31 Januari 2010

Allah Selamatkan Kamu...Selamat Ulangtahun Hari Lahir Ke-48 Buat Mak Anjang

Mak sedara kita nie tak lama lagi nak dapat menantu

Assalamualaikum...

Di kesempatan hari cuti dan memang tengah cuti nie, jadi banyak la skit masa nak kemaskini blog ini. Jadi hari ini nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Lahir ke-48 Tahun buat Puan Nor Ananni Hj Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Mak Anjang di kalangan Keluarga Mat Tuyu.

Semoga Mak Anjang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, disihatkan tubuh badan dan Insya Allah tak lama lagi nak dapat menantu...dan tak lama lagi akan timang cucu...hehehe....

Di kesempatan ini juga blogmaster nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Mak Anjang & Pak Anjang sekeluarga di atas jasa dan pertolongan yang diberikan sepanjang saya belajar di UM tak berapa lama dahulu. Kekadang tolong basuhkan baju, hantar sampai ke kolej dan yang paling tak boleh lupa... cerita pasal basikal...hahaha...

Okey la...chow dulu.

30 Januari 2010

Saja Nak Kongsikan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...rasanya dah sihat sikit sejak keluar dari wad...tapi boring sebab cuti lama sangat. Kalau keje asyik pikir nak cuti, bila dah cuti lama sangat asyik pikir bila nak keje...hehehe...biasa lah adat manusia.

Nampaknya awal-awal tahun nie ramai Keluarga Mat Tuyu kurang sihat, tapi takpe...itu semua...cobaan. Kalau awal-awal dah sakit, jadi lepas nie diharap sepanjang tahun akan sihat walafiat.

Nak citer projek atau acara grand nampaknya tahun nie lom masuk dalam kalender lagi. Takde cerita baru nak kongsikan, so nak kongsikan satu gambar lama nie...


Gambar nie rasanya sekitar awal tahun 70-an, kat umah Mat Tuyu di Lian Hoe. Semuanya nampaknya kecik-kecik lagi, Yang saya kenalpasti kiri sekali tu ialah Pak Emi (Jasmi Abd Rahman) dan 2 orang kanak-kanak kat depan tu iaitu Kak Ulla (Maizura) & Kak In (Haslina). Yang lain tu saya tak berapa pasti la. Kena tanya yang senior-senior la yer. Mungkin AjaqMat2U leh tolong jelaskan...kalau salah tolong betulkan....hehehe...

Okey...adios...

26 Januari 2010

Tiada Kemaskini

Dimaklumkan bahawa blogmaster tidak dpt kemaskini blog dlm masa terdekat kerana dimasukkan ke hospital.Harap maklum.

24 Januari 2010

Daulat Tuanku - Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj



 Sultan Ibrahim Ismail sedang membaca watikah pemasyhuran baginda sebagai Sultan Johor


Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar.


Baginda yang berjiwa rakyat telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar Johor Bahru pada 3 Julai 1981. Baginda juga pernah dilantik sebagai Pemangku Raja ketika Almarhum ayahandanya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke-8 dari 1984 hingga 1989.


Hasil perkongsian hidup dengan Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, pasangan diraja itu dikurniakan enam cahaya mata, lima putera dan seorang puteri iaitu Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.


Sultan Ibrahim Ismail mula mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tuanku Ampuan Mariam, Johor Bahru sebelum memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.


Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School di Australia mulai 1968 hingga 1970.


Sultan Ibrahim Ismail juga pernah mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College Johor Bahru) dari 1971-1975.


Baginda turut menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek Johor Bahru.


Setelah tamat persekolahan, Sultan Ibrahim Ismail telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi selama tiga bulan untuk menerima latihan asas ketenteraan.


Kemudian baginda ke Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat untuk latihan ketenteraan (Airborne dan Infantery Offices Basic Course) dan kemudian menyambung latihan di Fort Bragg, Amerika Syarikat.


Baginda turut menjalani latihan penerbangan helikopter di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kluang dan seterusnya ke Fort Wracker, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan lanjutan di Advanced Helicopter Flying‘s School dan menerima anugerah ‘sayap’ penerbangan.


Selain itu, baginda juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan diplomasi dari Universiti Tuftf, Amerika Syarikat.


Dalam bidang sukan, Sultan Ibrahim Ismail gemar bermain polo dan menunggang motosikal berkuasa tinggi serta sinonim dengan program Kembara Mahkota Johor yang melawat ke seluruh pelosok negeri ini.

23 Januari 2010

Sultan Johor Mangkat





Dimaklumkan bahawa Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah mangkat pada jam 7.15 petang 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 (Jumaat) di Hospital Pakar Puteri Johor.


Saya sebagai blogmaster Keluarga Mat Tuyu dan seorang rakyat Johor merafak sembah takziah di atas kemangkatan Almarhum Sultan.


Semoga roh Almarhum Sultan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehin...Amin....

22 Januari 2010

Dua surau di Muar dipercayai dibakar



MUAR: Dua surau di bandar ini dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dalam kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun kedua-dua surau itu hanya mengalami kerosakan kecil membabitkan langsir, permaidani dan cermin, selain kesan terbakar di pintu surau.

Kejadian pertama di Surau Silaturahim disedari oleh tiga remaja yang dalam perjalanan pulang melalui surau itu kira-kira jam 2.30 pagi, manakala kejadian di Surau Kampung Parit Beting dipercayai turut berlaku dalam tempoh yang sama tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi oleh seorang guru agama yang memasuki ruang solat wanita.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal tidak menolak kedua-dua kebakaran itu dilakukan oleh pihak yang sama berikutan taktik yang sama dan berlaku di kawasan hanya terletak antara jarak kira-kira dua kilometer.

Katanya, pihak forensik yang menyiasat di kedua-dua tempat kejadian turut menemui kesan minyak tanah termasuk satu botol yang dipercayai digunakan untuk memulakan kebakaran di surau kedua.

“Siasatan awal mendapati suspek menyimbah minyak tanah sebelum menyalakan api pada bahagian tingkap surau pertama sehingga menyebabkan langsir sepanjang dua meter dan satu tingkap nako rosak, selain turut menyebabkan kesan hitam di dinding surau berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar selepas melawat tempat kejadian.

Jalaluddin berkata, dalam kejadian kedua, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas seorang guru agama menyedari kesan kebakaran di bahagian pintu kedua surau iaitu laluan masuk ke ruang solat wanita.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan kesan kebakaran permaidani, langsir dan pintu, selain tingkap yang pecah akibat dibaling dengan batu bata.

“Kejadian itu juga dipercayai berlaku awal pagi tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi dan siasatan awal kemudian turut menemui botol yang berisi minyak tanah berhampiran surau berkenaan," katanya.

Jalaluddin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeksploitasikan kedua-dua kejadian itu dan tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci.

Katanya, pihaknya masih menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan dan pada masa yang sama pihaknya sudah meningkatkan rondaan di semua kawasan rumah ibadat di negeri ini bagi mengelak kejadian yang sama berulang.

Sumber : Berita Harian 22 Januari 2010

12 Januari 2010

Selamat Hari Lahir Buat Siti Chah


Cik adik manis sedang memegang anak sedaranya semasa majlis hari raya tahun lepas

Assalamualaikum...

Nampaknya semenjak dua menjak takde apa cerita nak kemaskini. Jadi kemaskini ulangtahun hari lahir aje...Majlis yang penting-penting nampaknya belum lagi ditempah tarikhnya.

Nak mengelakkan blog bersawang jadi di kesempatan ini nak ucapkan Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke-17 Tahun buat Cik Siti Aishah Hj Mohamed Satar atau Siti Chah, semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman serta mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM yang bakal menjelang hujung tahun nanti. Jangan lupa belajo rerajin...

Wokey,chow dulu...hehehe...Adios amigos....

06 Januari 2010

Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke-60 Buat Haji Matar Hj Mohamed


Yang hujung sekali sebelah kiri tu la Pak Haji kita...

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Di kesempatan yang memang selalunya memang tak sempat, maklumlah baru masuk tahun baharu, banyak kerja yang sedang sedia menunggu, saya selaku blogmaster Keluarga Mat Tuyu ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke-60 Tahun buat Tuan Haji Matar bin Haji Mohamed atau Pak Cik Matar (Pak Hajii...) semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan serta sentiasa dirahmati Allah.

Nampaknya hajat Pak Haji kita nie dah tercapai tahun lepas iaitu nak menerima satu-satunya menantu lelaki tunggal dan menunaikan Rukun Islam kelima.

Alhamdulillah...Amin...

Juga tak lupa Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke-3 Tahun buat adik Muhammad Nur Hazman Azamuddin, semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sentiasa serta menjadi anak yang soleh. Amin... (sorry la...gambau takde nak letak...hehehe...)

Allah Selamatkan Kamu......


Pak Haji Matar & Pak Haji Amat
Related Posts with Thumbnails