08 September 2009

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M

Hotel Sri Pelangi, Muar


Selepas kejayaan mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi Pak Ngah & Bulan Ogos pada 1 Ogos 2009 lepas, maka kali ini sekali lagi Keluarga Mat Tuyu akan mengadakan satu lagi majlis seumpanya yang dikenali sebagai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pn Hjh Ramlah 1430H/2009M yang dijadualkan akan diadakan pada 2 Syawal 1430H bersamaan 21 September 2009.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim sesama keluarga Mat Tuyu. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah bagi memenuhi hasrat Pn Hjh Ramlah yang ingin melihat seluruh ahli keluarganya berkumpul terutamanya anak bungsunya yang jauh di perantauan di Sarawak iaitu En Abd Razak Hj Mohamed (Pak Ajak) untuk pulang berhari raya dan sama-sama berkumpul sanak keluarga yang lain yang tidak dapat menghadiri majlis pada 1 Ogos yang lalu.

Sepanjang pengetahuan saya, majlis ini ditaja sepenuhnya oleh Puan Hjh Ramlah dan kita anak beranak yang lain hanya perlu menyumbang sebayak RM10 bagi menjayakan aturcara permainan dan hadiah cabutan bertuah yang akan diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Tema pakaian pada kali ini adalah kombinasi biru kundang atau purple tak kiralah samada baju dan seluar purple ke, kain purple ke songkok purple ke atau yang sewaktu dengannya.

Majlis akan diadakan di Dewan Hotel Sri Pelangi Muar pada jam 8.00 malam hari raya kedua. Semua ahli keluarga Mat Tuyu dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut nanti.

Antara acara permainan yang akan dijalankan seperti menyambung lirik lagu raya, karaoke lagu raya ciptaan sendiri dan lain-lain lagi yang akan diberitahu kelak.

Sebarang butiran lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa di dalam blog ini atau dalam Blog Long Gayah.

Sekian.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails