19 September 2009

Masihkah Anda Semua Ingat...???

Gambar Allahyarham Tuan Hj Mohamed Hamzah beberapa bulan sebelum meninggal dunia

Assalamualaikum...

Dalam kita ghairah membuat persiapan Aidilfitri dan pulang ke kampung, sama ada kita perasan atau tidak, sama ada kita ingat atau tidak, hari ini tanggal 19 September, 20 tahun yang lalu, kira-kira jam 7.30 malam (selepas maghrib), kita kehilangan seorang insan yang telah menjadi inspirasi kita hari ini sehingga kita dapat menyatukan ahli keluarga kita semua di dalam blog ini. Insan itu tak lain dan tak bukan ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamed Bin Hamzah, P.I.S atau yang kita semua kenali sebagai Mat Tuyu.

Beliau telah meninggal dunia pada hari ini 19 September 1989 bersamaan 19 Safar 1410H pada hari Selasa kira-kira jam 7.30 mlm selepas maghrib di Hospital Muar. Beliau telah meninggalkan kita ketika kita semua masih lagi memerlukan beliau. Masih terngiang-ngiang suara beliau ketika saya melawat beliau sakit di hospital..."Pin...picit kaki atuk nie,Pin...atuk nie sakit...". Inilah satu-satu ayat yang tak boleh saya lupakan sampai bila-bila.


Kini setelah 20 tahun beliau meninggalkan kita, beliau telah menjadi inspirasi kita semua sehingga terhasilnya blog-blog kita semua hari ini. Semoga dengan semangat dan inspirasi serta legasi yang telah beliau tinggalkan kepada kita semua selama ini akan terus kita kekalkan sampai bila-bila.

Sempena ketibaan Aidilfitri esok, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran kepada roh Allahyarham dan semua ahli keluarga kita yang telah pergi meninggalkan kita semoga mereka semua dicucuri rahmat dan dimasukkan di kalangan orang-orang soleh dan solehah.

Al-Fatihah




Sempena Aidilfitri, marilah sama-sama kita menziarahi pusara beliau


Semoga beliau dicucuri rahmat...Amin.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails