31 Julai 2011

Sambutan Hari Lahir Ke 1 Tahun Sharifah Suri Sofea

Assalamualaikum...Jangan buang masa, kita layan aje gambar yek...

 Antara tetamu & keluarga yang hadir

Ramai lagi yang hadir

Tuan Hj Ahmad sedang membaca doa selamat

Mengaminkan doa selamat

Birthday girl...Suri...

Kek Satu Tahun ...bukan 1Malaysia tau...

Macam-macam ada...sum-sum, yong tau fu, mee bandung, kek & makanan ringan

Upacara bermula dengan lagu Allah Selamatkan Kamu diketuai Mak Ngah

Semua bergumbira..yeah..yeah..yeah...tapi bukan pop yeah yeah..hehe

Ibu Suri potong kek...

Kalau berjalan di waku senja...Cepat-cepat hari nak ribut....

Makanan banyak di atas meja...Sila beratur jangan berebut...hehe

Mak Ngah jadii dalang buka hadiah

Hadiah dibuka dibantu ibu Suri

 Macam-macam hadiah...ada teddy bear, baju seluar dan...

Ini hadiah paling besar...nak tau apa hadiahnya tengok gambar bawah ini....

 Inilah hadiahnya...daripada siapa....biarlah rahsia...sapa nak tau leh tanya yang hadir yea...

Sekian buat kali ini...Kepada semua Warga Mat Tuyu saya selaku blogmaster mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Puasa jangan tak puasa...ehhehe...

Wassalam...


24 Julai 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali...

Tanggal 24 Julai 2011 merupakan satu tarikh yang amat bersejarah dan penuh tragedi bagi semua yang masih lagi mengingati sejarah Malaysia khususnya Kerajaan Melayu Melaka.

Mungkin ramai yang tahu dan sedar dengan tarikh keramat ini, atau mungkin ramai yang tidak pernah tahu atau ambil peduli dengan tarikh ini. Atau ada yang tahu tetapi sengaja buat tidak tahu.

Sebenarnya pada tarikh yang sama, 500 tahun yang lalu pada 24 Julai 1511, Portugis telah melancarkan serangan pertamanya di Melaka yang diketuai oleh Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur. Dalam serangan pertama ini, Alfonso D’ Albuquerque sendiri mengetuai sepasukan beberapa ratus anggota tentera ke bahagian utara kota manakala sepasukan lagi bertindak menyerang jambatan. Maka berlakulah pertempuran sengit di antara tentera Portugis dengan tentera Melayu dan Jawa, yang mengakibatkan ramai yang cedera parah atau terbunuh. Pihak Portugis akhirnya terpaksa mengundurkan diri kembali ke kapal mereka dengan membawa askar yang tercedera. Serangan pertama mereka gagal.
                  
Selang beberapa hari kemudian, D’ Albuquerque menyerang Melaka sekali lagi dan akhirnya Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511. Justeru, Sultan Mahmud Syah dan keluarganya berundur ke Ulu Bertam, Pahang. Dan pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.

Sebenarnya saya bukan ingin mengajar sejarah tetapi ingin kita semua mengingati tarikh keramat 500 tahun dahulu tentang kejatuhan bangsa dan dijajah oleh kuasa asing.

Selain dari fakta sejarah tersebut, saya juga amat tertarik dengan satu lagi fakta yang mungkin sebahagian besar keluarga kita ketahui iaitu tentang kelahiran seorang tokoh daripada nasab keturunan kita pada tarikh keramat tersebut iaitu Penghulu Andin atau Pak Ngah Kota.

Menurut keterangan penulis salasilah keluarga seperti yang dapat kita baca petikannya di atas, Penghulu Andin atau dikenali dengan gelaran Pak Ngah Kota merupakan anak kedua kepada moyang-moyang kita iaitu Sulung Bari.

Menurut keterangan penulis tersebut, Andin atau Pak Ngah Kota ini dilahirkan berbetulan ketika Kota Melaka pecah ditembak oleh Portugis dan beliau juga merupakan penghulu asal Kampung alai Melaka.

Jadi kesimpulan yang dapat diambil adalah Penghulu Andin telah dilahirkan pada jangkamasa tarikh 24 Julai - 25 Ogos 1511 ketika Melaka diserang Portugis 500 tahun dahulu. Walaupun tidak tercatat dalam mana-mana buku sejarah tentang kesahihan ini tetapi ianya sedikit sebanyak dapat membuktikan sejarah keluarga ini memang telah lama bertapak di Melaka iaitu lebih kurang 500 tahun lalu.

Menurut cerita yang pernah saya dengan dari orang-orang tua terdahulu, Sulung Bari iaitu bapa kepada Penghulu Andin merupakan seorang pahlawan yang hebat dan digeruni musuh. Beliau juga terbabit sama dalam peperangan tersebut. 

Oleh yang demikian, kita semua sebagai waris-waris mereka harus berasa bangga dengan pengorbanan dan ketokohan mereka dalam mempertahankan hak agama, bangsa dan negara.

Saya juga sebagai waris rasa terpanggil untuk menggali lebih dalam lagi tentang sejarah mereka dan akan saya kongsikan cerita-cerita yang lain sekiranya saya dapat maklumat yang baru tentang mereka.

Saya rasa setakat ini dahulu dan bersambung di masa yang akan datang.

Wassalam.
Related Posts with Thumbnails