01 Julai 2009

Kunjungan Keluarga & Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Jadi

Kelihatan Tok Minah bersama Makcik dan Mak Long serta Alif dan Aiman

Minum kopi 434 semasa menziarahi Pak Ngah. Kelihatan Bilal Latif bersama Pak Cik, Mak Long, Kak Lin dan Mashitah.


Serius sedang berbincang sesuatu sambil minum kopi 434 dan teh.

Pada hari Ahad lepas, 28 Jun 2009, Keluarga Pak Cik diketuai Pakcik Matar bersama Makcik Zizah, Latif dan isteri sekeluarga serta Mashitah telah datang menziarahi Hj Ahmad (Pak Ngah) lebih kurang jam 6.00 petang.

Seperti berjanji-janji pula, setengah jam kemudian Keluarga Mak Long Maniseh bersama Kak Lin serta Alif dan Aiman pula datang untuk tujuan yang sama.

Selain datang menziarahi, ada beberapa perkara yang telah dibincangkan bersama. Antaranya ialah cadangan Pak Ngah untuk mengadakan majlis ulang tahun hari jadinya yang ke 70 pada bulan Ogos ini.

En. Latif mencadangkan agar majlis tersebut dibuat seperti sambutan dua tahun lepas iaitu mengumpulkan semua ahli keluarga yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos, memandangkan ramai ahli keluarga kita menyambut hari jadi pada bulan Ogos dan meraikan hari jadi mereka bersama. Tempat yang dicadangkan ialah di rumah Batu 5, Bakri.

Juga dicadangkan dibuat sedikit kutipan bagi anak-anak sedara (sepupu) yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos untuk meraikan bersama-sama majlis tersebut.

Majlis tersebut dicadangkan diadakan pada 1 Ogos 2009 (Sabtu). Antara aturcara yang telah dibincangkan ialah majis bacaan Yaasin serta tahlil dan doa selamat, majlis potong kek dan acara permainan. Kak Lin (Mazlina Mazlan) telah bermurah hati ingin menaja hadiah untuk acara permainan.

Oleh itu saya sebagai moderator blog ini ditugaskan untuk mewar-warkan (menghebahkan) majlis sambutan tersebut. Segala cadangan dan pandangan amat dialu-alukan.

Untuk sebarang cadangan sila beri komen di bawah atau di Shoutbox di kanan blog ini. Sekian sahaja untuk makluman semua.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails