13 Oktober 2009

Lelaki Vs Perempuan


Assalamualaikum & Salam 1Mat2U,

Setelah hampir 2 minggu kita disajikan dengan topik hari raya dan majlis perkahwinan, nampaknya kali ini saya ingin menutup kedua-dua topik perbincangan tersebut dan beralih kepada topik yang lain pula. Maklumlah, ramai bloggers Mat Tuyu yang terus melaporkan aktiviti yang lebih kurang sama, jadi memandangkan blogmaster sudah memulakan dahulu maka berikan peluang kepada bloggers yang lain bercerita tentang versi mereka pula.

Posting kali ini tidak ada kena mengena tentang hari raya atau majlis perkahwinan tempohari, tapi topik ini ada juga sedikit sebanyak tentang mereka yang telah berkahwin dan berkeluarga jugak la.

Kalau kita masih ingat tentang amanat Poksu 2 tahun lalu yang menyatakan Keluarga Mat Tuyu kurang zuriat lelaki berbanding perempuan, nampaknya kenyataan itu rasanya boleh dikatakan kurang tepat.

Jika kita lihat statistik dan jadual yang saya berikan di bawah, maka kita boleh simpulkan sebenarnya kaum lelaki masih mengatasi kaum wanita dalam Keluarga Mat Tuyu. Mari sama-sama kita renungkan jadual-jadual di bawah :


Kalau kita rujuk Jadual 1 di atas, setelah 3 generasi Keluarga Mat Tuyu, kaum lelaki masih lagi mendominasi dengan bilangannya seramai 46 orang berbanding hanya 38 orang perempuan.

Kemudian kalau kita rujuk Jadual 2 pula, kita lihat pada generasi ke-2, perempuan hanyalah meninggalkan lelaki dengan kelebihan 3 orang sahaja.



Tetapi pada generasi ke-3 setakat Oktober 2009, lelaki masih mengungguli carta dengan kelebihan 6 orang.

Oleh itu, maknanya kaum Adam masih lagi mendahului kaum Hawa. Jadi... kepada kaum Hawa, jangan ambil hati pulak yer...


Satu lagi yang jelas di sini bahawa pada masa akan datang Generasi ke-3 mungkin akan bertambah lebih 2 kali ganda berbanding Generasi ke-2 memandangkan ketika ini cicit Mat Tuyu setakat Oktober 2009 seramai 36 berbanding cucu Mat Tuyu sekarang hanya 37 orang (hehehe..tak tau la kalau Pak Jak ataupun Pak Sedara yang lain nak tambah kuota sorang lagi anak, tapi jangan tambah kuota sorang lagi isteri dah ler...).

Perlu dijelaskan di sini bahawa statistik di atas tidak termasuk menantu-menantu dan cucu-cucu menantu Mat Tuyu serta mereka yang telah meninggal dunia. Bukannya nak membelakangkan peranan mereka sebagai penyumbang waris Mat Tuyu tetapi sekadar nak berkongsi bahawa Keturunan Keluarga Mat Tuyu semakin berkembang dari sehari ke sehari dan tidak mustahil pada masa akan datang akan lahir dari keturunan ini yang akan mengharumkan nama Keluarga Mat Tuyu hingga semesta alam. Amin...

Ayuhai Ngencik Ayuhai Rakan
Bacalah Apa Kami Nukilkan
Salah Dan Silap Harap Maafkan
Kalau Nak Komen Dipersilakan

Ya Raab Bana...


(edited at 8.50 am, 14 October 2009...kalau ader salah maklumat sila bagitau yer...)

3 ulasan:

Muhammad berkata...

salam,
Kalau nak tambah bini pun apa salahnya...ada dalam syariat...tapi kena la ikut sunnah...satu lagi kena belajar mcmmana almarhum Mat2U bole berbini dua hidup rukun aman damai sampai ke anak cucu cicit...Inilah rahsia yg ramai lelak tak tau dan gagal bila berpoligami ....wallahua'lam

aza berkata...

hehehe...sape nak kawen dua bleh jumpa aza.....jumpa dulu baru tanya kenapa..hehehe

ajaq@mat2u berkata...

Ya ya je dak aza tu...

Related Posts with Thumbnails