22 Mei 2009

Selamat Datang...Welcome

Selamat datang kepada semua pengunjung laman blog ini terutamanya Keluarga Mat Tuyu. Saya mengambil inisiatif mewujudkan laman blog ini bertujuan bertukar tukar maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh keluarga ini yang bertambah ramai dan besar memandangkan ramai yang telah dan bakal berkahwin dan beranak pinak.

Melalui kewujudan blog seperti ini kita boleh berkongsi maklumat dan aktiviti di antara sesama keluarga. Kadangkala tidak semua aktiviti yang dibuat dapat dihadiri oleh semua orang dalam satu satu masa. Dengan ini,melalui blog ini bolehlah kita berkongsi pelbagai media seperti gambar, video, tulisan dan catatan aktiviti yang dihadiri seperti kenduri, majlis perkahwinan dan lain-lain.

Saya juga berharap laman blog ini dapat digunakan sebaik-baiknya bagi mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan menambahkan lagi ikatan silaturrahim di antara kita semua.

Sekian.

Daripada:
Hairul Arifin Hj Ahmad (Ipin)

5 ulasan:

aza berkata...

assalamualaikom

aza berkata...

saya berharap saya adalah org pertama yg melayari blog ini.....saya hj azarudin bin hj mohamed satar bin hj mohamed(mattuyu) ingin meluahkan rasa bangga sekiranya blog ini dapat disebarkan web address nye kepada saudara mara kita.......

aza berkata...

dan lagi satu....bukan ke mat tuyu itu berasal dari perkataan to you(untuk anda dalam inggeris)..sila buat rujukan ipin....

aza berkata...

assalamualaikom...knape tak reply...tak aktif ke

siber79 berkata...

Wa'alaikumussalam...

Tak sangka la pulak ada yang dah datang melawat laman blog ini.
Terima kssih kerana sudi melawat.

Saya memohon ribuan kemaafan sekiranya lambat membalas oleh kerana sibuk sedikit kebelakangan ini ditambah keadaan ayahanda tercinta yang dimasukkan ke hospital menyebabkan proses mengemaskini dan membalas komen ini.

Saya akan menjawab satu persatu pertanyaan saudara:

1. Anda memang orang pertama melawat dan memberi komen dalam laman blog ini

2. Memang laman web ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat keluarga dan disebarkan, tetapi masih lagi di peringkat permulaan. Jadinya, nak bagi bayak skit entry pastu nak sebarkanlah kepada keluarga terdekat. Jika ada sumbangan atau idea boleh dikongsi bersama bolehlah dicadangkan

3. Untuk menjawab persoalan mengapa mat2u dan bukan mattuyu adalah kerana difikirkan bagi memudahkan address blog ini diingati oleh kaum keluarga, kerana jika mattuyu digunakan mungkin akan ada masalah spelling bagi mereka sama ada matuyu atau mattuyu. Jadi penggunaan mat2u agak lebih ringkas dan mudah diingati. Begitulah adanya. Saya memang mengalu-alukan komen dan pandangan saudara semua. Oleh sebab itu laman blog ini masih peringkat permulaan agar saya dapat maklumbalas yang baik dari semua.

Sekiranya saudara rasa laman blog ini wajar disebarkan, saya amat mengalu-alukan jika ianya dapat disebarkan dan mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian adanya.

Blogmaster

Related Posts with Thumbnails