26 Jun 2009

Terima Kasih

Terima kasih kerana masih memberi sokongan dan dokongan untuk mengunjungi laman blog ini. Saya meminta maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini beberapa hari yang lepas disebabkan kesibukan dengan tugas harian ditambah dengan kesihatan ayahanda tercinta yang tidak begitu memuaskan tempohari.

Untuk pengetahuan semua, sebuah lagi sub laman Keluarga Mat Tuyu telah diwujudkan iaitu Keluarga Mak Ngah Mat Tuyu. Laman blog ini juga dibawah kelolaan saya dan jika terdapat kelewatan dalam mengemaskini kedua-dua laman blog di atas, saya harap anda dapat memahaminya.

Semalam (25 Jun 2009), saya bersama En Zainal (Awang) dan En Muhid berserta En Halim ada lepak-lepak di cafe WiFi di Sungai Abong dan En Awang telah meminta agar saya dapat menolongnya untuk membina laman blog untuk keluarga Mak Unggal. Jadi tunggulah kemunculan laman blog keluarga Mak Unggal tak lama lagi.

Beberapa orang ahli keluarga kita yang lain juga telah memaklumkan kepada saya akan muncul dengan laman blog masing-masing. Jadi kita nantikan kemunculan mereka semua... TUNGGU!!!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails