24 Oktober 2009

Kenangan Mengusik Jiwa Episod 3

Bertemu kembali...

Alang-alang dok cerita pasal bas dalam entri lepas, maka blogmaster nak sambung lagi crite pasal bas nie... tengah syok-syok layan cerita kete kat blog Mak Ngah, tetiba teringat satu lagi nostalgia tentang bas, tapi kali ini bukan pengalaman saya sorang, saya rasa semua orang ader cerita tersendiri tentang pengalaman berikutnya.

Sememangnya Keluarga Mat Tuyu punya pelbagai cerita nostalgia yang banyak lagi belum diceritakan. So, bloggers semua jangan la ketandusan idea. Saya dah bagi idea baik punya...Cuba la korang cerita nostalgia versi korang pada kita semua. Mana la tau, bloggers lain ada cerita yang best untuk dikongsikan bersama.

Ceritanya tentang pengalaman hantar pengantin, tak kira la pengantin lelaki ke perempuan dalam Keluarga Mat Tuyu menggunakan bas.

Kalau tak silap blogmaster la (kalau silap tolong betulkan, maklumlah, masa tu kecik lagi, ingatan lom berapa kuat sangat), first time yang blogmaster ikut masa tu ketika majlis perkahwinan Pak Anjang. Arwah atuk Mat Tuyu sewa Muar Motor Bus pergi menghantar Pak Anjang ke Jordan....hehehe..Jorak ler tu...masa tu penuh rasanya satu bas, tapi sayangnya ingatan masa kecik tak mengizinkan nak cerita lebih, sebab ingatan tu lom lekat lagi. Tapi tu aje yang saya boleh ingat. Yang lain tu sapa yang tahu tolong la story mory la yer. Kalau nak bukti tu ader gambar kat bawah nie.


Tengah menjamu selera di Jorak (Rumah Mak Anjang). Kelihatan Mak Long Gayah, Mak We Fatim, anaknya Arwah Edman. Yang tepi sekali tu blogmaster (nampak kepala aje) bersama Mak Ngah. Kelihatan juga di belakang Mak Long Manisah & Mak Ton

Pas tu kali kedua blogmaster naik bas hantar pengantin masa kawin Pak Al, masa tu teruja atau org putih kata excited sangat sebab nak antar pengantin kali ni jauh skit, walaupun tak la jauh mana Lubuk Cina tu, tapi waktu tu kira jauh la gak kan. Tapi setakat tu aje la yang blogmaster ingat. Yang lelain tak masuk dalam kotak ingatan la. Itu aje yang mampu diingat. Yang ini takde gambo la, kalau sesapa ada gambar masa hantar pengantin Pak Al tolong la siarkan yer.

Lepas tu, seingat blogmaster lama juga Keluarga Mat Tuyu takde hantar pengantin naik bas. Sebab dah takde yang kawin orang jauh-jauh, jadi memadai guna kereta aje.

Hinggalah tahun 2002 kalau tak silap bulan Ogos 2002, En Latif Matar berkahwin dengan Puan Ina di Pulau Pinang. Maka sekali lagi Keluarga Mat Tuyu menghantar pengantin naik bas sekali lagi.

Kali ini ingatan dan baik sikit. Dah beso la katakan. Kali nie Pak Ngah chaterkan Muar Motor Bus yang ader air-cond bertolak dari Muar ke Penang pada waktu malam. Berhenti kat KL di umah Poksu ambik keluarga yang kat KL (masa tu rasanya juriblog pun pegi gak...hehehe..ampu skit juriblog). Macam-macam makanan bawak dalam bas. Mak Ngah bawak kacang rebus satu besen besar, mak cik pulak bawak nasik lemak untuk makan dalam bas.

Satu yang tak boleh dilupakan betapa 'gilanya' kepala-kepala Keluarga Mat Tuyu ialah sambutan hari jadi Ebab masa tu nyanyi dalam bas ramai-ramai macam bas tu korang yang punya. Sampai pemandu bas tu leh kata "Aku dah berpuluh tahun bawak bas, tak pernah aku jumpa keluarga yang macam nie". Mana taknya macam-macam perangai ader dalam bas tu sampai majlis hari jadi pun buat dalam bas..perghh..tak leh lupa sampai sekarang.

Sampai Penang dalam 9-10 pagi, pastu masing-masing berebut pulak cari bilik masuk chalet. Bilik yang disediakan ok la, tapi tau aje la karenah Keluarga Mat Tuyu nie, kalau tak berebut-rebut tak sah.Hehehe....kalau bebudak tu dimaafkan la gak, ini orangtua pun sama berebut gak...hehehe.

Dari chalet terus ke masjid untuk sesi akad nikah pulak. Lepas selesai akad nikah tu lepak-lepak sekejap kat masjid & pegi ke rumah pengantin untuk sesi bersanding. Lepas semua selesai, balik dari rumah pengantin singgah kat bandar Georgetown pi pusing2 Penang pastu terus balik, singgah KL turunkan penumpang KL dan pastu sampai Muar kat pukul 12 tgh mlm gak la.



Sebahagian rombongan perkahwinan En Latif Matar di Pulau Pinang pada Ogos 2002

Itulah serba sedikit nostalgia di sebalik hantar pengantin dengan bas. Kalau korang ader versi sendiri korang citer la yer kat blog korang plak. Blogmaster dah penat menaip. Nak perah otak lagi untuk entri seterusnya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails