Noorliza @ Noli.

Jadi di kesempatan ini blogmaster nak ucapkan selamat panjang umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman dan diberikan kesihatan yang baik.

Okey...itu saja...chow dulu...

14 Mac 2010

Menggamit Memori

Assalamualaikum semua... Hawau you...

Hehe..lama sungguh rasanya tak kemaskini. Bukan merajuk atau bersedih cuma tak ada bahan nak kongsi bersama. Jadi untuk kali ini, saja nak kongsi gambar doulu-doulu untuk tatapan generasi dulu dan sekarang. Inilah gambarnya:


Tarikhnya tak pasti tetapi rasanya masa nie majlis perkahwinan la, perkahwinan Pak Anjang kalau tak silap...tapi kalau silap tolong betulkan, maklumlah saya budak baru belajar.

Kelihatan dalam gambar old timer atau otai kita, Pak Al (berjanggut ciput) & Uncle Ramli (berambut Afro) dan yang lain-lain tu nanti tag sendiri la ye gambar masing-masing (hehe...lepas nie nak masukkan gambar nie dalam Facebook pulak..) Ada yang berdiri, ada yang bercangkung dan tak kurang ada yang didukung tengah menangis pun ada.

Semuanya tengah muda belia belaka. Kalau sekarang, gambar cam nie anak-anak dia orang pulak ambil alih.

Cuma satu aje kemusykilan...bergambar depan motor sapa tu ek...kalau tak silap tu moto Suzuki...Sesapa tau nanti tolong jawabkan yer...

Okey la...chow dulu.

06 Mac 2010

Maafkan Kami!!!

Assalamualaikum...

Sekali lagi blogmaster nak minta maaf bebanyak kerana tersilap informasi. Kesilapan ini bukan disengajakan tetapi blogmaster mengakui kesilapan ini berpunca dari blogmaster sendiri yang tidak menyemak secara terperinci.

Jadi di sini, saya memohon kepada semua anggota Keluarga Mat Tuyu agar dapat membantu saya menyemak kembali mana-mana tarikh yang tersilap agar dapat dimaklumkan kepada saya untuk diperbetulkan.

Kerjasama dari anda semua amat blogmaster perlukan agar kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

02 Mac 2010

Selamat Ulang Tahu Kelahiran Ke-35 Tahun Buat En Abdul Latiff Hj Matar

Ngencik Latiff kita sedang dibalut isteri tersayang...apa benda yang dicover tu...

Assalamualaikum...

Nampaknya kali ini blogmaster lewat dari semua orang. Selalunya blogmaster yang paling awal mengucapkan selamat hari jadi...tapi lain pula ceritanya hari ini. Al maklumlah, blogmaster semenjak dua menjak ni memang sibuk memanjang. Tapi tak mengapa...itu maknaya semua semakin prihatin dan proaktif (walaupun sebenarnya semua orang dah takde cerita tu...jadi tak mahu dikatakan bersawang)

Jadi blogmaster nak mengucapkan Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke-35 tahun buat En Abd Latiff Hj Matar, semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman dan disihatkan tubuh badan.

Kalau ada kesempatan tu join la Facebook, gunakan kecanggihan iPhone anda itu untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Ramai dah Keluarga Mat Tuyu meyertai Facebook. Bukannya nak promosi Facebook cuma saja nak meriahkan lagi penyertaan Keluarga Mat Tuyu.

Okey la...chow dulu.


Related Posts with Thumbnails