31 Julai 2009

Menghitung Detik Waktu - Tinggal Kurang 28 Jam Lagi...

Assalamualaikum...

Tinggal kurang dari 28 jam saja lagi sebelum majlis sambutan hari jadi Keluarga Mat Tuyu akan diadakan. Rasanya tak sabar menunggu...

Dalam pada menghitung detik detik bersejarah, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuh. Dugaan terbesar nampaknya.

Tapi akan dihadapi dengan tabah. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Amin.

29 Julai 2009

Bayaran Hotel Telah Dijelaskan

Sedikit perkembangan tentang majlis bulan Ogos nanti. Saya dan isteri telah pun membuat pembayaran penuh bagi penempahan dewan di Muar Traders Hotel tengahari tadi.

Keseluruhan bayaran tersebut ialah sebanyak RM 1,980.00 (iaitu deposit sebanyak RM 950.00 dan baki bayaran dijelaskan tengahari tadi iaitu RM 1,030.00). Walaupun kita masih kekurangan sedikit lagi dana tersebut, saya merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran tersebut disebabkan pihak hotel ingin dijelaskan lebih awal bayaran tersebut untuk persiapan mereka sempena jamuan pada malam itu nanti.

Saya dan isteri juga telah meninjau persiapan pihak hotel di Dewan Nusantara 1 yang telah kita tempah nanti. Nampaknya persiapan telah diatur oleh pihak hotel dari segi layout meja dan tempat makanan dan buffet nanti. Rasanya semua berjalan lancar. Kalau nak tau bagaimana bentuk persiapan pihak hotel, tunggulah sampai malam acara itu nanti. (saja nak surprise,taknak tunjuk gambar persiapan hotel tu,nanti dah tak gempak..)

Oleh itu kepada sesiapa yang masih lagi ingin menyumbang, kami amat mengalu-alukan sumbangan anda tak kiralah apa jua bentuk sama ada wang, hadiah atau sumbangan idea-idea yang bernas supaya majlis kita dapat dijayakan dengan sesempurna mungkin.

27 Julai 2009

Terima Kasih Pak Ajak

Terima kasih kepada Pak Ajak yang telah pun menunaikan janjinya untuk menghantar video ucapan sempena majlis pada 1 Ogos nanti.

Saya telah pun menerimanya semalam dan kita akan siarkan ucapan Pak Ajak tu pada malam tersebut. (Pak Ajak berucap macam nak umumkan tarikh hari raya je...hehehe)...Jadi tunggu sehingga malam 1 Ogos apakah isi kandungan ucapan dan amanat Pak Ajak pada kita semua.

Mesyuarat Kedua AJK Majlis Bulan Ogos















Minta maaf banyak-banyak sebab lewat sangat update. Banyak sangat kerja yang perlu dibereskan. Jadi terimalah posting kali ini tentang mesyuarat Ajk majlis Bulan Ogos yang diadakan pada hari Sabtu, 25 Julai 2009, jam 9.30 mlm.

Nampaknya kehadiran mesyuarat kali ini sungguh memberangsangkan dengan kehadiran ramai sekali ahli keluarga. Jadi banyaklah buah fikiran dan pendapat diluahkan. Walaupun nampak banyak percangggahan tetapi semua dapat menerima dengan baik.

Antara yang hadir pada mesyuarat kali ini ialah Abg Awang, Kak Aishah, Abg Hafiz & Kak Anom, Abg Izam & Kak ita, Mazuin, Kak Noli, Long Gayah, Pak Cik & Makcik, Abg Muhid, Abg Halim, Abg Ajid di samping saya dan ahli keluarga yang lain.

Banyak yang telah dibincang dan telah di'finalize'kan pada malam itu. Setiausaha telah post hasil mesyuarat yang dijalankan dalam blog beliau.

23 Julai 2009

Mesyuarat Kedua AJK Majlis Bulan Ogos 09

Dimaklumkan bahawa mesyuarat seterusnya akan di adakan pada 25 Julai 2009 (SABTU).(Sudah tukar..) Masa ialah selepas Marghrib dan tempat di rumah Pak Ngah. Makanan dan minuman ditanggung beres.

Mesyuarat kali ini akan membincangkan persiapan terakhir atau finalizing aturcara dan persiapan lain yang perlu dibincangkan lagi supaya majlis kita nanti kalau pun tak sempurna, hampir atau menepati apa yang dihajati dan diharapkan oleh semua.

Semoga majlis kita ini nanti akan mencatat sejarah tersendiri dan menjadi kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Untuk mencapai semua itu, semua AJK perlu bekerja keras dan bijak (work hard & smart) dalam menangani segala permasalahan yang akan muncul semasa majlis tersebut berlangsung.

17 Julai 2009

VIP.....takde kot...

Dimaklumkan bahawa semalam 16 Julai 2009, saya ada menerima surat jemputan dari UMNO Bahagian Bakri menjemput AJK UMNO Cawangan ke majlis kesyukuran sempena Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Bakri pada 1 Ogos 2009.

Oleh itu, yang pasti tetamu VIP yang kita jangka ingin dijemput iaitu Dato' Saipolbahari dan Datuk Dr. Haris sudah pasti tidak akan hadir di dalam majlis kita itu nanti. Jadi kebarangkalian majlis kita dihadiri oleh VIP adalah tiada.

Jadi mungkin kita terpaksa meminda aturcara sebelum ini yang ada memasukkan perasmian oleh tetamu VIP. Nanti saya akan berbincang dengan AJK yang lain untuk meminta pandangan mereka tentang rombakan aturcara tersebut.

Setiausaha AJK, Kak Noli, sila tanya Abg Man tentang kesahihan majlis VIP di atas. Sebarang perubahan atau cadangan sila hubungi saya atau hantar ke komen di bawah.

14 Julai 2009

Mesyuarat AJK Majlis Hari Jadi

Antara AJK yg hadir

Serius tengah meeting nie...

Jamuan tu makan cempedak goreng, apam balik Muar, Kopi 434 dan teh


Antara AJK yang hadir iaitu En Mazid, Puan Norlida @ Enon, Pn Noorliza @Noli,Pn Siti Haajar, Pn Rosnita, En.Anuar, En Arifin (tiada dlm gambar ssb sibuk ambik gambar) dan anak-anak kecil sebagai mencukupkan korum mesyuarat...hehehe...

Mesyuarat ini diadakan pada hari Ahad, 12 Julai 2009 bertempat di rumah Pak Ngah pada jam 2.30 petang.

Antara yang dibincangkan seperti yang telah dilaporkan dalam blog Keluarga Mak Long Gayah tempohari.

Dijangkakan mesyuarat kedua akan diadakan pada hari Ahad 26 Julai 2009. Jadi sesiapa ada kelapangan leh la join mesyuarat kedua tu nanti.

11 Julai 2009

Senarai Ahli Keluarga Yang Lahir Pada Bulan Ogos

Semalam pada posting lepas saya ada minta ahli keluarga senaraikan nama-nama ahli keluarga serta tarikh mereka yang lahir sekitar bulan Ogos.

Sebahagian nama-nama tersebut akan saya senaraikan di bawah. Tuan yang empunya nama atau ahli keluarga terdekat, sila sahkan kebenaran listing ini berserta tarikh yang tepat beserta tahun kelahiran anda.


1. Hj Ahmad Ismail (Pak Ngah) - 14 Ogos 1939
2. Azhar Hj Mohamed (Pak Andak) - 18 Ogos 1945
3. Manisah Sadikin (Mak Long) - 23 Ogos 1947
4. Haznah Othman (Mak Usu) - 18 Ogos 1953
5. Mohd Hafiz Azhar (Abg Apis) - 20 Ogos 1970
6. Rashidah Mahzan (Kak Idah) - 14 Ogos 1971
7. Zainal Zulkifli (Abg Awang) - 18 Ogos 1971
8. Noor Muhyiddin Mahzan (Abg Muhid) - 10 Ogos 1974
9. Hj. Azaruddin Mohd Satar (Aza) - ?? Ogos 1979
10. Seri (Isteri Acuk) - ?? Ogos 19??
11. Rosnita Sofian (Ita Ipin) - 19 Ogos 1982
12. Siti Sarah Abdul Ghaffar (Sarah) - 6 Ogos 19??
13. Nurr Mariana Amir Hamzah (Ebab) - 31 Ogos 1986
14. Eza Shaheda Abdul Razak (Shaheda) - 19 Ogos 1991
15. Nurr Syaheera Amir Hamzah (Syera) - 16 Ogos 1993
16. Mohd Najmi Abdul Kahar - ?? Ogos 19??
17. Hanif Nadzmi Mohd Nizam (Anep - anak Abng Nizam) - 21 Ogos 2002

Ada lagi yang tertinggal? Sila berikan komen anda di bawah atau di shoutbox di bawah. Jika ada penambahan atau kesilapan sila beritahu secepat mungkin.

10 Julai 2009

Pengumuman Lagi...

Kepada semua saudara-saudaraku sekalian...

Dimaklumkan bahawa pihak AJK meminta kepada semua keluarga agar dapat menyenaraikan nama-nama keluarga anda yang lahir pada bulan Ogos. Ini adalah bagi memastikan pihak AJK dapat menyusun lebih awal persiapan bagi majlis tersebut. Sila letakkan di bahagian komen di bawah atau hubungi saya.



Untuk makluman, sumbangan berupa wang hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Maybank saya (Hairul Arifin Ahmad, No Akaun :151043809334) selewat-lewatnya pada 28 Julai 2009. Ini adalah bagi memudahkan urusan pembayaran kepada hotel untuk majlis tersebut.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang selain wang seperti hamper dan lain-lain juga amat dialu-alukan. Anda dikehendaki memaklumkan jenis sumbangan kepada saya atau Kak Idah lebih awal bagi memudahkan kami menyusun dan mengaturkan untuk majlis tersebut nanti.

Juga dimaklumkan bahawa pihak AJK majlis akan mengadakan mesyuarat AJK pada hari Ahad, 12 Julai 2009 bertempat di Rumah Pak Ngah pada pukul 2.00 petang. Kepada sesiapa yang ada kelapangan masa diharap dapat hadir bagi membincangkan aturcara majlis dengan lebih lanjut serta dapat membahagi-bahagikan tugas pada majlis tersebut kelak.

Itu sahaja yang terkini buat masa ini. Jika ada tambahan lain akan diberitahu dari semasa ke semasa.

08 Julai 2009

Sedikit Perkembangan Tentang Majlis Hari Jadi

Untuk posting kali ini saya akan melaporkan perkembangan terkini tentang majlis yang kita akan adakan.


Tema pakaian untuk majlis ini ialah hijau dan putih. (Hijau nie tak kira laha hijau pekat ke, hijau PAS ke, hijau pucuk pisang ke,janji warna hijau).Jadi terpulang kepada semua untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengan tema yang dipilih. Yang penting ianya bersesuaian, tidak menjolok mata serta sesuai dengan tempat majlis diadakan iaitu di hotel.



Selain itu, majlis kita ini mungkin akan dihadiri oleh beberapa orang VIP (orang luar dari keluarga kita la tu...). Jadi diharap kita dapat menjaga kesopanan dan hormat semasa mereka masih di dalam majlis kita. Kepada yang ada anak-anak kecil harap dapat kawal mereka.


Berkenaan dengan aturcara majlis, Majlis akan diadakan dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tgh malam. Majlis akan dimulakan pada 8.30/8.45 mlm. Jadi diharapkan agar semua jemputan yang hadir dapat menjaga ketepatan masa tersebut. Majlis tidak akan menunggu anda. Majlis akan diteruskan biarpun anda semua datang lewat.


Majlis akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengacara majlis. Kemudian disusuli dengan bacaan doa. Selepas itu majlis akan mendengar ucapan dari Pak Ngah disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh tetamu VIP yang telah dijemput.


Selepas ucapan perasmian oleh VIP, majlis diteruskan dengan acara memotong kek oleh Pak Ngah serta diiringi oleh ahli keluarga yang lahir pada Bulan Ogos. Selepas acara memotong kek, jamuan akan dimulakan.


Semasa jamuan dijalankan, persembahan pertama akan mengambil alih. Persembahan ini akan memaparkan video biografi Pak Ngah dari kecil hingga sekarang serta akan diselitkan dengan biografi sedikit tentang Keluarga Mat Tuyu.


(Saya nak minta kepada Pak Ajak dari Bintulu dapat kirimkan video ucapan hari jadi untuk Pak Ngah dan seluruh keluarga Mat Tuyu sebab nak dimasukkan dalam persembahan video tu nanti. Sesiapa yang nak kirimkan video ucapan pada Pak Ngah pun boleh emelkan pada saya di arifin@tawarunggul.com).

Kita juga akan selitkan sesi karaoke. Sesiapa yang akan terlibat dalam sesi karaoke akan diberitu tahu dan diminta harap bersedia dengan lagu yang dipilih. Untuk karaoke sesi pertama hanya mereka yang dipilih sahaja akan menyanyi. Sesi kedua nanti semua boleh menyanyi bagi menjimatkan masa kita semua.

Untuk memeriahkan lagi majlis, saya minta kepada setiap keluarga agar dapat menyediakan satu persembahan khas dan kami akan panggil secara rawak untuk naik ke pentas untuk mengadakan persembahan...jadi siap sedia semua OK!!!.

Kita juga akan adakan cabutan bertuah. Nombor cabutan bertuah akan diberi ketika sesi pendaftaran sebelum majlis bermula. Kita akan adakan kira-kira 15-20 hadiah cabutan bertuah. Kepada sesiapa yang nak sponser untuk hadiah cabutan bertuah pun dialu-alukan (Manalah tau nak sponser kereta BMW ker...percutian ker...hehhe).


Selain tu, kita akan selitkan dengan permainan bagi kanak-kanak dan juga dewasa. Jenis permainan masih lagi difikirkan, so jika sesiapa ada cadangan boleh la bagi cadangan.


Aturcara di atas masih lagi belum dimuktamadkan. Tetapi rangkanya adalah seperi yang diceritakan di atas.


Jadi, sesiapa ada cadangan untuk memantapkan lagi majlis ini, sila beri komen anda.

06 Julai 2009

Posto...Posto...Pengumuman Penting

Muar Traders Hotel, tempat akan berlangsung majlis keluarga kita semua

Adalah dimaklumkan bahawa setelah diteliti dan dibincangkan dengan mendalam,maka Majlis sambutan hari jadi yang sepatutnya akan diadakan di Batu 5, Bakri telah diubah tempatnya ke Muar Traders Hotel, Muar. Ini adalah bagi memenuhi hasrat Tuan Hj Ahmad yang ingin mengadakan majlis tersebut di hotel tersebut yang akan diadakan pada 1 Ogos 2009 (Sabtu).



Sambutan hari jadi tersebut bukan hanya untuk meraikan ulangtahun Hari Jadi beliau yang ke 70 pada tahun ini, tetapi juga akan meraikan seluruh Keluarga Mat Tuyu yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos. Sambutan ini juga bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita yang telah lama tidak berkumpul beramai-ramai.


Selain itu, kita cuba membuat kelainan bagi acara kali ini memandangkan keluarga kita belum pernah menganjurkan majlis seperti ini di hotel. Jadi secara tidak langsung, kita mengurangkan beban keluarga, tidak payah memasak, tidak payah mengemas, datang dan kita raikan beramai-ramai. ini merupakan julung-julung kali keluarga kita akan mengadakan majlis di hotel, jadi standard la skit Keluarga Mat Tuyu.


Sehubungan dengan itu, saya sebagai blogmaster dan penganjur bersama majlis tersebut memohon jasa baik anda sepupu-sepupu sekalian agar dapat menyumbang sedikit saguhati bagi menjayakan majlis tersebut. Untuk makluman semua Pak Ngah telah pun bersetuju menyumbangkan sebanyak RM 1,000.00 untuk merealisasikan majlis tersebut.

Oleh itu diminta saudara saudari sekalian agar dapat menyumbang sedikit sekurang-kurangnya RM 50.00 seorang. Sebenarnya tiada had yang ditetapkan untuk sumbangan tersebut. Sesiapa yang ingin menyumbang lebih amat dialu-alukan. Kalau saudara-saudari menyumbang RM 10 pun kita menerimanya. Sumbangan tersebut adalah untuk menampung kos menyewa dewan hotel dan kos makanan serta lain-lain kos seperti hadiah dan cabutan bertuah yang akan diadakan.


Aturcara majlis akan diberitahu dari semasa ke semasa dalam blog ini. Majlis ini juga akan dihadiri oleh beberapa orang VIP seperi Dato' SaipolBahri (Ketua UMNO Bahagian Bakri dan Datuk Dr Haris Salleh.


Cadangan dari saudara saudari semua dialu-alukan. Untuk sebarang pembayaran, anda boleh hubungi saya di talian 016-2204045/06-9511029(Rumah) atau boleh bank-in terus ke akaun Maybank 151043809334.


Sekian. Terima kasih untuk makluman semua. Sila panjang-panjangkan pengumuman ini kepada mereka yang tak baca blog ini (tak kira lah apa cara sekalipun; telefon, sms, mms, 3G, webcam dll).


p/s : Pak Ngah pesan (BUKAN blogmaster pesan tau!!!) mungkin ini sambutan terakhir hari jadi beliau. Selepas ini kalau umurnya panjang pun tiada sambutan seumpama ini akan diadakan disebabkan keadaan beliau yang telah uzur.

03 Julai 2009

Lagi-Lagi Nostalgia

Kalau sesiapa masih ingat, dalam posting lepas, saya ada menanyakan tentang gambar di bawah ini. Maka jawapannya ada di sekeping lagi di bawah. Cuba amati betul-betul. Tempat yang sama, cuma suasana dan gambar dan zamannya saja yang berbeza. Gambar pertama tu merupakan gambar sekarang (2009) yang memeparkan satu tempat yang saya rasa ramai masih ingat di mana macam-macam kenangan dicatatkan.



Manakala gambar kedua tu pula merupakan gambar yang diambil sekitar tahun 1980-an di lokasi yang sama tetapi zaman yang berbeza. Terima kasih kepada Keluarga Pak Anjang Mat2u kerana memaparkan gambar berkenaan supaya kita dapat membandingkan apa yang ada kini dengan yang ada dahulu.


Jadi jawapannya ialah kawasan Rumah Keluarga Mat Tuyu dan persekitarannya pada tahun 1970-an hingga pertengahan 1980-an yang terletak di Batu 1, Bakri Muar.


Gambar sekarang memaparkan sebuah rumah keluarga Cina yang berpagar dan rumah seperti gambar kedua yang kita lihat sudah pun dirobohkan selepas perpindahan kita semua ke Pt Muhammad, Batu 5, Bakri.


Perpindahan dari rumah ini ke Pt Muhammad, Batu 5, Bakri adalah sekitar tahun 1984-1985 selepas majlis perkahwinan En. Abdul Kahar dan Puan Badariah (Pak Al & Mak Al).(Seingat saya, jika salah sila betulkan saya).



Gambar Sekarang (2009)

Gambar sekitar tahun 1980-an (dari laman Blog Keluarga Pak Anjang Mat2U)

01 Julai 2009

Kunjungan Keluarga & Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Jadi

Kelihatan Tok Minah bersama Makcik dan Mak Long serta Alif dan Aiman

Minum kopi 434 semasa menziarahi Pak Ngah. Kelihatan Bilal Latif bersama Pak Cik, Mak Long, Kak Lin dan Mashitah.


Serius sedang berbincang sesuatu sambil minum kopi 434 dan teh.

Pada hari Ahad lepas, 28 Jun 2009, Keluarga Pak Cik diketuai Pakcik Matar bersama Makcik Zizah, Latif dan isteri sekeluarga serta Mashitah telah datang menziarahi Hj Ahmad (Pak Ngah) lebih kurang jam 6.00 petang.

Seperti berjanji-janji pula, setengah jam kemudian Keluarga Mak Long Maniseh bersama Kak Lin serta Alif dan Aiman pula datang untuk tujuan yang sama.

Selain datang menziarahi, ada beberapa perkara yang telah dibincangkan bersama. Antaranya ialah cadangan Pak Ngah untuk mengadakan majlis ulang tahun hari jadinya yang ke 70 pada bulan Ogos ini.

En. Latif mencadangkan agar majlis tersebut dibuat seperti sambutan dua tahun lepas iaitu mengumpulkan semua ahli keluarga yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos, memandangkan ramai ahli keluarga kita menyambut hari jadi pada bulan Ogos dan meraikan hari jadi mereka bersama. Tempat yang dicadangkan ialah di rumah Batu 5, Bakri.

Juga dicadangkan dibuat sedikit kutipan bagi anak-anak sedara (sepupu) yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos untuk meraikan bersama-sama majlis tersebut.

Majlis tersebut dicadangkan diadakan pada 1 Ogos 2009 (Sabtu). Antara aturcara yang telah dibincangkan ialah majis bacaan Yaasin serta tahlil dan doa selamat, majlis potong kek dan acara permainan. Kak Lin (Mazlina Mazlan) telah bermurah hati ingin menaja hadiah untuk acara permainan.

Oleh itu saya sebagai moderator blog ini ditugaskan untuk mewar-warkan (menghebahkan) majlis sambutan tersebut. Segala cadangan dan pandangan amat dialu-alukan.

Untuk sebarang cadangan sila beri komen di bawah atau di Shoutbox di kanan blog ini. Sekian sahaja untuk makluman semua.
Related Posts with Thumbnails