19 Jun 2009

Buku Salasilah


Gambar di atas ini merupakan gambar buku bertajuk "Rangkaian Salasilah". Didalam buku inilah dicatatkan susur galur keturunan keluarga kita sebelah Mat Tuyu bermula dari Tuk Haji Muda atau Wan Hj Muda atau Raden Hj Ali yang berasal dari Tanah Jawa (Bugis atau Sulawesi) yang datang ke Tanah Melayu (lebih spesifik di kawasan Alai, Melaka) lebih 500 tahun yang lalu dan beranak cucu di sana sehinggalah menurunkan beberapa jurai keturunan serata negara termasuklah keluarga kita semua yang kini memasuki generasi ke 7, 8 dan ke 9 bermula dari anak Raden Hj Ali iaitu Sulung Bari kemudian Endin kemudian Haji Muhammad Yassin kemudian Hamzah dan seterusnya kepada Hj Mohamed atau Mat Tuyu dan kemudian kepada kita semua anak, cucu, cicit dan seterusnya.


Untuk makluman, buku ini diterbitkan oleh Hj Muhammaddun Bin Hj Shafie, berasal dari Batu Pahat seorang daripada keturunan Raden Hj Ali pada tahun 1965 dalam tulisan Jawi.


Sekarang saya sedang mengusahakan untuk menulis semula salasilah ini untuk diterbitkan semula dalam tulisan rumi dan dalam bentuk yang lebih segar dan menarik agar dapat dibaca oleh semua keturunan.


Sesiapa yang ingin mendapatkan salinan buku di atas, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya untuk simpanan semua.


Sebahagian daripada buku salasilah tersebut. Kotak bertanda merah menerangkan keluarga Mat Tuyu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails