19 Jun 2009

Menziarahi Kubur Insan Yang Telah Meninggalkan Kita...Al-Fatihah - Bhg 1

Kubur Allahyarham Haji Mohamed bin Hamzah di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri Muar

Nisan kubur Mat Tuyu(Mat2u) memaparkan tarikh lahirnya sekitar tahun 1915 dan tarikh meninggal iaitu 19 September 1989 bersamaan 19 Safar 1410 (Selasa)

Kubur Allahyarham Haji Mohamed bin Hamzah di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri Muar


Sempena Hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci serta mendoakan kesejahteraan kepada insan tersayang yang telah meninggalkan kita agar kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada insan tersayang yang masih hidup, maka lebih afdal kita menziarahi mereka ketika mereka masih hidup. Jadi kepada mereka diperantauan yang berkesempatan untuk pulang, rajin-rajin untuk menjenguk ibu bapa anda yang masih ada agar tidak menyesal kemudian hari.

Tempohari saya menziarahi kubur insan kesayangan kita Allahyarham Tuan Haji Mohamed bin Hamzah, P.I.S., atau Mat Tuyu di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.

Saya juga berkesempatan menziarahi beberapa lagi kubur insan yang telah meninggalkan kita di sana. Posting berikutnya saya akan muatnaik (upload) beberapa gambar-gambar kubur insan kesayangan kita yang telah pergi meninggalkan kita.

Diharapkan selepas ini anak cucu cicit kita akan mengetahui di mana kubur datuk nenek moyang mereka berada agar boleh terus diziarahi sampai bila-bila.

1 ulasan:

aza berkata...

assalamualaikom...kalau tak salah batu nesan tu disumbangkan oleh abdul ghaffar bin mohamad (pokchu) .....

Related Posts with Thumbnails