01 Ogos 2011

Bila Bulan Ogos Datang Lagi...

Assalamualaikum...

Marhaban Ya Ramadhan dan Selamat Datang kembali Bulan Ogos...

Bila Ogos menjelma, semacam satu kemeriahan dan kenangan datang menggamit. Manakan tidak, pada tahun ini nampaknya kita menyambut kedatangan bulan Ogos dengan seribu satu rahmat dengan kehadiran berkembar Ramadhan & Syawal dan juga Hari Kebangsaan dan yang lebih penting lagi ulangtahun kelahiran Warga Mat Tuyu yang boleh dikatakan paling ramai dan terbesar antara bulan yang lain.

Kalau kita semua masih ingat, mengimbas kembali peristiwa  lepas pada hari ini 1 Ogos 2009, maka genap 2 tahun kita mengadakan sambutan hari lahir Keluarga Mat Tuyu julung-julung kali diadakan di hotel. Walaupun tanpa kelibat tetamu VIP, kita masih dapat mengadakan dengan penuh meriah dan mengikut tradisi keluarga kita yang sememangnya happening dan kecoh.


Kemudian diikuti dengan majlis rumah terbuka Aidilfitri 1430H/2009M juga diadakan di hotel dengan kehadiran khas En Nash, penyanyi kumpulan Lefthanded. Juga tetap meriah dan happening walaupun majlis dihadiri keluarga tetapi suasananya bagaikan bertaraf VIP!!!


Walaupun beberapa tahun kebelakangan ini, kita kehilangan beberapa tonggak keluarga, tetapi kemeriahan dan kemesraan sesama kita masih tetap berterusan dengan kehadiran orang baru dan cahayamata baru.

Cuma yang masih belum menjadi kenyataan ialah sebuah persatuan keluarga yang dapat ditubuhkan untuk mengumpul sedikit dana dari ahli keluarga kita yang boleh dikatakan besar supaya pada masa hadapan kita dapat menjalankan pelbagai lagi aktiviti keluarga yang lebih meriah dan dapat kita sama-sama manfaatkan demi keutuhan keluarga unik kita.

Harapan kita semua agar penubuhan persatuan keluarga akan menjadi realiti suatu hari nanti dan kita masih belum terlambat menggerakkan semula hasrat murni yang nampaknya terhenti setengah jalan dan dapat memacu keluarga kita semua ke suatu era baru yang dapat dibanggakan oleh generasi kita yang akan datang.

Wassalam...


1 ulasan:

aza berkata...

selamat hari raya...oleh kerana tak ramai yang berani komen dalam ruangan ni...maka saya pun mencemar duli la dalam ni...muahahahahaha

Related Posts with Thumbnails