15 Ogos 2009

Marilah Kita Mengikut Jejak Langkah Mereka Yang Telah Berjaya

Assalamualaikum semua...


Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis pada hari ini setelah membaca nukilan dan pesanan bapa saudara kita yang tercinta, En Abd Razak Hj Mohamed.


Apa yang ditulis dan diluahkan oleh beliau hendaklah diambil ingatan dan sama-sama kita fikirkan. Sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini keluarga kita ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu, kita perlu menampilkan keunikan itu dalam bentuk kesatuan atau organisasi yang kukuh agar keunikan kita ini tidak akan pudar ditelan zaman.


Penubuhan komiti atau apa juga istilah pun sebenarnya adalah satu usaha murni yang perlu diberikan sokongan dan dokongan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga semangat, dorongan, motivasi dan apa jua bentuk bagi menterjemahkan hasrat yang suci ini.


Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua ahli keluarga kita tak kiralah tua, muda, kecil, besar, lelaki mahupun wanita, marilah sama-sama kita bersatu menjayakan hasrat yang murni ini. Marilah kita mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya.


Di bawah ini merupakan salah satu contoh keluarga yang telah berjaya mewujudkan sebuah koperasi keluarga bagi menjayakan penjanaan ekonomi mereka dengan mewujudkan pelbagai aktiviti dan tabung bagi kelestarian keluarga mereka. Mereka juga bermula dari bawah dan mempunyai ahli yang sedikit tetapi mereka berjaya. Yang penting bukannya kuantiti tetapi kualiti. Sama-samalah kita renung-renung dan fikir-fikirkan.

Apa yang penting...KERJASAMA!!!
Kami tak besar dan kami tak kuat,bila BEKERJASAMA semua jadi MUDAH!!!
(Yeah...Wonder Pets...)

Koperasi ini boleh dilayari di alamat http://kossberhad.com/

1 ulasan:

Unknown berkata...

akum... saya setuju dgn paparan En Siber. Kita mulakan dgn langkah kecil sebelum kita melompat untuk pergi lebih jauh. Jika kita berhadapan dgn sungai yg kita tak tahu dalam atau tidak, korbankan seorg yg tahu berenang utk mencuba agar yg lain selamat ke seberang. Jika kita berhadapan tembok yg tinggi jadilah seorg yg boleh dipijak agar yg lain boleh memanjat tembok tinggi. Moralnya hendaklah kita bekerjasama dan jgn mementingkan diri sendiri sehingga org lain tak boleh berjaya

Related Posts with Thumbnails