29 Julai 2009

Bayaran Hotel Telah Dijelaskan

Sedikit perkembangan tentang majlis bulan Ogos nanti. Saya dan isteri telah pun membuat pembayaran penuh bagi penempahan dewan di Muar Traders Hotel tengahari tadi.

Keseluruhan bayaran tersebut ialah sebanyak RM 1,980.00 (iaitu deposit sebanyak RM 950.00 dan baki bayaran dijelaskan tengahari tadi iaitu RM 1,030.00). Walaupun kita masih kekurangan sedikit lagi dana tersebut, saya merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran tersebut disebabkan pihak hotel ingin dijelaskan lebih awal bayaran tersebut untuk persiapan mereka sempena jamuan pada malam itu nanti.

Saya dan isteri juga telah meninjau persiapan pihak hotel di Dewan Nusantara 1 yang telah kita tempah nanti. Nampaknya persiapan telah diatur oleh pihak hotel dari segi layout meja dan tempat makanan dan buffet nanti. Rasanya semua berjalan lancar. Kalau nak tau bagaimana bentuk persiapan pihak hotel, tunggulah sampai malam acara itu nanti. (saja nak surprise,taknak tunjuk gambar persiapan hotel tu,nanti dah tak gempak..)

Oleh itu kepada sesiapa yang masih lagi ingin menyumbang, kami amat mengalu-alukan sumbangan anda tak kiralah apa jua bentuk sama ada wang, hadiah atau sumbangan idea-idea yang bernas supaya majlis kita dapat dijayakan dengan sesempurna mungkin.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails