Selamat Datang Ke Laman Blog Keluarga Mat Tuyu. Memuatkan Pelbagai Informasi & Aktiviti Keluarga
29 Jun 2009
Nostalgia Lagi...
26 Jun 2009
Lagi Laman Blog Keluarga Mat2U
Terima Kasih
21 Jun 2009
Menziarahi Kubur Insan Yang Telah Meninggalkan Kita...Al-Fatihah - Bhg 2

Nisan kubur Nek yang mencatatkan nama dan tarikh meninggal pada tahun 1979 bersamaan Syaaban 1399 (tarikhnya dah kelam,so sesiapa yang tahu atau ingat tarikhnya sila maklumkan kepada saya)


Inilah dia gambar Arwah Nek pada sekitar tahun 1970-an.
Nama beliau ialah Hafsah binti Mokmin atau lebih dikenali dari cerita-cerita mak bapak kitasebagai Nek. Nek berasal dari Tedung, Melaka (saudara kepada Mak Minah, ibu Makcik kita, Puan Azizah).
Beliau diceritakan suka membuat pelbagai jenis kuih seperti kuih koci, lepat pisang, onde-onde, epok-epok, nasi lemak, kuih lopez dan yang akan menjualnya pula ialah cucu-cucunya seperti Mak Ngah, Pak Andak, Pakcik dan Pak Uda. Beliau ini juga diceritakan kuat berleterkan cucu-cucunya hinggakan arwah Atuk abah (Mat Tuyu) terpaksa beralah dan kadangkala ada jugak anak-anaknya yang menjadi mangsa panas barannya kerana melayankan karenah Nek.
Satu lagi yang diceritakan ialah beliau juga suka menggelarkan anak cucunya dengan pelbagai gelaran. Antara yang masih diingati ialah contoh kepada cicitnya seperti Haslina (Kak In) digelar Lili, Rashidah (Kak Idah) digelar Lela, Maizurah (Kak Ula) digelar Noi, Latif Matar digelarnya Mail dan Azamudin (Yus) digelarnya Baba. Tak terlepas dari gelarannya ialah Mazlin (Kak Lin) digelar anak dara kampung, Hjh Ramlah (Atuk Da/Atuk Mak) digelar Lonjong. Hjh Zainah (Tuk Long/Tok Mak) digelar Sengau.
Banyak lagi yang ingin dikongsikan di sini , tetapi terbatas oleh kerana kekurangan masa dan maklumat. Oleh itu sesiapa tak kira bapa atau ibu sedara atau cucu cicitnya yang ada cerita yang lebih menarik tentang arwah Nek bolehlah berkongsi cerita di bahagian ulasan di bawah untuk ditambah lagi cerita-cerita menarik.

Gambar antara cicit-cicit Nek iaitu dari kiri Lili (mak kepada Fara), Awang (bapa kepada Zairul), Lela (mak sedara kepada Dayana) dan juga Noi (mak kepada Madihah). Gambar diambil pada tahun 1975 berlatar belakang di atas tangga rumah di Batu 1(Lian Hoe). (Gambar duduk macam pengantin ye!!)
p/s: Kepada sesiapa yang berkesempatan, harap dapat menziarahi kubur arwah Nek, dan disedekahkan Al-Fatihah dan kuburnya dapat dibersihkan.
20 Jun 2009
Nostalgia
Gambar di bawah merupakan sebuah gambar nostalgia yang diambil selepas majlis perkahwinan Puan Maheran@Yan binti Hashim (Mak Unggal) dan Allahyarham En Zulkifli bin Atan (Pak Unggal) sekitar tahun 1968. Latar belakang gambar di belakang menunjukkan rumah mereka di Lorong Serkam 2 (sekarang Jalan Datuk Haji Hassan, sempena nama Menteri Besar Johor, Datuk Hj Hassan Yunus).
Dari bawah (bercangkung)(Dari kiri) : Jaafar (Pak Apau), Rahimi Nong, Zainorin (Pak Wen), Abd Kahar (Pak Al), Jasmi (Pak Emy), Abd Razak (Pak Ajak), Mahat Dikin (adik Mak Long Maniseh) dan Abdullah (Pak Ellah)
Tengah (duduk)(Dari kiri) : Haris (Pak Itam)(berdiri), Aminah Hamzah (Tok Chu), Hjh Ramlah (Tuk Mak/Tok Da), Mazlina (Kak Lin)(dipangku), Hafsah Mokmin (Nek)(memangku Mazlina), Hjh Zainah Ahad (Tok Mak/Tok Long), Maniseh (Mak Long) dan Aishah (Mak Andak Ecah)(berdiri).
Tengah (berdiri)(Dari kiri) : Mahzan Ujod (Pak Long), Isa Ahmad (Pak We), Fatimah (Mak We), Latifah (Mak Long Gayah), Haji Muhammad Hamzah (Mat Tuyu), Zamnah (Mak Ngah), Siti Maheran (Mak Unggal), Zulkifli Atan (Pak Unggal), dan Mohd Satar (Pak Uda)
Belakang (Berdiri)(Dari kiri) : Shaari (Pak Utih), Amir Hamzah (Pak Anjang), Ramli (Uncle), Mazlan (Ayah Long), Azhar (Pak Andak), Matar (Pak Cik) dan Abd Ghaffar (Pak Usu).
19 Jun 2009
Menziarahi Kubur Insan Yang Telah Meninggalkan Kita...Al-Fatihah - Bhg 1


Buku Salasilah
Untuk makluman, buku ini diterbitkan oleh Hj Muhammaddun Bin Hj Shafie, berasal dari Batu Pahat seorang daripada keturunan Raden Hj Ali pada tahun 1965 dalam tulisan Jawi.
Sekarang saya sedang mengusahakan untuk menulis semula salasilah ini untuk diterbitkan semula dalam tulisan rumi dan dalam bentuk yang lebih segar dan menarik agar dapat dibaca oleh semua keturunan.
Sesiapa yang ingin mendapatkan salinan buku di atas, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya untuk simpanan semua.
Sebahagian daripada buku salasilah tersebut. Kotak bertanda merah menerangkan keluarga Mat Tuyu.
17 Jun 2009
Majlis Perkahwinan Siti Melinda Haris & Shaharuddin

Gambar Mak Ngah bersama dua anak saudaranya, Sheena & Syaheera
di rumah En Amir Hamzah Mohamed @ Pak Anjang di Putra Perdana



bersama Pn Zamnah @ Mak Ngah










Kedua mempelai makan beradap
Kedua mempelai makan beradap
Cik Sheena mendukung anak En Latif Matar (lupa plak namanya)
Pasangan ideal Pak Ngah & Mak Ngah
Anak beranak, Pn Aishah @ Mak Andak Ecah & Pn Norakmal @ Kak Long
Anak beranak, Pn Aishah @ Mak Andak Ecah & Pn Norakmal @ Kak Long
Pasangan Romantik Pn Rosnita @ Ita & En Arifin @ Ipin
Video menarik untuk ditonton