22 Mei 2009

Selamat Datang...Welcome

Selamat datang kepada semua pengunjung laman blog ini terutamanya Keluarga Mat Tuyu. Saya mengambil inisiatif mewujudkan laman blog ini bertujuan bertukar tukar maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh keluarga ini yang bertambah ramai dan besar memandangkan ramai yang telah dan bakal berkahwin dan beranak pinak.

Melalui kewujudan blog seperti ini kita boleh berkongsi maklumat dan aktiviti di antara sesama keluarga. Kadangkala tidak semua aktiviti yang dibuat dapat dihadiri oleh semua orang dalam satu satu masa. Dengan ini,melalui blog ini bolehlah kita berkongsi pelbagai media seperti gambar, video, tulisan dan catatan aktiviti yang dihadiri seperti kenduri, majlis perkahwinan dan lain-lain.

Saya juga berharap laman blog ini dapat digunakan sebaik-baiknya bagi mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan menambahkan lagi ikatan silaturrahim di antara kita semua.

Sekian.

Daripada:
Hairul Arifin Hj Ahmad (Ipin)
Related Posts with Thumbnails