31 Disember 2009

Suka Duka Sepanjang Tahun 2009 Episod 2




Bertemu kembali...


Beberapa jam lagi, tahun 2009 akan meninggalkan kita. Kalau entri lepas, saya dah selitkan beberapa kisah suka duka sepanjang tahun 2009, maka entri kali ini nak sambung lagi cerita tentang kisah suka duka Keluarga Mat Tuyu sepanjang tahun 2009 mengikut perspektif blogmaster. Kalau ada yang nak menokok tambah dipersilakan.

Awal tahun 2009 menyaksikan majlis pertunangan antara Mashitah & Syed Hairolnezam pada 25 Januari 2009. Awal tahun 2009 juga menyaksikan blogmaster sendiri terlantar di hospital selama 5 hari akibat keletihan selepas pulang dari satu kursus.

Kemudian, pertengahan tahun 2009 iaitu bulan Jun 2009 pula menyaksikan seorang lagi warga Mat Tuyu terlantar di hospital. Tak lain dan tak bukan, Tuan Hj Ahmad Ismail atau Pak Ngah akibat cirit birit, gastrik,
kekurangan gula dan garam dalam darah. Hampir dua bulan terlantar di rumah dan keluar masuk hospital selama 6 kali.


Pada bulan Ogos 2009, buat pertama kalinya Keluarga Mat Tuyu menganjurkan satu majlis bertempat di Muar Traders Hotel bagi Sambutan Ke 70 hari Lahir Tuan Hj Ahmad & Ulangtahun ke-40 Perkahwinan beliau dengan Puan Zamnah Hj Mohamed. Acara yang julung julung kalinya diadakan di hotel adalah diuruskan sendiri oleh semua ahli Keluarga Mat Tuyu walaupun persiapan majlis diaturkan tidak sampai 2 bulan kerana keuzuran Pak Ngah. Walaupun acara tersebut tidak dapat dihadiri olek Pak Ajak, tetapi beliau dapat mengikutinya melalui siaran webcam yang di siarkan secara langsung.

Berikutan dengan kejayaan menganjurkan majlis hari jadi Pak Ngah, maka pada 2 Syawal 1431 bertempat di Hotel Pelangi, Muar, pula diadakan majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Pn Hjh Ramlah Hassan. Sambutan yang bertujuan meraikan semua Warga Mat Tuyu diadakan bagi mengeratkan lagi perhubungan antara sesama keluarga.

Tidak ketinggalan juga pada 20 September 2009, 1 Syawal 1430 bertempat di Batu 5, Bakri telah diadakan mesyuarat pertama Mat Tuyu Committee yang dihadiri kebanyakan warga Mat Tuyu bagi penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu.

Setelah hampir 10 bulan mengikat tali pertunangan, maka pada 4 Oktober 2009 berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Puan Mashitah Matar dengan En Syed Hairolnezam yang dihadiri oleh semua ahli Keluarga Mat Tuyu, sanak saudara, rakan taulan serta jiran tetangga. Majlis yang meriah tersebut diadakan lebih awal oleh kerana pada bulan yang sama dijangkakan Pakcik & Makcik akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Kemudian pada 1 November 2009 pula, satu majlis kecil-kecilan telah diadakan menyambut ulangtahun kelahiran Long Gayah yang ke 62 bertempat di Mann Chalet, Jln Junid, Muar. Majlis ini telah dihadiri oleh Warga Mat Tuyu yang menetap di Muar serta semua ahli keluarga Long Gayah.

Sementara itu, pada 24 November 2009, 3 orang Warga Mat Tuyu telah berangkat ke Tanah Suci Mekah iaitu Haji Matar, Hajah Azizah dan Hajah Maheran dan selamat kembali ke tanah air pada 21 Disember 2009.

Dan satu lagi kalau tak silap, sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini juga keluarga Pak Andak dapat mengadakan majlis korban yang dilakukan di Felda Adela. Butiran lanjut boleh diketahui di blog Pak Andak.

Kalau awal tahun dimulakan dengan majlis pertunangan, maka akhir tahun juga ditutup dengan majlis pertunangan. Kali ini majlis pertunangan antara Sheena dan Norsaadduddin yang diadakan pada 26 Disember 2009 di Puchong Perdana, Selangor.

Dan tahun ini juga mencipta sejarah kerana orang Bintulu dapat 2 kali pulang ke Semenanjung menjenguk sanak saudara di Muar.

Rasanya itu sahaja yang blogmaster dapat laporkan aktiviti Warga Mat Tuyu sepanjang tahun 2009. Kalau ada yang tertinggal tu, silalah maklumkan pada blogmaster, maklumlah tak semua dapat blogmaster ingat.

Oppss..sebelum terlupa, kehadiran beberapa cahayamata menyerikan lagi kehidupan Warga Mat Tuyu. Selamat datang dalam kehidupan dan asam garam Keluarga Mat Tuyu buat Muhammad, Muhammad Dzaqwan Rifqi, Muhammad Hafiz Adwa dan Muhammad Ammar Ashraf.

Sekian....Selamat Tahun Baru 2010.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails