30 Mei 2010

Sekitar Majlis Hari Jadi Zalia Najwa Zainal

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama Keluarga Mat Tuyu tak berkumpul. Jadi sesekali berkumpul walaupun tak semua ada, masih tetap meriah dan havoc. Kalau semua ada lagi la macam tongkang karam.

Kali ini Keluarga Mat Tuyu berkumpul untuk majlis hari jadi anak perempuan En Zainal & Puan Aishah iaitu adik Zalia Najwa yang ke-7 tahun.

Dalam SMSnya seperti di bawah, En Zainal & Pn Aishah menjemput semua Keluarga Mat Tuyu hadir ke majlis hari jadi anaknya :



Makanya pada hari semalam, 29 Mei 2010, bertempat di rumah mereka di Temiang, maka acara hari jadi telah dijalankan. Selebihnya mari kita berkongsi gambar-gambar majlis berkenaan di bawah :


Antara juadah yang disediakan termasuklah sate ayam & daging, meehoon goreng, puding, kekacang, jajan air oren & teh

Antara tetamu yang hadir termasuk la En Fadil, jiran lama dr Sg Abong. Katanya dah pindah ke Muar terus.

Seperti biasa, Mak Ngah & Long Gayah merupakan backing voice unutk lagu Allah Selamatkan Kamu & lagu Selamat Hari Jadi

Birthday Girl sedang memotong kek sambil dibantu mama tersayang

Gambar kek hari jadi Zalia Najwa

Gambar 2 bapa sedara yang evergreen, Pokde & Pak Anjang, kat depan tu sate ayam & daging menanti...menjeling kamera ke sate tu agaknya yer...
Nyum nyum...sate ayam, sate daging, kacang tanah...sedapnyer...

Itu saja yang nak dilaporkan dari sini. Minggu depan lagi havoc majlis Keluarga Mat Tuyu sebab orang jauh nak balik Malaya.

Sehingga minggu depan, tunggu....

16 Mei 2010

Pesanan Penaja Dari AjaqMat2U

PEMBERITAHUAN UNTUK SEMUA WARGA MAT2U & TOK CHU SEMUA..JUNE 01,2010 KAMI FAMILY AJAQMAT2U AKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN UNTUK BERCUTI...


DAN PADA 05HB JUNE 2010 ( SABTU-PUBLIC HOLIDAY ) AJAQMAT2U AKAN MENGADAKAN KENDURI KESYUKURAN DI RUMAH BONDA HAJAH RAMLAH ( RUMAH ATOK ) DI BB5..WAKTU : SELEPAS MAGHRIB..

DIHARAPKAN SEMUA ADIK-BERADIK,IPAR-DUAI,SEPUPU2 ANAK-ANAK SEDARA DAPAT MELUANGKAN MASA PADA MAJLIS TERSEBUT.

SECARA TIDAK LANSUNG MAJLIS INI AKAN MENGERATKAN SILATURAHIM KELUARGA MAT2U & TOK CHU.

01 Mei 2010

Keadaan Terkini Sulong Bahari @ Aboy

Assalamualaikum...

Nampaknya blog kembali bernyawa setelah ada berita terkini. Demikian la nasib blog, kalau tak ada berita terkini maknanya kembali bersawang la blog ini.

Kali ini saja nak kongsikan gambar-gambar terkini keadaan Sulong Bahari @ Aboy setelah pembedahan. Gambar ini diletakkan dalam FB En Azamudin Mohd Satar @ Abg Yust. jadi kepada abg Yust, tumpang ambik gambar ini untuk tatapan family kita yang tak ada FB. (sesapa yg tak ada FB tu, cepat2 la sign up ye, bukan promosi, cuma cepat sikit info dapat dikongsi).


 Masih mampu tersenyum..dalam hati Tuhan aje yag tau...

 Keadaan Aboy selepas operation

Keadaan bahagian yang dibedah

Gambar2 di atas ehsan saudara Azamudin Mohd Satar @ Yust...Hakcipta Terpelihara oleh beliau. Kalau nak masuk mana2 blog mintak izin dulu yer dari empunya gambar...Terima kasih kepada saudara Yust kerana sudi berkongsi gambar-gambar berikut kepada mereka yang tak datang atau tak sempat nak menziarahi Aboy termasuk blogmaster sendiri di atas sebab-seba yang tidak dapat dielakkan..

Sekian saja...Adios amigos...
Salam.

Related Posts with Thumbnails