12 Jun 2011

Kunjungan Mesra Ke Rumah Tuan Haji Omar Ahmad (Les Flingers)

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali...

Entri kali ini akan memaparkan kunjungan mesra blogmaster ke rumah salah seorang saudara kita iaitu Tuan Haji Omar bin Ahmad dan Puan Hajah Salehaton bin Sazally di Subang Jaya.

Blogmaster bersama isteri bergambar bersama Tuan Haji Omar & isteri

Tuan Hj Omar merupakan salah seorang saudara kita di mana datuknya iaitu Othman bin Hj Arshad merupakan sepupu kepada datuk & moyang kita Hamzah bin Haji Muhammad Yassin. Bagi yang tidak memahami salasilah keluarga kita, diterangkan sedikit bahawa Haji Muhammad Yassin & Haji Arshad merupakan adik beradik.

Tuan Haji Omar juga merupakan adik ipar kepada ibu saudara kita, Hajah Fatimah Abd Rahman @ Mak We @ Kak Fatim yang berkahwin dengan abang beliau Allahyarham Esa bin Ahmad. Jadi dengan perkahwinan itu, ikatan antara sesama keluarga semakin kukuh.

Dalam pertemuan tersebut, kami banyak bertukar-tukar cerita terutamanya tentang salasilah keluarga di samping dapat menambah maklumat dan penjelasan tentang beberapa perkara yang kurang jelas.

Bercerita dan bertukar-tukar maklumat tentang salasilah keluarga

Selain itu juga kami juga telah dihiburkan dengan beberapa buah lagu yang dimainkan sendiri oleh Uncle Omar dalam versi Unplugged..hehe...jangan marah yer...special & limited edition tu... selain dapat bergambar dengan beberapa buah gitar kesayangan Uncle Omar.

Bergambar bersama gitar kesayangan beliau

Walaupun seketika, namun kemesraan yang terjalin seperti telah lama kami saling mengenali. Untuk pengetahuan semua, Uncle Omar merupakan anggota kumpulan pop yeh-yeh 60-an iaitu Les Flingers yang ditubuhkan di Muar sekitar tahun 1965 bersama-sama beberapa ahli antaranya A.Zanee & Allahyarham S.Ali, bapa kepada sepupu dan anak saudara kita, Aishah Ali.

Kumpulan Les Flingers (Muar) tahun 1965. Dari kiri S.Ali ( drum ) , Omahara ( bass ) , A Zanee ( Penyanyi ) , Taib ( Guitar Irama ) , Yahya Hj Kosai ( Guitar Utama ).... juga A Malik ( Tambourine )

Semoga jejak & silaturrahim antara sesama ahli keluarga kita semakin erat dan ukhwah yang dijalin semakin kukuh.

Sekian dulu buat masa ini. Bertemu lagi untuk kisah dan bahan lain pula.

p/s: Marilah sama-sama kita mendoakan agar Kak Fatim @ Mak We beransur pulih dan sihat seperti sediakala...Amin....

1 ulasan:

brothermac berkata...

Dari tajuk album Les Flingers (Muar)

adakah mereka berasal dari Muar?

Related Posts with Thumbnails