31 Disember 2009

Suka Duka Sepanjang Tahun 2009 Episod 2




Bertemu kembali...


Beberapa jam lagi, tahun 2009 akan meninggalkan kita. Kalau entri lepas, saya dah selitkan beberapa kisah suka duka sepanjang tahun 2009, maka entri kali ini nak sambung lagi cerita tentang kisah suka duka Keluarga Mat Tuyu sepanjang tahun 2009 mengikut perspektif blogmaster. Kalau ada yang nak menokok tambah dipersilakan.

Awal tahun 2009 menyaksikan majlis pertunangan antara Mashitah & Syed Hairolnezam pada 25 Januari 2009. Awal tahun 2009 juga menyaksikan blogmaster sendiri terlantar di hospital selama 5 hari akibat keletihan selepas pulang dari satu kursus.

Kemudian, pertengahan tahun 2009 iaitu bulan Jun 2009 pula menyaksikan seorang lagi warga Mat Tuyu terlantar di hospital. Tak lain dan tak bukan, Tuan Hj Ahmad Ismail atau Pak Ngah akibat cirit birit, gastrik,
kekurangan gula dan garam dalam darah. Hampir dua bulan terlantar di rumah dan keluar masuk hospital selama 6 kali.


Pada bulan Ogos 2009, buat pertama kalinya Keluarga Mat Tuyu menganjurkan satu majlis bertempat di Muar Traders Hotel bagi Sambutan Ke 70 hari Lahir Tuan Hj Ahmad & Ulangtahun ke-40 Perkahwinan beliau dengan Puan Zamnah Hj Mohamed. Acara yang julung julung kalinya diadakan di hotel adalah diuruskan sendiri oleh semua ahli Keluarga Mat Tuyu walaupun persiapan majlis diaturkan tidak sampai 2 bulan kerana keuzuran Pak Ngah. Walaupun acara tersebut tidak dapat dihadiri olek Pak Ajak, tetapi beliau dapat mengikutinya melalui siaran webcam yang di siarkan secara langsung.

Berikutan dengan kejayaan menganjurkan majlis hari jadi Pak Ngah, maka pada 2 Syawal 1431 bertempat di Hotel Pelangi, Muar, pula diadakan majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Pn Hjh Ramlah Hassan. Sambutan yang bertujuan meraikan semua Warga Mat Tuyu diadakan bagi mengeratkan lagi perhubungan antara sesama keluarga.

Tidak ketinggalan juga pada 20 September 2009, 1 Syawal 1430 bertempat di Batu 5, Bakri telah diadakan mesyuarat pertama Mat Tuyu Committee yang dihadiri kebanyakan warga Mat Tuyu bagi penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu.

Setelah hampir 10 bulan mengikat tali pertunangan, maka pada 4 Oktober 2009 berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Puan Mashitah Matar dengan En Syed Hairolnezam yang dihadiri oleh semua ahli Keluarga Mat Tuyu, sanak saudara, rakan taulan serta jiran tetangga. Majlis yang meriah tersebut diadakan lebih awal oleh kerana pada bulan yang sama dijangkakan Pakcik & Makcik akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Kemudian pada 1 November 2009 pula, satu majlis kecil-kecilan telah diadakan menyambut ulangtahun kelahiran Long Gayah yang ke 62 bertempat di Mann Chalet, Jln Junid, Muar. Majlis ini telah dihadiri oleh Warga Mat Tuyu yang menetap di Muar serta semua ahli keluarga Long Gayah.

Sementara itu, pada 24 November 2009, 3 orang Warga Mat Tuyu telah berangkat ke Tanah Suci Mekah iaitu Haji Matar, Hajah Azizah dan Hajah Maheran dan selamat kembali ke tanah air pada 21 Disember 2009.

Dan satu lagi kalau tak silap, sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini juga keluarga Pak Andak dapat mengadakan majlis korban yang dilakukan di Felda Adela. Butiran lanjut boleh diketahui di blog Pak Andak.

Kalau awal tahun dimulakan dengan majlis pertunangan, maka akhir tahun juga ditutup dengan majlis pertunangan. Kali ini majlis pertunangan antara Sheena dan Norsaadduddin yang diadakan pada 26 Disember 2009 di Puchong Perdana, Selangor.

Dan tahun ini juga mencipta sejarah kerana orang Bintulu dapat 2 kali pulang ke Semenanjung menjenguk sanak saudara di Muar.

Rasanya itu sahaja yang blogmaster dapat laporkan aktiviti Warga Mat Tuyu sepanjang tahun 2009. Kalau ada yang tertinggal tu, silalah maklumkan pada blogmaster, maklumlah tak semua dapat blogmaster ingat.

Oppss..sebelum terlupa, kehadiran beberapa cahayamata menyerikan lagi kehidupan Warga Mat Tuyu. Selamat datang dalam kehidupan dan asam garam Keluarga Mat Tuyu buat Muhammad, Muhammad Dzaqwan Rifqi, Muhammad Hafiz Adwa dan Muhammad Ammar Ashraf.

Sekian....Selamat Tahun Baru 2010.

30 Disember 2009

Suka Duka Keluarga Mat Tuyu Sepanjang Tahun 2009 Episod 1


Nampaknya tirai 2009 akan melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi. Sepanjang tahun 2009 merupakan tahun penuh dengan cabaran, dugaan, kenangan dan memori yang mungkin tidak akan dapat dilupakan seumur hidup.

Bagi Keluarga Mat Tuyu, tahun 2009 merupakan tahun yang boleh dikatakan banyak catatkan banyak kenangan dan memori indah berbanding tahun-tahun lepas.

Antara kejayaan terbesar dan yang boleh dibanggakan ialah kewujudan komuniti siber yang membentuk jaringan komunikasi yang lebih luas di antara ahli Keluarga Mat Tuyu dengan wujudnya Blog Keluarga Mat Tuyu pada Mei 2009.

Cetusan idea ini bermula sekitar bulan Mcc 2009 dari En Abdul Razak Haji Mohamed atau Pak Ajak yang mencadangkan agar diwujudkan sebuah laman web khusus untuk Keluarga Mat Tuyu yang telah berjumlah lebih dari 100 orang. Cadangan tersebut seterusnya direalisasikan dengan wujudnya blog Keluarga Mat Tuyu seperti yang anda semua dapat lihat sekarang. Dengan kemunculan blog ini, banyak perkara dan acara dapat dikongsikan bukan sahaja kepada Keluarga Mat Tuyu tetapi seluruh warga internet dan dunia.

Selepas itu, setiap keluarga pula mewujudkan blog keluarga masing-masing yang kemudian memautkan (link) blog keluarga mereka kepada blog utama.

Dan yang lebih bermakna seperti kata moderator Blog Longgayah Mat2U dalam tulisannya tempohari, belum ada mana-mana blog keluarga di internet yang dipautkan kepada blog masing-masing lebih dari pada tiga blog di mana Blog Keluarga Mat Tuyu berjaya melakukan lebih dari tiga iaitu sekurang-kurangnya 11 blog bergabung dan membentuk satu komuniti MAT2U yang dianggap berjaya menggegarkan internet. Tahniah kepada semua Warga Mat Tuyu.

Selepas kemunculan blog, warga Mat Tuyu maju setapak lagi apabila menyertai Facebook pula. Walaupun agak baru tetapi kemeriahannya tetap dirasakan dan sekaligus dapat mengeratkan lagi perhubungan di antara sesama keluarga terutama yang jauh di mata.

Tahun 2009 menyaksikan Keluarga Mat Tuyu dilanda fenomena blog dan Facebook yang mengubah kehidupan semua. Rasanya hari-hari yang dilalui seperti tak sah kalau tidak melayari blog atau facebook.

Dengan kecanggihan teknologi kini, hubungan antara keluarga lebih mudah dan cepat walaupun agak terbatas tetapi penuh bermakna bagi setiap yang menggunakan sepenuhnya kemudahan berkenaan.


Selain kejayaan mewujudkan blog keluarga, tahun 2009 juga mencatat sejarah apabila Mat Tuyu Committee diwujudkan semula setelah lebih 10 tahun dibubarkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Walaupun ianya berjalan agak perlahan, namun kali ini ianya diterajui oleh barisan pelapis yang diharapkan dapat membawa kita semua ke mercu kecemerlangan di masa hadapan.


Sama-samalah kita mendoakan agar perjalanan dan kehidupan seluruh warga Mat Tuyu akan lebih baik, sihat walafiat, lebih bahagia, bertambah makmur,bertambah zuriat, bertambah amal ibadah, panjang umur, murah rezeki. Pendek kata semuanya bertambahlah maju dan sejahtera apabila kita memasuki tahun baru 2010.

Amin....

28 Disember 2009

Sekitar Majlis Pertunangan Sheena


Assalamualaikum...

Hujung minggu rasanya terlampau padat dengan aktiviti. Maklumlah penghujung tahun, jadi banyak kerja-kerja di pejabat yang perlu diselesaikan serta komitmen lain yang perlu dibereskan menyebabkan kemaskini blog agak lambat dan mengambil masa.

Tetapi blogmaster tetap tidak lupa mengemaskini blog walaupun kekangan masa yang membataskan untuk lebih kerap berbuat demikian. Oleh itu, untuk tidak menghampakan semua, di sini dipaparkan sekitar majlis pertunangan Sheena tempohari di Putra Perdana, Puchong.

Tapi kali ini blogmaster nak update skit je, nak lebih lagi boleh melawat blog Yatie Pian atau bloggers yang lain la yer.



  Di hadapan rumah Pak Anjang, Tmn Putra Perdana

  
Majlis Tahlil & Doa selamat, diketuai Pak Ngah 

  
Sanak sedara menikmati jamuan setelah majlis tahlil 

  
Antara barang hantaran kepada pihak lelaki 

  
Cik Sheena, orang yang diraikan..yang empunya majlis nie ler...  

  
Rombongan sebelah lelaki dengan barang hantaran mereka 

  
Wakil pihak lelaki & perempuan diapit oleh bakal besan 

  
Gabungan dua hantaran, lelaki & perempuan 

  
Sheena dengan barang hantaran 

  
Wakil pihak lelaki sedang menjamu selera 

  
 Gambar kenangan Sheena bersama bakal ibu & bapa mertua serta keluarga

24 Disember 2009

Tahniah Buat Nazeera!!!

Blogmaster ingin mengucapkan tahniah buat Eza Nazeera Abdul Razak kerana berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan PMR. Semoga akan terus berusaha dan berjaya di peringkat yang seterusnya.

23 Disember 2009

Akhirnya Mereka Selamat Kembali Dari Menunaikan Ibadah Haji

Assalamualaikum...

Kelmarin 21 Disember 2009, saya dan keluarga berkesempatan menziarahi ahli keluarga Mat Tuyu yang baru pulang dari mengerjakan ibadah Haji iaitu Hj Matar, Hjh Azizah dan Hjh Maheran. Orang kata kalau ziarah awal-awal nie dapat la berkat. Jadi kami tak melepaskan peluang menziarahi mereka.


Mak Unggal sedang berbual dengan Pak Ngah & Mak Ngah. Mak Unggal kurang sihat sedikit (suara hilang)




Kami dihidangkan dengan air Zam Zam dan ole-ole seperti kacang dan kurma



Close-up skit gambar Hajjah kita nie




Hjh Azizah sedang berborak dengan Mak Ngah




Dihidangkan dengan kurma, kacang, buah zaitun, halwa maskat & tidak ketinggalan air Zam Zam




Close-up skit gambar kacang pistachio, kurma, buah zitun dll




Tidak ketinggalan menziarahi Pakcik & Makcik ialah Mak Long bersama-sama Kak Long Lin & KaK Ngah Nah



Makcik, Tok Minah & Ita di atas ambin

18 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431 Hijriah




Blogmaster Keluarga Mat Tuyu mengucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah kepada seluruh umat Islam amnya dan Keluarga Mat Tuyu khasnya.

Semoga dengan kedatangan Tahun Baharu Hijrah ini dapat meningkatkan iltizam dan azam kita semua terutamanya dalam menjayakan "Komiti Keluarga Mat Tuyu" yang telah lama tertangguh. Amin...

Wassalam...

13 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Buat Pak Al & Ina Latif


Ini posing belakang kereta sapa nie...tak tau la

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nampaknya semenjak dua menjak nie blog masing-masing semua bersawang habis. Maklumlah semuanya dah ketandusan cerita dan idea juga. Ditambah dengan penggunaan Facebook yang sangat berleluasa sekarang ini menyebabkan blog semua mula menjadi lesu dan tidak bermaya....Hehehe.

Nak buat camne, setiap fenomena tu memang ada pasang surutnya, macam El Nino dan La Nina gak. Itu tidak dapat disangkal lagi. Macam blog juga, masa memula dulu macam-macam posting keluar,kekadang satu hari sampai 2-3 posting, tapi dah lama-lama nie seminggu payah satu entri nak keluar, semua main Facebook aje memanjang, termasuklah blogmaster gak...hehehe..


Tapi Insya Allah, tarikh-tarikh penting dalam sejarah keluarga Mat Tuyu tetap tidak akan dilupakan.

So untuk kali ini nak wish kepada Pak Al a.k.a En Abdul Kahar Hj Mohamed, Selamat Ulangtahun Hari Lahir yang ke 50 tahun. Diam tak diam, rupanya dah setengah abad umur pakcik aku yang sorang nie yer. Semoga terus panjang umur, murah rezeki dan ditetapkan iman. Dan yang paling penting sekali selalu-selalu lah balik jenguk atuk kat Muar yer...hehehe.

Terlanjur buat ucapan buat Pak Al, belek-belek gambar lama terjumpa la gambar pasangannya Mak Al. Jadi sempena hari lahir Pak Al nie selitkan la sekali gambar Mak Al. Gambar nie pun masa muda-muda doulu-doulu nie..hehhe...


Juga tidak dilupakan Selamat Ulangtahun Hari Lahir buat Puan Rozaina Kamaruddin (Ina Latif) yang ke-31 tahun. Juga semoga panjang umur, murah rezeki & ditetapkan iman.


Bersama anak tersayang (curi gambar nie kat Facebook...jangan mare...hehehe...jangan lupa add blogmaster yer...)

Okey lah, cukup buat setakat ini. Nanti kalau ada story sambung lagi...

Sekian.

02 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Buat Pok Su En Abd Ghaffar Hj Mohamed Ke-55



Cam rupa Aboy pun ade jugak kan....

Assalamualaikum...

Kalau minggu lepas anak paling bongsu Mat Tuyu sambut hari lahir merangkap Hari Raya Haji, hari nie plak, sorang lagi anak bongsu Mat Tuyu sambut hari lahir, walaupun beliau bukan anak yang paling bongsu tetapi beliau tetap dipanggil Pak Usu atau Pok Su.


Di kesempatan ini, saya selaku blogmaster Keluarga Mat Tuyu ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-55 buat Pok Su. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik dan ditetapkan iman.


Sebagai selingan, diselitkan hasil nukilan anak-anak sedara Pok Su yang dibacakan sebagai ucapan penghargaan kepada beliau ketika majlis perkahwinan Mashitah tempohari.


Kenapa? Tak percaya...Percaya aje la yer...hehehe


Nukilan Rasa Generasi Muda Mat2U Kepada Pok Su



Kami tiada niat hendak membezakan sesiapa.
Cuma kami merasakan kadang-kadang kami perlu menunjuk kan rasa terima kasih kami pada yang sepatutnya.
Kami sayang semuanya tapi kami rasa masih ada yang terbaik diantara yang terbaik.




Nukilan rasa ini adalah ikhlas dari rasa hati dan perasaan kami.
Kami berbesar hati mencoretkan kan kata hati buat insan tersayang yang kami rasa kami patut memberikan penghargaan di hari baik dan bulan baik ini.

Pai…..,anak ke 8 dari 11 beradik.
Anak bongsu dari perut Hajjah Zainah isteri pertama Tok Abah.
Lahir pada tanggal 02 Disember 1954.



Zaman kanak2, remaja dan dewasa di lalui penuh berdikari.
Ini semua menjadikan Pai belajar tentang kehidupan lebih mendalam dari kita semua.
Pelbagai kisah dan cerita,suka duka,lucu dan kelakar,malah citer hantu sekalipun, tanya lah pada Pai.
Dah tentu ada cerita akan di ceritakan.
Benar dalam benar,Benar dalam rekaan mahupun Rekaan dalam kebenaran.
Semua yang keluar dari mulut Pai ibarat butiran mutiara berharga yang berebut-rebut kita tadah kan..

Boleh di katakan Pai adalah anak kesayangan kedua Abah dan Mak nya maklum la anak bongsu dari 6 adik beradik.
Tapi Pai tak pernah leka dengan kasih-sayang yang diberikan malah takan alpa dengan tanggung jawab nya pada mereka malah Pai juga tak pernah membeza-beza kan kasih sayang antaranya walaupun dengan mak tirinya juga sekalipun.

Walaupun kadang kala Pai bermulut celupar dan tegurannya berbisa namun semua itu adalah atas satu niat jua ikhlas dari hatinya yg tulus dan telus demi kebaikan bersama. Walaupun agak sukar diterima dan mungkin agak kasar bahasanya kami tahu niat Pai adalah suci dan murni dan kami terima Pai seadanya dengan hati yang penuh kesyukuran.

Coretan rasa getusan jiwa ini bukan bertujuan sengaja di reka.
Ini adalah tanda kasih,serta penghargaan kami terutamanya anak2 sedara,kepada Pai iaitu PokSu yang selama ini terlalu besar peranannya dalam keluarga Mat2U dan terlampau banyak kudratnya tercurah demi keutuhan hubungan kekeluargaan Mat2U.
Ibarat kata…..”Andai Jasadnya di campak ke Lautan,nescaya menjadi Pulau,di biar di Daratan, kan menjadi Gunung jua.…”

Walaupun masa terus berputar,tahun besilih ganti,kenangan datang dan pergi.
Dari muda hingga dewasa,dari bujang hingga berumahtangga,dari beranak 1 hingga besusun paku.
Kami anak-anak sedara PokSu tetap meletakkan PokSu,bapa saudara paling dekat di hati….

Yang tak berabah.PokSu lah tempat bermanja kami,dijentik bila alpa,di tegur apabila terleka.
Yang tak berabang, PokSu lah tempat rujukkannya,yang kusut di bawa berbincang,yang salah minta di betulkan.
Malah PokSu,ibarat pengganti atok kesayangan kita, TokAbah…

Untuk PokSu….terima lah kata-kata ini dari kami.
Selaut Kasih Segunung Sayang dari kami buat PokSu..
Berjuta Maaf Berbillion Penyesalan andai ada kesilapan dan kesalahan kami..

Selagi hayat dikandung badan selagi darah Mat2U terus mengalir,jasa bakti dan kudrat PokSu tetap kami sanjungi hingga ke akhir nafas,hingga ke hujung nyawa….
Hilang Poksu tiada galang gantinya walau selautan emas di beri. Kami sayang poksu dunia dan akhirat.

Buat semua,ini bukan mainan perasaan yang sengaja minta di khabarkan.
Tetapi ini lah kenyataan yang seakan tidak kita endahkan…
Andai kedua mata telah tertutup rapat,telah kembali pada Yang Maha Pencipta,hilang lah jasad,yang tinggal hanya kenangan…

Yang buruk menjadi pengajaran, yang baik menjadi pujian..
Semoga PokSu terus di beri kesihatan yang baik dan di panjangkan usia..
Dan terus menjadi tiang dan pasaknya kepada keutuhan kekeluargaan ini.
Keluarga Mat2U…

Insya’Allah.
Related Posts with Thumbnails