30 September 2009

Majlis Rumah Terbuka Episod 1

Orang jauh dari Bintulu yang diraikan dan meraikan majlis

Keluarga Dari Air Hitam pun ader memeriahkan majlis

Jemputan VIP dari Putra Perdana pun hadir

Tetamu VVIP duduk di meja VVIP

Meja VVIP nie memang ramai VVIP la kan...hehehe

Sajian pencuci mulut pun ade disediakan
(abis aku tapau bawak balik...sbb ramai yg tak makan...hehehe)

AJK Majlis Rumah Terbuka bergambar kenangan di meja Urusetia

Keluarga Pak Usu mendaftar di meja Urusetia

Suasana di dalam Dewan Sri Pelang, Tingkat 7, Hotel Sri Pelangi

Barisan VVIP yang diraikan

Lagi gambar barisan VVIP bergambar kenangan di belakang banner majlis

Ada banyak lagi gambar-gambar majlis di atas....tapi nie baru episod 1...banyak lagi episod yang akan disiarkan lepas nie...jadi tunggu kemunculan episod seterusnya selepas ini...coming soon!!!

23 September 2009

Gambar Persiapan Menjelang Rumah Terbuka Aidilfitri

Pak Jak sedang sibuk membetulkan banner

Roslan pulak sedang setting LCD projektor

Pak Anjang sedang berbincang dengan Acuk & Noli sambil diperhatikan oleh Ita dan Kak In


Pak Anjang sedang rehearsal berucap (manalah tau kot2 kena ganti Pokde ker...)

Pak Jak, Pak Anjang, Roslan & Acuk sedang setting banner

Sebahagian daripada hadiah & hamper utk cabutan bertuah

19 September 2009

Masihkah Anda Semua Ingat...???

Gambar Allahyarham Tuan Hj Mohamed Hamzah beberapa bulan sebelum meninggal dunia

Assalamualaikum...

Dalam kita ghairah membuat persiapan Aidilfitri dan pulang ke kampung, sama ada kita perasan atau tidak, sama ada kita ingat atau tidak, hari ini tanggal 19 September, 20 tahun yang lalu, kira-kira jam 7.30 malam (selepas maghrib), kita kehilangan seorang insan yang telah menjadi inspirasi kita hari ini sehingga kita dapat menyatukan ahli keluarga kita semua di dalam blog ini. Insan itu tak lain dan tak bukan ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamed Bin Hamzah, P.I.S atau yang kita semua kenali sebagai Mat Tuyu.

Beliau telah meninggal dunia pada hari ini 19 September 1989 bersamaan 19 Safar 1410H pada hari Selasa kira-kira jam 7.30 mlm selepas maghrib di Hospital Muar. Beliau telah meninggalkan kita ketika kita semua masih lagi memerlukan beliau. Masih terngiang-ngiang suara beliau ketika saya melawat beliau sakit di hospital..."Pin...picit kaki atuk nie,Pin...atuk nie sakit...". Inilah satu-satu ayat yang tak boleh saya lupakan sampai bila-bila.


Kini setelah 20 tahun beliau meninggalkan kita, beliau telah menjadi inspirasi kita semua sehingga terhasilnya blog-blog kita semua hari ini. Semoga dengan semangat dan inspirasi serta legasi yang telah beliau tinggalkan kepada kita semua selama ini akan terus kita kekalkan sampai bila-bila.

Sempena ketibaan Aidilfitri esok, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran kepada roh Allahyarham dan semua ahli keluarga kita yang telah pergi meninggalkan kita semoga mereka semua dicucuri rahmat dan dimasukkan di kalangan orang-orang soleh dan solehah.

Al-Fatihah




Sempena Aidilfitri, marilah sama-sama kita menziarahi pusara beliau


Semoga beliau dicucuri rahmat...Amin.

16 September 2009

Marilah Mari Kita Mengundi



Akhirnya untuk pertama kali inilah dia dipaparkan finalis logo-logo yang akan diundi oleh warga Mat Tuyu untuk dinobatkan sebagai logo rasmi Keluarga Mat Tuyu.

Lawa atau tidak bukan persoalannya sekarang. Yang penting bagi semua, tiada komen yang boleh diberikan kepada pencipta logo-logo berkenaan kerana mereka sekurang-kurangnya telah menunjukkan bahawa di kalangan Keluarga Mat Tuyu masih ramai yang berbakat dalam bidang seni dan penciptaan.

Walaupun pada awalnya, pihak kami agak terkilan kerana penyertaannya amatlah tidak mendapat sambutan tetapi di saat-sat akhir penyertaan semakin mencurah-curah sehingga blogmaster tak dapat tidur dibuatnya menunggu peserta menghantar logo mereka di saat-saat akhir.

Sekarang, tugas warga Mat Tuyu sekalian menjalankan tugas untuk mengundi dan memilih logo-logo berkenaan. Tidak ada nama pereka logo diletakkan untuk mengelakkan bias atau pilih kasih. Kepada pereka logo juga diminta supaya jangan melobi logo masing-masing hatta kepada keluarga sendiri. Biarlah mereka menilai secara ikhlas mana-mana logo yang wajar dinobatkan sebagai logo rasmi Keluarga Mat Tuyu.

Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang, oleh itu mulakan undian anda di laman web : http://www.keluargamat2u.co.cc/ sekarang. Butiran logo, syarat peraduan, panduan mengundi semuanya ada di sana. Kunjungilah laman web http://www.keluargamat2u.co.cc/ untuk mengundi sekarang.

Sekiranya terdapat masalah untuk mengundi sila terus ke laman web ini : http://surveys.polldaddy.com/s/5530B813BD7471E8/ dan anda boleh terus mengundi.

Usai Sudah...

(Gambar sekadar hiasan)


Akhirnya tamat sudah penyertaan Peraduan Mencipta Logo Keluarga Mat Tuyu tepat jam 12 tengah malam semalam. Kepada semua peserta yang telah menghantar ciptaan logo masing-masing diucapkan ribuan terima kasih dan tahniah, semoga salah seorang daripada anda beroleh kemenangan.


Insya Allah, selepas ini (dalam 4-5 jam dari sekarang....blogmaster ngantuk le...nak masuk semua logo banyak sgt nie...jadi lewat le skit ye...) semua logo-logo yang anda hantar akan dipaparkan untuk tatapan umum. Jadi warga Mat Tuyu bersedia untuk memilih logo mana menjadi kegemaran anda dan seterusnya dinobatkan sebagai Logo Keluarga Mat Tuyu.


Sekian.

14 September 2009

Peraduan Merekabentuk Logo Mat2U - PERINGATAN AKHIR

Kepada semua ahli Keluarga Mat Tuyu, anda adalah diingatkan bahawa anda hanya ada kurang 28 jam sebelum tarikh akhir penyertaan sebelum tengah malam 15 September 2009. Selepas jam 12 tgh malam 16 September 2009, penyertaan akan ditutup.


Makanya anda dikehendaki cepat menghantar logo berkenaan di alamat emel : keluargamat2u@gmail.com pada atau sebelum tarikh dan masa tersebut. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan dan keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Logo-logo yang telah menghantar penyertaan akan dipaparkan laman blog ini pada 16 September 2009 di laman blog ini.

Sekian.

09 September 2009

Amanat Yang Belum Selesai

Merujuk kepada posting Pak Ajak dalam blognya hari ini, semasa berhari raya di rumah Pokde pada tahun 2007, (blogmaster tak beraya di Muar pada ketika itu tetapi ada mendengar ceritanya) Pak Usu ada memberikan sedikit pesanan iaitu "Kebelakangan ini kita ketandusan zuriat lelaki, banyak yang lahir ialah anak dan cucu perempuan (termasuklah cucu Poksu gak), maka sapa-sapa di kalangan anak-anak sedara yang mendapat anak lelaki pada tahun 2007 dan tahun seterusnya (yang dua ayat belakang nie saya kurang pasti, seingat saya Poksu sebut tahun 2007 aje...tapi mungkin juga saya tersalah dengar...maafkan saya), maka mereka akan diberikan sedikit sagu hati".



Maka hari raya kali ini, Pak Ajak mengorek kembali amanat tersebut untuk mereka semua mereka yang terlibat membuat tuntutan tersebut kepada Poksu la kan. Tapi dicadangkan oleh Pak Ajak dibuat sedikit sumbangan dari semua ahli keluarga untuk merealisasikan amanat tersebut.


Jadi saya diminta mengkhabarkan informasi ini kepada mereka yang telah dapat menyempurnakan amanat tersebut agar dapat memberitahu kepada saya nama pasangan ibu bapa terbabit bersama-sama nama anak mereka di blog ini dan saya akan paparkan nama-nama mereka yang terpilih.


Mana-mana nama yang saya telah ketahui, saya akan paparkan dahulu di bawah ini :


Tahun 2007 :



1. Pasangan Azamudin & Sunita (Yus & Su) - Nama anak : MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)


2. Pasangan Mohd Zaidi & Dahlia (Zaidi & Dahlia) - Nama anak : Muhammad Wafiey Bin Mohamad Zaidi (2007)


Tahun 2008 :


1. Pasangan Mohd Lazim & Amelia Tee (Ajim & Tee) - Nama anak :Muhammad Deniz Aydin Bin Mohd Lazim (2008)


2. Pasangan Mohd Hafiz & Raihanom (Apis & Anom) - Nama anak :Ari Aiman Hafizi Bin Mohd Hafiz (24.07.2008)


Tahun 2009 :


1. Pasangan Mohd Zaidi & Dahlia (Zaidi & Dahlia) - Nama anak : Muhammad Hazieq Bin Mohamad Zaidi (2009)


2. Pasangan Azarudin & Nurfazilah (Aza & Ila) - Nama anak: MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)


3. Pasangan Mohd Nizam & Rozita (Ijam & Ita) - Nama anak: Belum diketahui (31.08.2009)


Kalau ada nama yang tertinggal sila maklumkan kepada saya untuk ditambahkan yer...


Sekian

08 September 2009

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M

Hotel Sri Pelangi, Muar


Selepas kejayaan mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi Pak Ngah & Bulan Ogos pada 1 Ogos 2009 lepas, maka kali ini sekali lagi Keluarga Mat Tuyu akan mengadakan satu lagi majlis seumpanya yang dikenali sebagai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pn Hjh Ramlah 1430H/2009M yang dijadualkan akan diadakan pada 2 Syawal 1430H bersamaan 21 September 2009.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim sesama keluarga Mat Tuyu. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah bagi memenuhi hasrat Pn Hjh Ramlah yang ingin melihat seluruh ahli keluarganya berkumpul terutamanya anak bungsunya yang jauh di perantauan di Sarawak iaitu En Abd Razak Hj Mohamed (Pak Ajak) untuk pulang berhari raya dan sama-sama berkumpul sanak keluarga yang lain yang tidak dapat menghadiri majlis pada 1 Ogos yang lalu.

Sepanjang pengetahuan saya, majlis ini ditaja sepenuhnya oleh Puan Hjh Ramlah dan kita anak beranak yang lain hanya perlu menyumbang sebayak RM10 bagi menjayakan aturcara permainan dan hadiah cabutan bertuah yang akan diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Tema pakaian pada kali ini adalah kombinasi biru kundang atau purple tak kiralah samada baju dan seluar purple ke, kain purple ke songkok purple ke atau yang sewaktu dengannya.

Majlis akan diadakan di Dewan Hotel Sri Pelangi Muar pada jam 8.00 malam hari raya kedua. Semua ahli keluarga Mat Tuyu dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut nanti.

Antara acara permainan yang akan dijalankan seperti menyambung lirik lagu raya, karaoke lagu raya ciptaan sendiri dan lain-lain lagi yang akan diberitahu kelak.

Sebarang butiran lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa di dalam blog ini atau dalam Blog Long Gayah.

Sekian.
Related Posts with Thumbnails