12 Jun 2009

Salasilah Keluarga Mat Tuyu

Berikut merupakan salasilah keluarga Mat Tuyu dari sebelah bapa beliau iaitu Hamzah bin Haji Muhammad Yassin. Salasilah ini adalah berpandukan buku salasilah yang diterbitkan pada tahun 1965 oleh seorang daripada keturunan moyang-moyang kita iaitu Tuk Haji Muda atau Radin Hj Ali yang ditambah kemudiannya oleh saya sendiri melalui maklumat yang didapati dari ahli keluarga. Sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau lain-lain, saya mohon maaf dan hubungi saya untuk dibuat pembetulan.

Untuk makluman, maklumat nama keturunan ini hanyalah setakat cucu Mat Tuyu kerana cicit-cicit beliau masih lagi dalam the making & coming soon. Jadi maklumat setakat cucu saja dimasukkan dalam rantaian salasilah dan maklumat terperinci seperti nama isteri dan lain-lain akan menyusul selepas ini.


Sila klik salasilah di atas untuk melihat dengan lebih jelas





5 ulasan:

aza berkata...

assalamualaikom....saudaraku... untuk jawapan yg ke-3,saya rasa kita ada sedikit salah faham...bukan web address yg dimaksudkan tetapi nama arwah hj mohamad(mattuyu)...jika mengikut sumber dari apa yg saya ketahui...arwah tok abah suatu ketika dahulu adalah seorang penghatar surat GRAND POST OFFICE(GPO)....jadi di sebabkan setiap kali arwah tok abah menghantar surat kepada individu yg berkenaan,arwah tok abah akan menyapa dengan perkataan TO YOU....jadi disebabkan itu arwah di kenali dgn panggilan mattuyu....wallahualam..

aza berkata...

saudara ipin....sila beri email anda...saya rasa tak sedaplah memberi komen pedas disini...hehehe...jgn mare...

aza berkata...

di mana saya boleh mendapatkan buku salasilah keluarga mattuyu....tolong yea....

aza berkata...

saya akan sedaya upaya menyebarkan laman blog ini kepada saudara mara kita...insyaallah..

siber79 berkata...

Waalaikumussalam dan Assalamualaikum...

Terima kasih di atas komen serta teguran saudara.

Saya rasa komen saudara tidaklah berapa pedas dan seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya bersedia menerima apa juga komen membina dari sesiapa pun asalkan ianya bertujuan untuk menegur kesilapan dan bukan menghentam keromo.

Saya hargai semua pendapat saudara, oleh sebab itulah maka saya wujudkan laman blog ini supaya kita semua dapat berkongsi pelbagai maklumat yang mungkin saya tidak mengetahuinya agar keluarga kita semua dapat mengetahui fakta atau ceritanya dengan lebih tepat.

Jikalau anda ada sebarang cerita tentang arwah Mat Tuyu yang diketahui daripada ibu bapa atau sesiapa yang sumbernya boleh dipercayai, anda boleh kongsikan disini suapa kita semua dapat mengetahuinya kerana saya sedang menulis tentang riwayat hidup beliau untuk dimuatkan dalam laman blog ini.

Berkenaan dengan buku salasilah tersebut, saya ada menyimpan salinan buku tersebut. Sekiranya saudara ingin mendapatkan senaskhah salinan salasilah tersebut, boleh hubungi saya untuk mendapatkannya. Untuk pengetahuan saudara, nashkah tersebut dalam tulisan Jawi bertarikh tahun 1965. Pada masa depan saya bercadang untuk mendigitalkan nashkah tersebut agar ianya boleh di muatturun (download) untuk tatapan semua keluarga.

Saya berharap agar komuniti blog ini akan berkembang agar kita dapat berkongsi lebih banyak bahan dan maklumat selepas ini.

Sekian.

Blogmaster.

Related Posts with Thumbnails