15 Mei 2011

Dua Tahun Sudah...

Assalamualaikum...

Diam tak diam, bising tak bising. memekak tak memekak, menyenyeh tak menyenyeh, bulan ini genap sudah 2 tahun laman blog Keluarga Mat Tuyu berada di persada alam maya ini. Bermula dengan misi untuk berkongsi maklumat di kalangan ahli keluarga yang jauh di mata, laman blog ini sudah menjangkau lebih jauh dari matlamat asal bukan sahaja berkongsi maklumat tetapi juga mengeratkan tali persaudaraan di antara keluarga, jiran, rakan dan juga saudara yang lama tak bersua.

Sejak bermulanya blog ini, suatu fenomena atau gelombang baru terutamanya di kalangan generasi muda Keluarga Mat Tuyu telah melanda di mana setelah kewujudan blog ini, setiap keluarga telah membuka blog keluarga masing-masing dan memeriahkan lagi perkongsian maklumat di kalangan ahli keluarga mereka. Sehingga satu tahap, mereka berlumba-lumba mengemaskini laman blog masing-masing untuk memberikan segala yang terkini dan terbaru tentang keluarga masing-masing.

Munculnya laman sosial seperti Facebook dan Twitter seakan-akan menjadi cabaran kepada semua blogmaster keluarga masing-masing kerana sejak aktif menggunakan laman sosial terbabit, nampaknya gelombang blog semakin menurun dan kita dapat lihat, kebanyakan blog "bersawang" (termasukblogmaster sendiri!!) kerana tidak lagi dikemaskini kerana laman sosial memberikan perkongsian yang cepat, mudah dan pantas berbanding blog yang agak sukar dikemaskini jika ketiadaan komputer atau laptop kerana Facebook boleh dikemaskini semudah dengan telefon bimbit sahaja.

Walau apa pun keadaannya, kewujudan blog ini bolehlah dibanggakan kerana ianya menjadi tanda aras atau milestone baru kepada Keluarga Mat Tuyu dalam menempuhi dunia maya tanpa sempadan.

Kewujudannya melakar sejarah tersendiri kerana pelbagai peristiwa dan acara yang sebelum ini tidak pernah direncanakan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Siapa menyangka kita berjaya mengadakan hari keluarga dan sambutan hari lahir besar-besaran (pada pendapat blogmaster sudah kira besar la tu) kerana diadakan di hotel yang kita tahu menelan belanja yang besar. Tetapi kerana kesepakatan dan kerjasama yang jitu di antara seluruh warga Mat Tuyu, maka majlis yang hebat dan terbaik pernah dianjurkan setakat ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Di kesempatan ini, blogmaster ingin merakamkan ucapan ribuan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Mat Tuyu yang telah memberikan kerjasama dan sokongan tidak berbelah bagi kepada blogmaster untuk menguruskan laman bog ini.

Blogmaster juga ingin meminta jutaan kemaafan sekiranya sepanjang menguruskan laman blog ini terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan dari segi fakta, maklumat atau jarang mengemaskini laman blog ini kerana kekangan waktu yang terhad. Blogmaster akan cuba memperbaiki segala kekurangan tersebut pada masa depan agar laman blog ini terus menjadi wadah dan wahana utama Keluarga Mat Tuyu.


03 April 2011

Macam Macam Ada...

Salam...


Blog master agak sibuk sedikit kebelakangan ini, banyak cerita yang telah dikumpul cuma masa tak mengizinkan...jadi jangan buang masa...moh teruskan cerita....

Fenomena Supermoon aritu...tapi sebenarnya takde kena mengena ngan cerita kat bawah nie pon..haha..gambar hiasan semata-mata

Kreatif sungguh orang ini...kaki pasu bunga dijadikan hailer...Ini betul2...bukan cobaan yea....inilah yang terjadi pada majlis hari jadi Nurfatiha pada 12 Mac lepas

Birthday girl dikerumuni oleh makanan dan sedara mara

Muka pengiring birtday girl yang nampak lebih teruja di belakang...hehe

Birthday girl sedang diraikan dengan lagu Happy Birthday versi Melayu. Inggeris, Mandrin (tamil pun ada gak selit) dan lagu tema Allah Selamatkan Kamu

Masa nie lagu over run..sampai lilin pun dah abis....

Terpaksa diganti dengan lilin biasa daa... Sungguh tragis situasi ini.....

Potong memotong kek pula mengambil tempat


Macam macam Ada.....

Related Posts with Thumbnails