30 Disember 2009

Suka Duka Keluarga Mat Tuyu Sepanjang Tahun 2009 Episod 1


Nampaknya tirai 2009 akan melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi. Sepanjang tahun 2009 merupakan tahun penuh dengan cabaran, dugaan, kenangan dan memori yang mungkin tidak akan dapat dilupakan seumur hidup.

Bagi Keluarga Mat Tuyu, tahun 2009 merupakan tahun yang boleh dikatakan banyak catatkan banyak kenangan dan memori indah berbanding tahun-tahun lepas.

Antara kejayaan terbesar dan yang boleh dibanggakan ialah kewujudan komuniti siber yang membentuk jaringan komunikasi yang lebih luas di antara ahli Keluarga Mat Tuyu dengan wujudnya Blog Keluarga Mat Tuyu pada Mei 2009.

Cetusan idea ini bermula sekitar bulan Mcc 2009 dari En Abdul Razak Haji Mohamed atau Pak Ajak yang mencadangkan agar diwujudkan sebuah laman web khusus untuk Keluarga Mat Tuyu yang telah berjumlah lebih dari 100 orang. Cadangan tersebut seterusnya direalisasikan dengan wujudnya blog Keluarga Mat Tuyu seperti yang anda semua dapat lihat sekarang. Dengan kemunculan blog ini, banyak perkara dan acara dapat dikongsikan bukan sahaja kepada Keluarga Mat Tuyu tetapi seluruh warga internet dan dunia.

Selepas itu, setiap keluarga pula mewujudkan blog keluarga masing-masing yang kemudian memautkan (link) blog keluarga mereka kepada blog utama.

Dan yang lebih bermakna seperti kata moderator Blog Longgayah Mat2U dalam tulisannya tempohari, belum ada mana-mana blog keluarga di internet yang dipautkan kepada blog masing-masing lebih dari pada tiga blog di mana Blog Keluarga Mat Tuyu berjaya melakukan lebih dari tiga iaitu sekurang-kurangnya 11 blog bergabung dan membentuk satu komuniti MAT2U yang dianggap berjaya menggegarkan internet. Tahniah kepada semua Warga Mat Tuyu.

Selepas kemunculan blog, warga Mat Tuyu maju setapak lagi apabila menyertai Facebook pula. Walaupun agak baru tetapi kemeriahannya tetap dirasakan dan sekaligus dapat mengeratkan lagi perhubungan di antara sesama keluarga terutama yang jauh di mata.

Tahun 2009 menyaksikan Keluarga Mat Tuyu dilanda fenomena blog dan Facebook yang mengubah kehidupan semua. Rasanya hari-hari yang dilalui seperti tak sah kalau tidak melayari blog atau facebook.

Dengan kecanggihan teknologi kini, hubungan antara keluarga lebih mudah dan cepat walaupun agak terbatas tetapi penuh bermakna bagi setiap yang menggunakan sepenuhnya kemudahan berkenaan.


Selain kejayaan mewujudkan blog keluarga, tahun 2009 juga mencatat sejarah apabila Mat Tuyu Committee diwujudkan semula setelah lebih 10 tahun dibubarkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Walaupun ianya berjalan agak perlahan, namun kali ini ianya diterajui oleh barisan pelapis yang diharapkan dapat membawa kita semua ke mercu kecemerlangan di masa hadapan.


Sama-samalah kita mendoakan agar perjalanan dan kehidupan seluruh warga Mat Tuyu akan lebih baik, sihat walafiat, lebih bahagia, bertambah makmur,bertambah zuriat, bertambah amal ibadah, panjang umur, murah rezeki. Pendek kata semuanya bertambahlah maju dan sejahtera apabila kita memasuki tahun baru 2010.

Amin....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails