Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan

11 Julai 2010

Sedikit Gambaran Perkahwinan Faizal-Maslinda (Anak Pak Itam Haris)

Salam...

Tempohari, 3 Julai 2010 (Sabtu), saya dan isteri berkesempatan menghadiri kenduri perkahwinan di rumah Pak Itam Haris Abd Rahman di Kuarters KLIA, Nilai dari Muar dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya.

Ketika kami sampai keluarga Pak Anjang baru keluar dari rumah pengantin untuk pulang ke Muar dan ketika kami pulang, keluarga Mak Long Manisah pula sampai.

Ketika kami sampai, masih belum ramai saudara terutama keluarga Mat Tuyu yang datang, hanya keluarga sebelah Tok Chu saja yang ada. Dan saya juga difahamkan ada di antara keluarga Mat Tuyu yang tidak dapat hadir atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami juga tidak dapat berada lama di sana kerana perlu menyambung perjalanan balik ke Petaling Jaya. Jadi di bawah ini beberapa gambar dititipkan buat tatapan semua.


Apa yang dimenungkan Puan Yatie Pian tu...mungkin tak sabar nak balik PJ tu agaknya..depan tu 2 beg bontrot..ada buah epal & jajan...


Sempat jugak snap gambar Pak Ellah tengah menjamu selera


Khemah makan beradap & pelamin dari kejauhan


Tak sempat nak ambik gambar pengantin, dapat tangkap gambar pelamin pun jadi la

Nampaknya sampai di sini saja yang dapat dikongsi bersama. Yang selebihnya leh tengok kat Facebook pengantin kita nie atau family lain yang datang.

Okey..chow dulu...

24 Oktober 2009

Kenangan Mengusik Jiwa Episod 3

Bertemu kembali...

Alang-alang dok cerita pasal bas dalam entri lepas, maka blogmaster nak sambung lagi crite pasal bas nie... tengah syok-syok layan cerita kete kat blog Mak Ngah, tetiba teringat satu lagi nostalgia tentang bas, tapi kali ini bukan pengalaman saya sorang, saya rasa semua orang ader cerita tersendiri tentang pengalaman berikutnya.

Sememangnya Keluarga Mat Tuyu punya pelbagai cerita nostalgia yang banyak lagi belum diceritakan. So, bloggers semua jangan la ketandusan idea. Saya dah bagi idea baik punya...Cuba la korang cerita nostalgia versi korang pada kita semua. Mana la tau, bloggers lain ada cerita yang best untuk dikongsikan bersama.

Ceritanya tentang pengalaman hantar pengantin, tak kira la pengantin lelaki ke perempuan dalam Keluarga Mat Tuyu menggunakan bas.

Kalau tak silap blogmaster la (kalau silap tolong betulkan, maklumlah, masa tu kecik lagi, ingatan lom berapa kuat sangat), first time yang blogmaster ikut masa tu ketika majlis perkahwinan Pak Anjang. Arwah atuk Mat Tuyu sewa Muar Motor Bus pergi menghantar Pak Anjang ke Jordan....hehehe..Jorak ler tu...masa tu penuh rasanya satu bas, tapi sayangnya ingatan masa kecik tak mengizinkan nak cerita lebih, sebab ingatan tu lom lekat lagi. Tapi tu aje yang saya boleh ingat. Yang lain tu sapa yang tahu tolong la story mory la yer. Kalau nak bukti tu ader gambar kat bawah nie.


Tengah menjamu selera di Jorak (Rumah Mak Anjang). Kelihatan Mak Long Gayah, Mak We Fatim, anaknya Arwah Edman. Yang tepi sekali tu blogmaster (nampak kepala aje) bersama Mak Ngah. Kelihatan juga di belakang Mak Long Manisah & Mak Ton

Pas tu kali kedua blogmaster naik bas hantar pengantin masa kawin Pak Al, masa tu teruja atau org putih kata excited sangat sebab nak antar pengantin kali ni jauh skit, walaupun tak la jauh mana Lubuk Cina tu, tapi waktu tu kira jauh la gak kan. Tapi setakat tu aje la yang blogmaster ingat. Yang lelain tak masuk dalam kotak ingatan la. Itu aje yang mampu diingat. Yang ini takde gambo la, kalau sesapa ada gambar masa hantar pengantin Pak Al tolong la siarkan yer.

Lepas tu, seingat blogmaster lama juga Keluarga Mat Tuyu takde hantar pengantin naik bas. Sebab dah takde yang kawin orang jauh-jauh, jadi memadai guna kereta aje.

Hinggalah tahun 2002 kalau tak silap bulan Ogos 2002, En Latif Matar berkahwin dengan Puan Ina di Pulau Pinang. Maka sekali lagi Keluarga Mat Tuyu menghantar pengantin naik bas sekali lagi.

Kali ini ingatan dan baik sikit. Dah beso la katakan. Kali nie Pak Ngah chaterkan Muar Motor Bus yang ader air-cond bertolak dari Muar ke Penang pada waktu malam. Berhenti kat KL di umah Poksu ambik keluarga yang kat KL (masa tu rasanya juriblog pun pegi gak...hehehe..ampu skit juriblog). Macam-macam makanan bawak dalam bas. Mak Ngah bawak kacang rebus satu besen besar, mak cik pulak bawak nasik lemak untuk makan dalam bas.

Satu yang tak boleh dilupakan betapa 'gilanya' kepala-kepala Keluarga Mat Tuyu ialah sambutan hari jadi Ebab masa tu nyanyi dalam bas ramai-ramai macam bas tu korang yang punya. Sampai pemandu bas tu leh kata "Aku dah berpuluh tahun bawak bas, tak pernah aku jumpa keluarga yang macam nie". Mana taknya macam-macam perangai ader dalam bas tu sampai majlis hari jadi pun buat dalam bas..perghh..tak leh lupa sampai sekarang.

Sampai Penang dalam 9-10 pagi, pastu masing-masing berebut pulak cari bilik masuk chalet. Bilik yang disediakan ok la, tapi tau aje la karenah Keluarga Mat Tuyu nie, kalau tak berebut-rebut tak sah.Hehehe....kalau bebudak tu dimaafkan la gak, ini orangtua pun sama berebut gak...hehehe.

Dari chalet terus ke masjid untuk sesi akad nikah pulak. Lepas selesai akad nikah tu lepak-lepak sekejap kat masjid & pegi ke rumah pengantin untuk sesi bersanding. Lepas semua selesai, balik dari rumah pengantin singgah kat bandar Georgetown pi pusing2 Penang pastu terus balik, singgah KL turunkan penumpang KL dan pastu sampai Muar kat pukul 12 tgh mlm gak la.



Sebahagian rombongan perkahwinan En Latif Matar di Pulau Pinang pada Ogos 2002

Itulah serba sedikit nostalgia di sebalik hantar pengantin dengan bas. Kalau korang ader versi sendiri korang citer la yer kat blog korang plak. Blogmaster dah penat menaip. Nak perah otak lagi untuk entri seterusnya.

05 Oktober 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Mashitah-Syed Episod 2

Pengantin perempuan sedang berdoa selepas selamat diijabkabulkan

Pengantin lelaki menyerahkan maskahwin

Pengantin lelaki menyerahkan hadiah perkahwinan (gelang tangan tak silap kot!..lupa lah)

Ha...nie dia gerai yang paling laku..gerai bubur pulut hitam...habis licin tau!!!

Nie pulak bubur cha-cha, pun abis licin semua..mendapat sambutan hangat

Nie dia ketua chef..Pak Andak...dok relax jer...sbb tugas dah selesai

BB Five sedang menghiburkan hadirin..kelihatan Anis S sedang mendendangkan lagu

Haa...betul ke nie??? Apa yang anda lihat bukannnya super imposed tapi memang betul Pak Al,cayalah ... tak lama lagi giliran Pak Al plak dapat menantu kan...

Nie meja makan rombongan pengantin lelaki

Balai rewang masak di belakang...semua tengah relax jer...

Poksu sedang bersiap sedia melepaskan beberapa das tembakan sempena kedatangan pengantin lelaki

Pengantin lelaki sedang diarak

Pengantin lelaki sedang disatukan dengan pengantin perempuan

Kedua mempelai di pintu gerbang

Kedua mempelai duduk sebentar menyaksikan silat pengantin

Banyak lagi gambar nie sebenarnya, tapi letih la nak letak semua. Step by step la yer. Nanti esok tambah lagi. Kepada bloggers yang lain tu masukkan la gambar versi korang plak. Blogmaster jer yang beria-ria. Kesian Pak Ajak tau...Ok la,blogmaster nak tidur dulu..esok nanti masukkan episod 3 plak. Dan tunggu kemunculan video-video yang menggemparkan untuk episod yang akan datang pulak. Chow dulu.

04 Oktober 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Mashitah-Syed Episod 1

Pintu gerbang dan banner

Satu lagi banner digantung di tepi jalan

Jurunikah yang akan menikahkan bakal pengantin

Hantaran pihak perempuan

Meja Makan Beradap (siap ada fountain lagi...)


Ha...!! Kali peraduan teka berapa berat ubi kayu nie...rasa-rasanya berapa ye beratnya

Tak ketinggalan BB Five membuat persembahan

Susunatur meja majlis

Rombongan pengantin lelaki sedang berjalan menuju ke rumah pengantin perempuan

Penyatuan antara hantaran lelaki & perempuan

Bakal pengantin lelaki, Mr. Syed Hairolnezam sedang nervous tu...hehehhe

Jurunikah minta izin wali untuk menikahkan pengantin perempuan

Saksi perempuan, wali dan pengantin perempuan sedang mendengar penerangan dari jurunikah

Ada banyak lagi gambar yang ingin dipostingkan, tapi ikut turn la yer...tak pun tunggu sumbangan dari bloggers lain plak...Blogmaster dah ngantuk nak masuk tido...nanti esok update episod 2 pulak yer...Tunggulah kemunculan video-video yang menggemparkan sepanjang majlis berlangsung.

03 Oktober 2009

Persiapan Perkahwinan Mashitah-Syed Episod 2

Nak tengok lebih banyak video, layari lah http://www.youtube.com/user/siber1979

Yang Expert melapah daging, Mr Mazid

Mr Mazid dibantu Mr Nizam

Pak Andak & Mr Latip diinterframe oleh Pak Anjang

Pak Anjang pun tumpang sekaki

Persatuan Mak-mak sedang potong wajik

Persatuan Anak Sedara Pompuan sedang memasak

Tekunnya En Latip kita nie mengapak daging

Tekun & sabar yea...jangan malas-malas

Pak Andak pun menunjukkan aksi melapah yang tersendiri

Dua sepupu sedang memasang tempat bunga pahar...yang sorang tu macam hulubalang sedang pegang tombak jer...jgn mare...

Mr Muhid jadi mandor ke tengok orang pasang khemah

Tak siap-siap lagi ke pasang batang pisang tu...

Mr Nyai & Mr Yus sedang membasuh daging..hujan renyai-renyai tau kat sini...

Persiapan Perkahwinan Mashitah-Syed Episod 1

Pak Ngah, Mak Ngah, Pakcik, Makcik, Pak Andak serta En. Latif

Mak Ngah tengah berbual sambil Mak Andak, Tok Minah & Ita bersihkan telur masin



Pelamin pengantin


Barangan hantaran



Barangan hantaran di atas katil

Pengantin dah berposing atas pelamin dengan Ita

Bergambar beramai-ramai di atas pelamin

Mak Andak sedang menelek bunga telur

Pelamin bersama bunga telur

Sedang menjahit bunga telur

Berborak sambil tangan bekerja

Nie hiasan Poksu...siap ade lampu lip-lap lagi

Berborak sambil menghias....

Related Posts with Thumbnails