21 Jun 2009

Menziarahi Kubur Insan Yang Telah Meninggalkan Kita...Al-Fatihah - Bhg 2

Kubur Allahyarham Hafsah binti Mokmin (Nek), ibu kepada Allahyarham Hj Mohamed Hamzah di Tanah Perkuburan Islam, Batu 6, Bakri, Muar

Nisan kubur Nek yang mencatatkan nama dan tarikh meninggal pada tahun 1979 bersamaan Syaaban 1399 (tarikhnya dah kelam,so sesiapa yang tahu atau ingat tarikhnya sila maklumkan kepada saya)


Kubur Arwah Nek bernombor 4272 di bahagian depan selepas pintu masuk tanah perkuburan


Inilah dia gambar Arwah Nek pada sekitar tahun 1970-an.


Posting kali ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang arwah nenek kesayangan bapa dan ibu saudara kita semua.

Nama beliau ialah Hafsah binti Mokmin atau lebih dikenali dari cerita-cerita mak bapak kitasebagai Nek. Nek berasal dari Tedung, Melaka (saudara kepada Mak Minah, ibu Makcik kita, Puan Azizah).


Beliau diceritakan suka membuat pelbagai jenis kuih seperti kuih koci, lepat pisang, onde-onde, epok-epok, nasi lemak, kuih lopez dan yang akan menjualnya pula ialah cucu-cucunya seperti Mak Ngah, Pak Andak, Pakcik dan Pak Uda. Beliau ini juga diceritakan kuat berleterkan cucu-cucunya hinggakan arwah Atuk abah (Mat Tuyu) terpaksa beralah dan kadangkala ada jugak anak-anaknya yang menjadi mangsa panas barannya kerana melayankan karenah Nek.


Satu lagi yang diceritakan ialah beliau juga suka menggelarkan anak cucunya dengan pelbagai gelaran. Antara yang masih diingati ialah contoh kepada cicitnya seperti Haslina (Kak In) digelar Lili, Rashidah (Kak Idah) digelar Lela, Maizurah (Kak Ula) digelar Noi, Latif Matar digelarnya Mail dan Azamudin (Yus) digelarnya Baba. Tak terlepas dari gelarannya ialah Mazlin (Kak Lin) digelar anak dara kampung, Hjh Ramlah (Atuk Da/Atuk Mak) digelar Lonjong. Hjh Zainah (Tuk Long/Tok Mak) digelar Sengau.

Banyak lagi yang ingin dikongsikan di sini , tetapi terbatas oleh kerana kekurangan masa dan maklumat. Oleh itu sesiapa tak kira bapa atau ibu sedara atau cucu cicitnya yang ada cerita yang lebih menarik tentang arwah Nek bolehlah berkongsi cerita di bahagian ulasan di bawah untuk ditambah lagi cerita-cerita menarik.



Gambar antara cicit-cicit Nek iaitu dari kiri Lili (mak kepada Fara), Awang (bapa kepada Zairul), Lela (mak sedara kepada Dayana) dan juga Noi (mak kepada Madihah). Gambar diambil pada tahun 1975 berlatar belakang di atas tangga rumah di Batu 1(Lian Hoe). (Gambar duduk macam pengantin ye!!)

p/s: Kepada sesiapa yang berkesempatan, harap dapat menziarahi kubur arwah Nek, dan disedekahkan Al-Fatihah dan kuburnya dapat dibersihkan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails