08 Julai 2009

Sedikit Perkembangan Tentang Majlis Hari Jadi

Untuk posting kali ini saya akan melaporkan perkembangan terkini tentang majlis yang kita akan adakan.


Tema pakaian untuk majlis ini ialah hijau dan putih. (Hijau nie tak kira laha hijau pekat ke, hijau PAS ke, hijau pucuk pisang ke,janji warna hijau).Jadi terpulang kepada semua untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengan tema yang dipilih. Yang penting ianya bersesuaian, tidak menjolok mata serta sesuai dengan tempat majlis diadakan iaitu di hotel.



Selain itu, majlis kita ini mungkin akan dihadiri oleh beberapa orang VIP (orang luar dari keluarga kita la tu...). Jadi diharap kita dapat menjaga kesopanan dan hormat semasa mereka masih di dalam majlis kita. Kepada yang ada anak-anak kecil harap dapat kawal mereka.


Berkenaan dengan aturcara majlis, Majlis akan diadakan dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tgh malam. Majlis akan dimulakan pada 8.30/8.45 mlm. Jadi diharapkan agar semua jemputan yang hadir dapat menjaga ketepatan masa tersebut. Majlis tidak akan menunggu anda. Majlis akan diteruskan biarpun anda semua datang lewat.


Majlis akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengacara majlis. Kemudian disusuli dengan bacaan doa. Selepas itu majlis akan mendengar ucapan dari Pak Ngah disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh tetamu VIP yang telah dijemput.


Selepas ucapan perasmian oleh VIP, majlis diteruskan dengan acara memotong kek oleh Pak Ngah serta diiringi oleh ahli keluarga yang lahir pada Bulan Ogos. Selepas acara memotong kek, jamuan akan dimulakan.


Semasa jamuan dijalankan, persembahan pertama akan mengambil alih. Persembahan ini akan memaparkan video biografi Pak Ngah dari kecil hingga sekarang serta akan diselitkan dengan biografi sedikit tentang Keluarga Mat Tuyu.


(Saya nak minta kepada Pak Ajak dari Bintulu dapat kirimkan video ucapan hari jadi untuk Pak Ngah dan seluruh keluarga Mat Tuyu sebab nak dimasukkan dalam persembahan video tu nanti. Sesiapa yang nak kirimkan video ucapan pada Pak Ngah pun boleh emelkan pada saya di arifin@tawarunggul.com).

Kita juga akan selitkan sesi karaoke. Sesiapa yang akan terlibat dalam sesi karaoke akan diberitu tahu dan diminta harap bersedia dengan lagu yang dipilih. Untuk karaoke sesi pertama hanya mereka yang dipilih sahaja akan menyanyi. Sesi kedua nanti semua boleh menyanyi bagi menjimatkan masa kita semua.

Untuk memeriahkan lagi majlis, saya minta kepada setiap keluarga agar dapat menyediakan satu persembahan khas dan kami akan panggil secara rawak untuk naik ke pentas untuk mengadakan persembahan...jadi siap sedia semua OK!!!.

Kita juga akan adakan cabutan bertuah. Nombor cabutan bertuah akan diberi ketika sesi pendaftaran sebelum majlis bermula. Kita akan adakan kira-kira 15-20 hadiah cabutan bertuah. Kepada sesiapa yang nak sponser untuk hadiah cabutan bertuah pun dialu-alukan (Manalah tau nak sponser kereta BMW ker...percutian ker...hehhe).


Selain tu, kita akan selitkan dengan permainan bagi kanak-kanak dan juga dewasa. Jenis permainan masih lagi difikirkan, so jika sesiapa ada cadangan boleh la bagi cadangan.


Aturcara di atas masih lagi belum dimuktamadkan. Tetapi rangkanya adalah seperi yang diceritakan di atas.


Jadi, sesiapa ada cadangan untuk memantapkan lagi majlis ini, sila beri komen anda.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails