Mengapa Mat Tuyu?


Mungkin ramai akan tertanya-tanya, mengapa dinamakan blog Keluarga Mat Tuyu? Dari mana asal nama Mat Tuyu ini?

Sebenarnya nama blog Mat Tuyu ini kami dedikasikan khas bagi mengenang kembali (tribute) Allahyarham ayahanda/nenda kami iaitu Allahyarham Tuan Haji Mohamed bin Hamzah, P.I.S.

Mat Tuyu merupakan gelaran beliau semasa hayatnya. Mengikut ceritanya gelaran ini diberikan kepada beliau oleh rakan-rakannya kerana matanya yang agak sepet dan kecil dan nampak seperti kuyu. Kuyu (bagi sesiapa yang kurang faham maksudnya) merupakan keadaan di mana mata yang letih seperti hendak tidur.

Oleh kerana itulah maka gelaran itu melekat sehinggalah hari ini. Sebab yang lain adalah bagi membezakan nama Mohamed yang mana pada ketika itu banyak digunakan orang. Oleh sebab itu, maka mudahlah orang orang sekitar dan rapat mengenali mana satu Mohamed yang sedang diperkatakan atau dibualkan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails