02 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Buat Pok Su En Abd Ghaffar Hj Mohamed Ke-55



Cam rupa Aboy pun ade jugak kan....

Assalamualaikum...

Kalau minggu lepas anak paling bongsu Mat Tuyu sambut hari lahir merangkap Hari Raya Haji, hari nie plak, sorang lagi anak bongsu Mat Tuyu sambut hari lahir, walaupun beliau bukan anak yang paling bongsu tetapi beliau tetap dipanggil Pak Usu atau Pok Su.


Di kesempatan ini, saya selaku blogmaster Keluarga Mat Tuyu ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-55 buat Pok Su. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik dan ditetapkan iman.


Sebagai selingan, diselitkan hasil nukilan anak-anak sedara Pok Su yang dibacakan sebagai ucapan penghargaan kepada beliau ketika majlis perkahwinan Mashitah tempohari.


Kenapa? Tak percaya...Percaya aje la yer...hehehe


Nukilan Rasa Generasi Muda Mat2U Kepada Pok Su



Kami tiada niat hendak membezakan sesiapa.
Cuma kami merasakan kadang-kadang kami perlu menunjuk kan rasa terima kasih kami pada yang sepatutnya.
Kami sayang semuanya tapi kami rasa masih ada yang terbaik diantara yang terbaik.




Nukilan rasa ini adalah ikhlas dari rasa hati dan perasaan kami.
Kami berbesar hati mencoretkan kan kata hati buat insan tersayang yang kami rasa kami patut memberikan penghargaan di hari baik dan bulan baik ini.

Pai…..,anak ke 8 dari 11 beradik.
Anak bongsu dari perut Hajjah Zainah isteri pertama Tok Abah.
Lahir pada tanggal 02 Disember 1954.



Zaman kanak2, remaja dan dewasa di lalui penuh berdikari.
Ini semua menjadikan Pai belajar tentang kehidupan lebih mendalam dari kita semua.
Pelbagai kisah dan cerita,suka duka,lucu dan kelakar,malah citer hantu sekalipun, tanya lah pada Pai.
Dah tentu ada cerita akan di ceritakan.
Benar dalam benar,Benar dalam rekaan mahupun Rekaan dalam kebenaran.
Semua yang keluar dari mulut Pai ibarat butiran mutiara berharga yang berebut-rebut kita tadah kan..

Boleh di katakan Pai adalah anak kesayangan kedua Abah dan Mak nya maklum la anak bongsu dari 6 adik beradik.
Tapi Pai tak pernah leka dengan kasih-sayang yang diberikan malah takan alpa dengan tanggung jawab nya pada mereka malah Pai juga tak pernah membeza-beza kan kasih sayang antaranya walaupun dengan mak tirinya juga sekalipun.

Walaupun kadang kala Pai bermulut celupar dan tegurannya berbisa namun semua itu adalah atas satu niat jua ikhlas dari hatinya yg tulus dan telus demi kebaikan bersama. Walaupun agak sukar diterima dan mungkin agak kasar bahasanya kami tahu niat Pai adalah suci dan murni dan kami terima Pai seadanya dengan hati yang penuh kesyukuran.

Coretan rasa getusan jiwa ini bukan bertujuan sengaja di reka.
Ini adalah tanda kasih,serta penghargaan kami terutamanya anak2 sedara,kepada Pai iaitu PokSu yang selama ini terlalu besar peranannya dalam keluarga Mat2U dan terlampau banyak kudratnya tercurah demi keutuhan hubungan kekeluargaan Mat2U.
Ibarat kata…..”Andai Jasadnya di campak ke Lautan,nescaya menjadi Pulau,di biar di Daratan, kan menjadi Gunung jua.…”

Walaupun masa terus berputar,tahun besilih ganti,kenangan datang dan pergi.
Dari muda hingga dewasa,dari bujang hingga berumahtangga,dari beranak 1 hingga besusun paku.
Kami anak-anak sedara PokSu tetap meletakkan PokSu,bapa saudara paling dekat di hati….

Yang tak berabah.PokSu lah tempat bermanja kami,dijentik bila alpa,di tegur apabila terleka.
Yang tak berabang, PokSu lah tempat rujukkannya,yang kusut di bawa berbincang,yang salah minta di betulkan.
Malah PokSu,ibarat pengganti atok kesayangan kita, TokAbah…

Untuk PokSu….terima lah kata-kata ini dari kami.
Selaut Kasih Segunung Sayang dari kami buat PokSu..
Berjuta Maaf Berbillion Penyesalan andai ada kesilapan dan kesalahan kami..

Selagi hayat dikandung badan selagi darah Mat2U terus mengalir,jasa bakti dan kudrat PokSu tetap kami sanjungi hingga ke akhir nafas,hingga ke hujung nyawa….
Hilang Poksu tiada galang gantinya walau selautan emas di beri. Kami sayang poksu dunia dan akhirat.

Buat semua,ini bukan mainan perasaan yang sengaja minta di khabarkan.
Tetapi ini lah kenyataan yang seakan tidak kita endahkan…
Andai kedua mata telah tertutup rapat,telah kembali pada Yang Maha Pencipta,hilang lah jasad,yang tinggal hanya kenangan…

Yang buruk menjadi pengajaran, yang baik menjadi pujian..
Semoga PokSu terus di beri kesihatan yang baik dan di panjangkan usia..
Dan terus menjadi tiang dan pasaknya kepada keutuhan kekeluargaan ini.
Keluarga Mat2U…

Insya’Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails