31 Ogos 2009

Senarai Nama Keluarga Yang Akan Menyertai Persatuan Mat Tuyu

Berikut merupakan senarai panjang nama-nama keluarga yang akan menyertai Persatuan Keluarga Mat Tuyu (kalau ikut syarat 15 tahun ke atas...tak tau la kalau KIV lagi kot syarat umur ahli nie...).

Satu lagi kepada semua ahli Keluarga Mat Tuyu nak mintak sesangat kat korang semua, boleh tak senaraikan semua nama ahli keluarga masing-masing tak kira yang masuk persatuan ke, MAKNANYA semua nama dari yang bayi sampailah yang dewasa. Sebabnya kita nak buat listing semua nama ahli keluarga Mat Tuyu dan nak tahu berapa dah jumlah sebenar Keluarga Mat Tuyu setakat ini.

Jadi listing ini akan berguna pada bagi merangka hala tuju dan masa depan persatuan keluarga kita yang semakin hari semakin bertambah ahlinya. Okey, diharap jangan diuzurkan la ye cadangan ini.

KELUARGA ALLAHYARHAM MAZLAN MOHAMED (10 ORG) :
1. MANISAH BINTI SADIKIN
2. MAZLENA BINTI MAZLAN
3. SUZANA @ MAZNAH BINTI MAZLAN
4. MAZID BIN MAZLAN
5. MAZWAN BIN MAZLAN
6. AHMAD ASPAR BIN SAMARDEE
7. MOHAMAD LATIFF BIN JALIL
8. NORLIDA BINTI MUSA
9. MOHD. AFIQ BIN MOHAMAD LATIFF
10. AHMAD AMSYAR BIN MOHD. YUSRI

KELUARGA ZAMNAH MOHAMED (8 ORANG):
1. HAJI AHMAD BIN ISMAIL
2. ZAMNAH BINTI HAJI MOHAMED
3. HASLINA BINTI HAJI AHMAD
4. SAMSUDIN BIN AMIN
5. HAIRULANUAR BIN HAJI AHMAD
6. SITI HAJAAR BINTI ABDUL GHAFFAR
7. HAIRUL ARIFIN BIN HAJI AHMAD
8. ROSNITA BINTI SOFIAN

KELUARGA MAHERAN @ YAN BTE HASHIM (5 ORANG) :
1. MAHERAN @ YAN BTE HASHIM
2. MAIZURA BTE ZULKEFLEE
3. ABDUL HALIM BIN MOHD YASSIN
4. ZAINAL BIN ZULKIFLI
5. AISHAH BTE ALI

KELUARGA AZHAR HAJI MOHAMED (12 ORANG) :
1. AZHAR BIN HAJI MOHAMED
2. SITI ZAHARAH BTE KHAMIS
3. MOHD HAFIZ BIN AZHAR
4. RAIHANOM BINTI ABDUL RAHMAN
5. MOHD LAZIM BIN AZHAR
6. AMELIA TEE BINTI ABDULLAH
7. MOHD NIZAM BIN AZHAR
8. ROZITA BINTI ROSDI
9. NORRIHA BINTI AZHAR
10. SHAHRULNIZAM BIN SELAMAT
11. DAHLIA BINTI AZHAR
12. MOHAMAD ZAIDI BIN MD AYUB

KELUARGA LATIFAH MOHAMED (8 ORANG):
1.LATIFAH BT MOHAMED
2.NOORASHIDAH BT MAHZAN
3.NOOR MUHIYUDDIN B MAHZAN
4.ASPAWATI BT SHAARI
5.NOORLIZA BT MAHZAN
6.AZMAN B ISMAIL
7.NOOR MAZUIN BT MAHZAN
8.INSP ROSLAN B JAKARIA

KELUARGA MATAR MOHAMED (8 ORANG):
1. MATAR BIN MOHAMED
2. AZIZAH BT MOHD
3. ABDUL LATIF BIN MATAR
4. ABDUL SHUKUR BIN MATAR
5. MASHITAH BT MATAR
6. ABDUL HALIM BIN MATAR
7. ROZAINA BT KAMARUDDIN
8. SRI NURDIANA BT MOHD ISA

KELUARGA HJ MOHAMED SATAR MOHAMED (7 ORANG):
1. HAJI MOHAMED SATAR BIN MOHAMED
2. HAJJAH HASNAH BTE ABU BAKAR
3. AZAMUDIN BIN HAJI MOHAMED SATAR
4. SUNITA BTE MAD DESA
5. HAJI AZARUDIN BIN HAJI MOHAMED SATAR
6. NORFAZILAH BTE RAHMAT
7. SITI AISHAH BTE HAJI MOHAMED SATAR

KELUARGA ABDUL GHAFFAR BIN MOHAMED (4 ORANG) :
1. ABDUL GHAFFAR B. MOHAMAD
2. HAZNAH BT. OTHMAN
3. SITI SARAH BT. ABDUL GHAFFAR
4. SULONG BAHARI B. ABDUL GHAFFAR

KELUARGA AMIR HAMZAH MOHAMED (5 ORANG) :
1. AMIR HAMZAH BIN HAJI MOHAMAD
2. NOR ANANI BINTI HAJI ABD AZIZ
3. NUR ASHEENA BINTI AMIR HAMZAH
4. NURR MARIANA BINTI AMIR HAMZAH
5. NURR SYAHEERA BINTI AMIR HAMZAH

KELUARGA ABDUL KAHAR HAJI MOHAMED (5 ORANG) :
1. ABDUL KAHAR BIN HAJI MOHAMED
2. BADARIAH BTE ITHNIN
3. IZYAN FARHANI BTE ABDUL KAHAR
4. LIYANA SYAZNI BTE ABDUL KAHAR
5. ATIKAH AQILAH BTE ABDUL KAHAR

KELUARGA ABDUL RAZAK HAJI MOHAMED (4 ORANG):
1. ABDUL RAZAK BIN MOHAMED
2. FARIDAH BINTI HJ MOHD TAHIR
3. EZA SHAHEDA BINTI ABDUL RAZAK
4. EZA NAZEERA BINTI ABDUL RAZAK

Oleh itu, jumlah ahli yang layak menyertai Persatuan Keluarga Mat Tuyu ialah seramai 76 orang.

30 Ogos 2009

Mesyuarat Pertama Penubuhan Mat2U Committe

Antara mereka yg hadir

Membahagikan borang pendaftaran

Long Gayah & Ita khusyuk mendengar


Sedang serius berbincang dan bertaki

Membaca Perlembagaan parti..ehhh silap...Persatuan daa...

Penasihat Committe sedang serius

Meeting...jangan mengelamun plak





Mesyuarat malam tadi telah diadakan lebih kurang pada jam 10.30 malam di rumah Pn Hjh Ramlah, dihadiri oleh ahli keluarga Mat Tuyu lebih kurang 25 orang.

Antara yang dibincangkan ialah penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu dan menerangkan tentang perlembagaan Persatuan. Semua telah bersetuju bahawa pada peringkat awal kita akan menubuhkan persatuan terlebih dahalu dan kemudian barulah penubuhan syarikat akan dilakukan.

Perlembagaan persatuan masih lagi dalam proses penambahbaikan dan akan dibincangkan sekali lagi selepas raya nanti. Antara yang telah dibincangkan ialah umur ahli persatuan sama ada 15 tahun atau 18 tahun ke atas, yuran persatuan, hak dan keistimewaan ahli dan pelbagai cadangan lain.

Mesyuarat semalam juga membincangkan tentang majlis atuk yang akan diadakan pada Hari Raya Kedua. Saya tidak dapat memberikan butiran lanjut oleh kerana saya terpaksa pulang awal disebabkan atas permintaan Pak Ngah & Mak Ngah.

Jadi sebarang maklumat lanjut saya harap Kak Noli dapat updatekan dalam blog beliau.

Sekian, terima kasih.

Yang menurut arahan,
Blogmaster Keluarga Mat Tuyu

28 Ogos 2009

Blog Keluarga Mat Tuyu Kini Mencecah 1000 Hits


Akhirnya, hari ini Jumaat 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430, Blog Keluarga Mat Tuyu mencecah angka 1000 pelawat sejak dilancarkan pada bulan Mei lepas. Walaupun baru 3 bulan tetapi kedatangan pelawat ke sini amat memberangsangkan sehingga mendapat pelawat sejauh Negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Terima kasih kepada semua yang selama ini memberikan sokongan dan diharapkan pada masa depan akan bertambah lagi pelawat yang datang.

Sekian.
Blogmaster Keluarga Mat Tuyu

27 Ogos 2009

TAZKIRAH RAMADHAN

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?

Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;




Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)



Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?



Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.



Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah




“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).


Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.


Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.


Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”


Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.


Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.


Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).


Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.


Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..


Asal usul Uwais al-Qarni


Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.


Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.


Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.


Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.


Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).


Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.


Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.


Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.


Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.


Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.


Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”


Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.


Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.


Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.


Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.


Doa yang paling utama di malam Qadar


Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.


Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.


Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.


Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.


Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.


Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.


Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).


Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.


Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.


Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.


Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.


Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.


Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.
Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;




“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.


“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.


Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.


Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.


Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.


Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.


Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.


Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.


Penutup


Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.


Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..


Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.


Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.


(Tazkirah ramadan ini ditulis semula daripada rakaman tazkirah Ramadan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada hari Khamis 12 Ramadan 1427H bersamaan 5 Oktober 2006. )

22 Ogos 2009

PENGUMUMAN KADAR ZAKAT FITRAH 1430H / 2009M BAGI NEGERI JOHOR


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Johor boleh memuat turun di sini.


Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa

Saya sebagai moderator blog Keluarga Mat Tuyu mengucapkan Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa serta selamat berbuka puasa dan bersahur kepada semua ahli Keluarga Mat Tuyu.

Puasa jangan tak puasa, kalau tak puasa, tangkap makan rumphut, baru padan muka ante.

20 Ogos 2009

Mesyuarat Pertama Penubuhan Mat2U Committe

MEMO

Tarikh : 18 Ogos 2009

Per: MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN KELUARGA MAT2U 2009

Kepada,
Semua Ahli Keluarga MAT2U

Daripada,
Persatuan Keluarga MAT2U

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Keluarga MAT2U akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu dan juga penubuhan Syarikat Keluarga Mat Tuyu yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Hajah Ramlah Bt Hassan, Bakri Batu 5
Masa : 4.00 petang

2. Pihak Persatuan Keluarga memohon jasa baik semua ahli keluarga untuk menghadirkan diri bagi melancarkan segala perancangan penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu dan juga perbincangan tentang program yang akan diadakan pada 21 September 2009 bersamaan dengan hari Isnin di Hotel Pelangi iaitu “Rumah Terbuka Hajah Ramlah Binti Hassan” sempena Hari Raya Aidilfitri Keluarga MAT2U 2009.

3. Disamping itu juga, majlis berbuka puasa akan diadakan di rumah Hajah Ramlah Binti Hassan yang akan dianjurkan oleh pihak persatuan. Pihak Persatuan amat berbesar hati sekiranya ada di kalangan ahli keluarga yang ingin sama-sama menyumbangkan juadah berbuka puasa untuk majlis berbuka puasa tersebut.

4. Kepada ahli keluarga yang tidak dapat hadir untuk mesyuarat tersebut, diminta untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada Pengerusi Persatuan Keluraga MAT2U.

Semua ahli keluarga adalah dijemput hadir.

Perhatian dan kerjasama daripada ahli keluarga amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA MAT2U”

Noor Rashidah Bt Mahzan

“1 KELUARGA 1 MAT2U”

19 Ogos 2009

Emel dari Pengerusi Penaja Mat2u Committe

Salam,

Buat semua keluarga.

Ingin saya memulakan bicara mengenai Persatuan kita pada hari ini agar dapat kita lebih jelas tentang matlamat dan tujuannya.

Perancangan yang di rangka oleh En. Hafiz dan dipersetujui oleh saya dan akan di perbincangkan nanti bila meeting dijalankan pd 30th Aug nanti.

Adalah kita akan membentuk dahulu persatuan keluarga dimana secara otomatiknya semua ahli-ahli keluarga mat2u adalah ahli bagi persatuan ini.

Akan tetapi borang pendaftaran mestilah di isi bagi mengesahkan keahlian.

Had umur keahlian yang saya cadangkan adalah dari 15 tahun keatas bagi memudahkan kefahaman perlembagaan dan kehendak2 Persatuan. (akan dibincangkan)

Apabila sudah tertubuhnya Persatuan keluarga maka baru la kita akan membuka Syarikat Keluarga Mat2u dimana ahli-ahlinya adalah dr kalangan sepupu-sepupu yang akan menerajui syarikat ini dan dibimbing oleh pak2 sedara dan mak2 sedara dan juga ahli2 keluarga yg lain.

Syarikat ini akan beroperasi sebagai mana syarikat yg lain yg mempunyai terma2 dan syarat2 yg akan ditetapkan.

Ahli-ahli syarikat ini adalah dari kalangan keluarga yg berminat sahaja bagi menjana ekonomi keluarga kearah yg lebih baik dimana kita akan mengumpul dana2 dengan collection bulanan yg akan dibuat dan dana2 ini akan dibekukan sehingga tamat tempoh kematangannya sebelum ape2 aktiviti boleh dijalankan.

Penubuhan Syarikat akan dibincangkan Cuma hanya selepas penubuhan Persatuan Mat2u sepenuhnya.

Dan pada 30th Aug nanti kita juga akan memperbincangkan penubuhan Persatuan dan Syarikat ini supaya kita betul2 mempunyai kesefahaman dan persetujuan bagi penubuhan kedua-kedua plan keluarga ini.

Ketetapan tarikh penubuhan bagi Persatuan dan Syarikat adalah setelah dipersetujui oleh ahli-ahli keluarga pd mase perbincangan dijalankan.

Disini disertakan memo jemputan utk menghadiri meeting tersebut, borang pendaftaran yg perlu di isi dan perlembagaan yg dicadangkan tapi masih boleh diperbincang dan perbetulkan jika perlu untuk Persatuan Keluarga Mat Tuyu.

Bagi ahli-ahli keluarga yg tidak tersenarai didalam email ini diharap agar ahli2 keluarga yg ada dapat memanjang-manjangkan nya agar dapat diketahui oleh semua ahli-ahli keluarga kerana kehadiran semua ahli2 keluarga adalah diperlukan agar persetujuan dari semua pihak dapat diambil kira.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya atau En. Hafiz.

Sekian Terima kasih. Wasalam.

Thanks/Regards
Noor Rashidah Bt Mahzan

Emel Rasmi Blog Keluarga Mat Tuyu

Dimaklumkan kepada semua, mulai sekarang, segala cadangan, pandangan, komen mahupun apa jua kaitan dengan blog Keluarga Mat Tuyu seperti pertandingan logo, mesyuarat atau apa jua aktiviti hendaklah dihantar kepada emel rasmi laman blog ini iaitu keluargamat2u@gmail.com. Ini adalah bagi mengelakkan emel peribadi saya yang dah sememangnya berserabut bertambah serabut lagi...hehhe..

Jadi segala urusan berkaitan blog dan keluarga bolehlah dihantar ke emel yang telah disebutkan.

Saya juga ingin maklumkan kelmarin saya telah muat naik borang keahlian Keluarga Mat Tuyu dan beberapa dokumen seperti kertas kerja dan memo di ruangan Muat Turun di sebelah kanan sidebar blog ini. Jadi tuan/puan hanya perlu klik dan download borang tersebut sahaja.

Sekian.

15 Ogos 2009

Marilah Kita Mengikut Jejak Langkah Mereka Yang Telah Berjaya

Assalamualaikum semua...


Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis pada hari ini setelah membaca nukilan dan pesanan bapa saudara kita yang tercinta, En Abd Razak Hj Mohamed.


Apa yang ditulis dan diluahkan oleh beliau hendaklah diambil ingatan dan sama-sama kita fikirkan. Sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini keluarga kita ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu, kita perlu menampilkan keunikan itu dalam bentuk kesatuan atau organisasi yang kukuh agar keunikan kita ini tidak akan pudar ditelan zaman.


Penubuhan komiti atau apa juga istilah pun sebenarnya adalah satu usaha murni yang perlu diberikan sokongan dan dokongan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga semangat, dorongan, motivasi dan apa jua bentuk bagi menterjemahkan hasrat yang suci ini.


Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua ahli keluarga kita tak kiralah tua, muda, kecil, besar, lelaki mahupun wanita, marilah sama-sama kita bersatu menjayakan hasrat yang murni ini. Marilah kita mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya.


Di bawah ini merupakan salah satu contoh keluarga yang telah berjaya mewujudkan sebuah koperasi keluarga bagi menjayakan penjanaan ekonomi mereka dengan mewujudkan pelbagai aktiviti dan tabung bagi kelestarian keluarga mereka. Mereka juga bermula dari bawah dan mempunyai ahli yang sedikit tetapi mereka berjaya. Yang penting bukannya kuantiti tetapi kualiti. Sama-samalah kita renung-renung dan fikir-fikirkan.

Apa yang penting...KERJASAMA!!!
Kami tak besar dan kami tak kuat,bila BEKERJASAMA semua jadi MUDAH!!!
(Yeah...Wonder Pets...)

Koperasi ini boleh dilayari di alamat http://kossberhad.com/

13 Ogos 2009

Slogan 1Mat2u dan Peraduan Cipta Logo Mat2U

Semalam, saya ada buat cadangan agar kita cipta satu slogan untuk keluarga Mat Tuyu iaitu 1Mat2U (Satu Mat Tuyu). Bukannya apa. Dua tiga hari lepas diaorang nie berbincang macam-macam dalam blog dan saya hanya mengikuti perkembangan tersebut dari jauh sahaja.


Pelbagai pendapat diutarakan,ada yang positif, ada negatif dan ada juga yang berkecuali. Jadi walau apa pun pendapat masing-masing, sebenarnya bagi saya ianya adalah satu perkembangan yang sihat. Sesuatu perkara atau masalah yang tiada bangkangan atau pendapat sebenarnya sesuatu yang kurang sihat. Pendapat tak kira positif atau negatif sebenarnya satu maklumbalas yang perlu difikirkan bersama.


Satu lagi, bagi saya secanggih mana pun teknologi yang kita bawa dan gunakan, kita masih perlu bertemu mata dan muka untuk berbincang dan ber musyawarah. Komunikasi primitif iaitu bercakap berdepan masih perlu bagi saya bagi kes seperti ini. Teknologi hanya sebagai satu alat atau alternatif bagi kita menyampaikan maklumat, tetapi bukan menggantikan cara lama. Jadi saya amat-amat bersetuju sekiranya kita dapat mengadakan mesyuarat daripada terus membincangkan perkara ini di laman chat.


Berbalik kepada cadangan saya semalam,saya ada buat cadangan agar kita cipta satu slogan untuk keluarga Mat Tuyu iaitu 1Mat2U (Satu Mat Tuyu). Relevennya...w/pun kita berlainan nenek tetapi kita hanya ada satu datuk aje...iaitu Mat Tuyu @ Haji Mohamed Hamzah. Rasionalnya walaupun kita bercanggah pendapat tetapi kita tetap satu family yg unik dan mempunyai identiti tersendiri.


So, nampaknya sekarang selain slogan, ada pula yang mencadangkan agar dicpita satu logo khas utk Keluarga Mat Tuyu. Saya secara peribadi amat menyokong usaha tersebut bagi memartabatkan lagi keluarga kita. Sama ada ada hadiah, ganjaran atau tidak, itu perkara nombor 10, yang penting kita sama-sama menyokong dan dapat menjayakan usaha murni ini.


Syarat-syarat penyertaan anda boleh rujuk di sidebar di sebelah kanan blog ini atau layari laman blog Mak Long Gayah.


Setakat itu sahaja untuk kali ini.

11 Ogos 2009

Blog Keluarga Mat Tuyu Dikunjungi Pelawat Asing...Kenapa...Tak Percaya???







Pelawat Pada 11 Ogos 2009

Nampaknya Blog Keluarga Mat Tuyu semakin mendapat sambutan hangat. Terkini blog keluarga kita sudah dilayari sejauh Amerika dan Negara-negara Eropah. tak percaya tengok gambar pelawat di atas.


Saya telah memantau perkara ini lebih kurang 2 minggu lepas dan setiap hari memang akan ada pelawat dari Mountain View, California, USA dan EuropeCity ini. Mungkinkah ada saudara-saudara kita yang tinggal atau menetap atau belajar di sana?

Kalau ada nampaknya baguslah. Kalau takde pun bagus jugak. Mungkin saudara jauh yang tak kita kenal sedang memerhati perkembangan keluarga kita.

08 Ogos 2009

Video Ucapan Pak Ajak




Inilah dia video ucapan daripada Pak Ajak yang sepatutnya disiarkan pada malam 1 Ogos 2009 yang lepas. Tetapi disebabkan ada masalah teknikal pada malam tersebut, maka video tersebut tidak dapat disiarkan sepenuhnya. Harap Maaf.


06 Ogos 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Marhaban

Selamat datang...Nampaknya kita menerima kehadiran 2 lagi blog keluarga kita iaitu Mak Unggal Mat2u dan Matar Mat2u. Walaupun nampak belum berapa bersedia untuk menjengah alam cyber nie, tapi usaha mereka yang membangunkan blog keluarga masing-masing patut diberi pujian , kata-kata semangat dan bantuan dari ahli keluarga yang lain.

Kepada mereka yang memerlukan bantuan, jangan malu-malu dan segan segan untuk meminta bantuan daripada saya ataupun lain-lain blogger keluarga Mat Tuyu yang lain samaada melalui telefon, sms, mms, komen, chat dan lain-lain cara yang difikirkan sesuai. Tentu ramai yang sudi menghulurkan bantuan. Betul tak???

Kepada sorang lagi Keluarga Mat Tuyu iaitu Keluarga Pak Al,bila lagi nak buat blog keluarga anda? Teringin gak kitaorang nie nak merasa buah tangan Pak Al and family pulak yer...Kalau takde blog, batu blok pun kitaorang terima...Kitaorang tak mintak yang gempak-gempak, just simple but informative about your family..ok...

Lagi Gambar Majlis 1 Ogos 2009

Dari kiri : Siti Nurzahirah, Fatin Suhaila, Fara Hani Izzati & En Samsudin



Mak Ngah sedang memberi ucapan bagi pihak Keluarga Pak Ngah

Pengerusi Majlis sedang beri ucapan berdegar-degar

Penyanyi import dari Indon, Pak Usu


Mak Cik Azizah dapat hadiah cabutan bertuah


Mak Al Badariah pun dapat jugak hadiah cabutan bertuah


Puan Rosnita terima hadiah cabutan bertuah jugak


AJK Pendaftaran Cik Sarah pun dapat jugak



Gambaran tetamu yang hadir serba hijau dan putih


Abg Ajim dengan angpau misteri...semua yg bulan 8 dapat tau...kpd Shaheeda nanti tanya pada Abg Ajim angpau tu yer


Tak ketinggalan Pengerusi Majlis pun bagi hadiah hari jadi kepada Pak Ngah


Cik Ebab pun dapat angpau gak tu...


Juara Pakaian Tercantik, Pakcik tengah mencabut undian


Tengah balut pasangan masing-masing dengan tisu tandas...tisu murah sebab tu asyik tanggal ajer...hehehe


Tersipu malu sambil terpaksa cover gigi En Latif kita dibalut isteri tercinta, Puan Ina


05 Ogos 2009

Minta Penjelasan daripada Moderator Blog Anjang2U@Mat2U

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin meminta penjelasan kepada Moderator Blog Anjang2U @ Mat2U iaitu Cik Mariana @ Ebab, mengapa blog anda tidak berfungsi?

Adakah kerana anda telah menukar alamat blog atau terdapat masalah teknikal yang menyebabkan blog anda hilang atau telah dikeluarkan dari senarai blogger.com.

Harap dapat dijelaskan kepada kami untuk penjelasan lanjut. Sila beri komen di bawah untuk menjawab penjelasan ini.

Berikut dipaparkan mesej yang terpapar dilaman blog saudari :

Blog telah dikeluarkan

Mohon maaf, blog di familypakanjang.blogspot.com telah dikeluarkan. Alamat ini tidak tersedia untuk blog baru.

03 Ogos 2009

Lagi Gambar Majlis 1 Ogos


Inilah dia gambar cincin dari Bintulu, Sarawak yang disarungkan di jari manis Puan Hajah Ramlah (Atuk Da) selepas panggilan telefon daripada En Abd Razak (Pak Ajak) dari Bintulu malam 1 Ogos lepas.

Minta maaf jika gambar kurang jelas. Waktu sarung cincin ini kelihatan wajah Atuk Da begitu terharu dan sebak kerana menerima hadiah misteri dan surprise dari anakanda tercinta nun jauh di sana.

Kebetulan pula, sebelum cincin disarungkan, En Abd Ghaffar (Pak Usu) ada membuat persembahan dan mendendangkan lagu Cincin Belah Rotan nyanyian asal Ahmad C.B. Jadi nampak ada kesinambungannya la kan...

Dan ada desas desus bertiup kencang yang majlis 1 Ogos ini akan ada kesinambungannya tidak lama lagi. Tapi kali ini mungkin lebih meriah kot...

p/s: Nampaknya Pak Ngah dah berjaya membuat satu permulaan yang baik yang akan menjadi standard Keluarga Mat Tuyu pada masa hadapan. Doakan Pak Ngah agar cepat sembuh.


02 Ogos 2009

Akhirnya Semuanya Tertunai Sudah...Majlis Bulan Ogos Berjaya

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis kita pada malam tadi, 1 Ogos 2009.


Rasanya keluarga kita telah berjaya menganjurkan majlis yang sungguh meriah pada malam tadi walaupun terdapat banyak halangan dan dugaan.

Terima kasih kepada semua yang telah datang meraikan majlis ini, Juga tidak lupa berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan hadiah, tenaga, wang ringgit mahupun idea dalam merealisasikan majlis kita menjadi realiti.


Kepada Pak Ajak , walaupun jauh mata tetapi anda dekat di hati kami. Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan majlis kita semua walau pun dari jauh menggunakan webcam yang bisu tak dengar apa-apa tetapi sedikit sebanyak dapat juga mengubat kerinduan kepada semua ahli keluarga yang berkumpul. (Pak Ajak tak pakai baju plak bila webcam dia live...maklumlah, semua tengah santai-santai di rumah...hehehe...). Atuk Da, Puan Hjh Ramlah nampaknya semalam menangis, terharu dan sebak apabila menerima hadiah daripada Pak Ajak.


Nampaknya telah ada cadangan daripada beberapa ahli keluarga kita yang lain agar majlis seperti ini diadakan setiap tahun atau dijadikan Annual Dinner Keluarga Mat Tuyu pada masa akan datang. Semuanya amat mengalu-alukan cadangan tersebut dan kita berdoa supaya kita diberi kesempatan waktu dan umur agar majlis seperti ini akan diadakan pada masa akan datang.

Sebagai sedikit halwa mata pagi ini, terimalah beberapa keping gambar yang diambil semasa berlangsungnya majlis pada malam tadi, 1 Ogos 2009. Nak masukkan semua banyak sangat, akan dimasukkan dari semasa ke semasa.


Sesi Pendaftaran dan Teka Gula



Banner Hari Jadi (disponser Warisan M&M Ent)



Keluarga Mak Long Maniseh

Sebahagian hadiah yang disumbangkan utk game dan lucky draw

Registration Girl...Sarah & Ebab (Teka Gula tu aku yang menang!!!)

Meja VIP


YB Seri Kembangan bergambar dengan penyokong...hehehe

Nyanyian Allah Selamatkan Kamu utk Pak Ngah

Pak Ngah dan kek harijadi


Kek Hari Jadi Bulan Ogos



bakal pengantin baru pun datang....Cik Mashitah & En Syed


Meraikan Keluarga Bulan Ogos

01 Ogos 2009

Ucapan Takziah Buat Keluarga Puan Sunita & En Azamuddin

Assalamualaikum...

Saya sebagai wakli moderator Blog Keluarga Mat Tuyu dan seluruh keluarga Mat Tuyu mengucapkan takziah kepada Keluarga Kak Su dan Abg Yus di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Puan Halimah Bte Hashim pada 1 Ogos 2009. Hadapilah semua dengan tabah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan oramg-orang yang beriman.

Al-Fatihah.
Related Posts with Thumbnails