10 November 2009

Menziarahi Keluarga Yang Akan Berangkat ke Mekah

Assalamualaikum & selamat bertemu kembali...

Minta maaf kepada semua sebab sudah lama tidak mengemaskini laman blog disebabkan kesibukan jadual seharian dan pelbagai hal yang diuruskan.

Entri kali ini ingin berkongsi tentang aktiviti terkini iaitu menziarahi En Matar, Puan Azizah & Puan Maheran yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada pagi 11 November 2009 jam 3.00 pagi dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor.

Kami sekeluarga termasuk keluarga Mak Long Gayah & Mak Long Maniseh, Pokde & Mokde, Pak Rashid & Mak Ton telah datang menziarahi keluarga Pak Cik Matar pada malam 9 November 2009 (Isnin). Ketika menziarahi mereka, sedikit doa selamat dan penerangan tentang ibadah haji telah dibuat oleh Pak Ngah selaku Penasihat Khas Agama Keluarga Mat Tuyu.

Selesai menziarahi Pak cik Matar & Makcik Azizah, kami beramai-ramai menziarahi pula Mak Unggal dan telah membuat doa selamat & penerangan ringkas oleh Pak Ngah kepada Mak Unggal. Selesai semua kami pulang pada jam 12.00 malam. Di rumah Mak Unggal semua ahli keluarganya ada bersama kecuali Kak Aishah yang sibuk menguruskan ibunya Mak Kiah yang juga akan bersama-sama berangkat ke Tanah Suci bersama 3 lagi ahli keluarga kita yang lain. Turut datang menziarahi Mak Unggal ialah En Hafiz Azhar sekeluarga.

Untuk pengetahuan yang lain, mereka akan berangkat pada pagi 11 Nov 2009 jam 3.00 pg menuju ke Kelana Jaya dan berlepas pada jam 5.00 pagi ke Jeddah. Mereka dijangka pulang ke tanahair pada 21 Disember 2009.

Jadi sama-samalah kita berdoa agar mereka selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair serta mendapat Haji yang Mabrur. Amin!!!



Pakcik & Pak Ngah sedang berbincang tentang ibadah haji...yang lain berborak


Makcik sedang mendapat sedikit tunjuk ajar dari Pak Ngah


Kelihatan Pokde, Ir Mazid & Ayah Sabrina


Cik Ah tengah memandang mee goreng & roti canai


Sedang menjamu selepas doa selamat


Beg jemaah haji kita


Sesi menyayat hati I


Sesi menyayat hati II


Suasana di rumah Mak Unggal


Sedang berbual-bual dengan bakal haji kita, Puan Maheran


Gambar kenangan bakal haji kita bersama keluarga sebelum berangkat

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails