01 Ogos 2010

Oh Dunia Ibaratnya Roda....

Assalamualaikum...

Rasanya sudah agak lama tidak mengemaskini blog. Bukannya malas, cuma tidak berkesempatan kerana dihimpit dengan tugas dan tanggungjawab yang memerlukan komitmen yang tinggi demi meikul amanah yang telah diberikan.

Kalau Warga Mat2U masih ingat, setahun yang lepas, 1 Ogos 2009 kita berkumpul bersama-sama meraikan ulangtahun kelahiran Tuan Hj Ahmad Ismail yang ke-70 dan ulangtahun perkahwinan ke-40 bersama Puan Zamnah di Hotel Traders Muar. Ketika itu, kalau sesapa masih ingat, Hj Ahmad atau Pak Ngah sedang sakit tetapi demi majlis yang diraikan bersama-sama Keluarga Mat Tuyu, beliau gagahi sakitnya itu walaupun kami sekeluarga ketika itu sangat-sangat-sangat bimbangkan dengan tahap kesihatan beliau.

Hari ini,1 Ogos 2010...seorang lagi Warga Mat2U iaitu Haji Mohamed Satar pula telah jatuh sakit lebih kurang seminggu yang lalu. Kali ini juga kita berkumpul beramai-ramai, bukan di hotel tetapi di perkarangan Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar bagi sama-sama melawat dan menziarahi serta memberi perangsang dan semangat kepada Haji Mohamed Satar serta seisi keluarga beliau, agar tabah dan sabar menghadapi dugaan dan cobaan dari Allah SWT.

Sebagaimana setahun lalu semua Warga Mat2U berasa gundah gulana serta sedih apabila mendapat tahu Pak Ngah jatuh sakit, maka tahun ini pula kita Warga Mat2U sekali lagi dilanda perasaan yang sama apabila mendapat tahu keadaan Pokde yang juga jatuh sakit.

Namun walau dalam apa jua pun situasi yang dihadapi, Warga Mat2U tetap seperti dahulu, walaupun dalam masa susah atau senang, sihat atau sakit tetap berkumpul dan berkongsi suka dan duka bersama.

Di kesempatan ini, blogmaster juga ingin mengucapkan tahniah kepada En Syed Hairolnezam & Puan Mashitah di atas kelahiran puteri sulung mereka.

Semoga Warga Mat Tuyu terus dilimpahi rezeki, rahmat dan berkat sepanjang masa.

Amin...

Wassalam.
Related Posts with Thumbnails