Selamat Datang Ke Laman Blog Keluarga Mat Tuyu. Memuatkan Pelbagai Informasi & Aktiviti Keluarga
01 Ogos 2011
Bila Bulan Ogos Datang Lagi...
15 Mei 2011
Dua Tahun Sudah...
31 Disember 2010
Suka Duka Sepanjang 2010
01 Ogos 2010
Oh Dunia Ibaratnya Roda....
14 Mac 2010
Menggamit Memori
10 Februari 2010
Saja Nak Kongsikan...Dah Dapat Jawapannya
Kalau sesiapa yang tak kenal atau tak pasti siapa Kak Besah & Kak Ani (kalau kami yang bawah nie pangkat Mak Sedara la kiranya) mereka merupakan anak-anak kepada Puan Maimon, iaitu adik kepada Puan Hjh Ramlah (Tok De).
Kalau saya tak silap, Makcik Besah nie kahwin pengantin empat dengan Pak Anjang & Mak Anjang. Kalau saya silap tolong betulkan. Rasanya lama dah tak jumpa mereka berdua beradik nie. Makcik Ani nie pulak dah tak tau apa cerita sekarang. Ada sesapa tau cerita tentang mereka? Mungkin Ajaqmat2u ada cerita pasal mereka.
Apa pun..chow dulu....
30 Januari 2010
Saja Nak Kongsikan...
24 Oktober 2009
Kenangan Mengusik Jiwa Episod 3
Bertemu kembali...
Alang-alang dok cerita pasal bas dalam entri lepas, maka blogmaster nak sambung lagi crite pasal bas nie... tengah syok-syok layan cerita kete kat blog Mak Ngah, tetiba teringat satu lagi nostalgia tentang bas, tapi kali ini bukan pengalaman saya sorang, saya rasa semua orang ader cerita tersendiri tentang pengalaman berikutnya.
Sememangnya Keluarga Mat Tuyu punya pelbagai cerita nostalgia yang banyak lagi belum diceritakan. So, bloggers semua jangan la ketandusan idea. Saya dah bagi idea baik punya...Cuba la korang cerita nostalgia versi korang pada kita semua. Mana la tau, bloggers lain ada cerita yang best untuk dikongsikan bersama.
Ceritanya tentang pengalaman hantar pengantin, tak kira la pengantin lelaki ke perempuan dalam Keluarga Mat Tuyu menggunakan bas.
Kalau tak silap blogmaster la (kalau silap tolong betulkan, maklumlah, masa tu kecik lagi, ingatan lom berapa kuat sangat), first time yang blogmaster ikut masa tu ketika majlis perkahwinan Pak Anjang. Arwah atuk Mat Tuyu sewa Muar Motor Bus pergi menghantar Pak Anjang ke Jordan....hehehe..Jorak ler tu...masa tu penuh rasanya satu bas, tapi sayangnya ingatan masa kecik tak mengizinkan nak cerita lebih, sebab ingatan tu lom lekat lagi. Tapi tu aje yang saya boleh ingat. Yang lain tu sapa yang tahu tolong la story mory la yer. Kalau nak bukti tu ader gambar kat bawah nie.
Tengah menjamu selera di Jorak (Rumah Mak Anjang). Kelihatan Mak Long Gayah, Mak We Fatim, anaknya Arwah Edman. Yang tepi sekali tu blogmaster (nampak kepala aje) bersama Mak Ngah. Kelihatan juga di belakang Mak Long Manisah & Mak TonPas tu kali kedua blogmaster naik bas hantar pengantin masa kawin Pak Al, masa tu teruja atau org putih kata excited sangat sebab nak antar pengantin kali ni jauh skit, walaupun tak la jauh mana Lubuk Cina tu, tapi waktu tu kira jauh la gak kan. Tapi setakat tu aje la yang blogmaster ingat. Yang lelain tak masuk dalam kotak ingatan la. Itu aje yang mampu diingat. Yang ini takde gambo la, kalau sesapa ada gambar masa hantar pengantin Pak Al tolong la siarkan yer.
Lepas tu, seingat blogmaster lama juga Keluarga Mat Tuyu takde hantar pengantin naik bas. Sebab dah takde yang kawin orang jauh-jauh, jadi memadai guna kereta aje.
Hinggalah tahun 2002 kalau tak silap bulan Ogos 2002, En Latif Matar berkahwin dengan Puan Ina di Pulau Pinang. Maka sekali lagi Keluarga Mat Tuyu menghantar pengantin naik bas sekali lagi.
Kali ini ingatan dan baik sikit. Dah beso la katakan. Kali nie Pak Ngah chaterkan Muar Motor Bus yang ader air-cond bertolak dari Muar ke Penang pada waktu malam. Berhenti kat KL di umah Poksu ambik keluarga yang kat KL (masa tu rasanya juriblog pun pegi gak...hehehe..ampu skit juriblog). Macam-macam makanan bawak dalam bas. Mak Ngah bawak kacang rebus satu besen besar, mak cik pulak bawak nasik lemak untuk makan dalam bas.
Satu yang tak boleh dilupakan betapa 'gilanya' kepala-kepala Keluarga Mat Tuyu ialah sambutan hari jadi Ebab masa tu nyanyi dalam bas ramai-ramai macam bas tu korang yang punya. Sampai pemandu bas tu leh kata "Aku dah berpuluh tahun bawak bas, tak pernah aku jumpa keluarga yang macam nie". Mana taknya macam-macam perangai ader dalam bas tu sampai majlis hari jadi pun buat dalam bas..perghh..tak leh lupa sampai sekarang.
Sampai Penang dalam 9-10 pagi, pastu masing-masing berebut pulak cari bilik masuk chalet. Bilik yang disediakan ok la, tapi tau aje la karenah Keluarga Mat Tuyu nie, kalau tak berebut-rebut tak sah.Hehehe....kalau bebudak tu dimaafkan la gak, ini orangtua pun sama berebut gak...hehehe.
Dari chalet terus ke masjid untuk sesi akad nikah pulak. Lepas selesai akad nikah tu lepak-lepak sekejap kat masjid & pegi ke rumah pengantin untuk sesi bersanding. Lepas semua selesai, balik dari rumah pengantin singgah kat bandar Georgetown pi pusing2 Penang pastu terus balik, singgah KL turunkan penumpang KL dan pastu sampai Muar kat pukul 12 tgh mlm gak la.
Sebahagian rombongan perkahwinan En Latif Matar di Pulau Pinang pada Ogos 2002Itulah serba sedikit nostalgia di sebalik hantar pengantin dengan bas. Kalau korang ader versi sendiri korang citer la yer kat blog korang plak. Blogmaster dah penat menaip. Nak perah otak lagi untuk entri seterusnya.
21 Oktober 2009
Kenangan Mengusik Jiwa Episod 2
Inilah dia bas no 24 Bakri Camp ke umah Atuk, tapi sekarang semua tinggal kenangan, basnyer pun dah takde operasinya...sebab tu tajuknya kenangan mengusik jiwa...Sapa yang tak pernah tengok bas Lian Hoe kat bawah nie ade la sekeping gambar yang dicuri dari internet. Basnya yang warna kuning tu, sebelahnya Muar Motor Bus, bas untuk pergi ke Pagoh dan kawasan sekitarnya termasuklah ke Jordan...hehehe...warga Mat Tuyu tau la Jordan tu kat mana yer... Kepada yang tau.........takpe........Tak tau...........tanya...
18 Oktober 2009
Kenangan Mengusik Jiwa
Sempena menutup Aidilfitri tahun ini, saya kongsikan sekeping gambar nostalgia Aidilfitri. Tahunnya tak pasti tapi sekitar tahun 1980-an la rasanya. Masa nie masih ada lagi anak-anak Mat Tuyu yang belum berkahwin dan cucu-cucu pun masih kecik-kecik lagi. Kalau ade sesapa yang ingat bila tarikh atau tahun sebenar gambar nie, silalah beritahu blogmaster yer.
Gambar nie pun diambil di rumah atuk lama di Batu 1, Bakri (dekat dengan garaj bas Lian Hoe, bas nie pun dah takde operasi pun).
p/s: blogmaster tengah kering idea nie...sebab tu posting gambar nostalgia. Kalau ada idea bernas nanti saya akan kongsikan bersama...
19 September 2009
Masihkah Anda Semua Ingat...???
Beliau telah meninggal dunia pada hari ini 19 September 1989 bersamaan 19 Safar 1410H pada hari Selasa kira-kira jam 7.30 mlm selepas maghrib di Hospital Muar. Beliau telah meninggalkan kita ketika kita semua masih lagi memerlukan beliau. Masih terngiang-ngiang suara beliau ketika saya melawat beliau sakit di hospital..."Pin...picit kaki atuk nie,Pin...atuk nie sakit...". Inilah satu-satu ayat yang tak boleh saya lupakan sampai bila-bila.
03 Julai 2009
Lagi-Lagi Nostalgia
Manakala gambar kedua tu pula merupakan gambar yang diambil sekitar tahun 1980-an di lokasi yang sama tetapi zaman yang berbeza. Terima kasih kepada Keluarga Pak Anjang Mat2u kerana memaparkan gambar berkenaan supaya kita dapat membandingkan apa yang ada kini dengan yang ada dahulu.
Jadi jawapannya ialah kawasan Rumah Keluarga Mat Tuyu dan persekitarannya pada tahun 1970-an hingga pertengahan 1980-an yang terletak di Batu 1, Bakri Muar.
Gambar sekitar tahun 1980-an (dari laman Blog Keluarga Pak Anjang Mat2U)
29 Jun 2009
Nostalgia Lagi...
21 Jun 2009
Menziarahi Kubur Insan Yang Telah Meninggalkan Kita...Al-Fatihah - Bhg 2
Kubur Allahyarham Hafsah binti Mokmin (Nek), ibu kepada Allahyarham Hj Mohamed Hamzah di Tanah Perkuburan Islam, Batu 6, Bakri, Muar
Nisan kubur Nek yang mencatatkan nama dan tarikh meninggal pada tahun 1979 bersamaan Syaaban 1399 (tarikhnya dah kelam,so sesiapa yang tahu atau ingat tarikhnya sila maklumkan kepada saya)
Kubur Arwah Nek bernombor 4272 di bahagian depan selepas pintu masuk tanah perkuburan
Inilah dia gambar Arwah Nek pada sekitar tahun 1970-an. Nama beliau ialah Hafsah binti Mokmin atau lebih dikenali dari cerita-cerita mak bapak kitasebagai Nek. Nek berasal dari Tedung, Melaka (saudara kepada Mak Minah, ibu Makcik kita, Puan Azizah).
Beliau diceritakan suka membuat pelbagai jenis kuih seperti kuih koci, lepat pisang, onde-onde, epok-epok, nasi lemak, kuih lopez dan yang akan menjualnya pula ialah cucu-cucunya seperti Mak Ngah, Pak Andak, Pakcik dan Pak Uda. Beliau ini juga diceritakan kuat berleterkan cucu-cucunya hinggakan arwah Atuk abah (Mat Tuyu) terpaksa beralah dan kadangkala ada jugak anak-anaknya yang menjadi mangsa panas barannya kerana melayankan karenah Nek.
Satu lagi yang diceritakan ialah beliau juga suka menggelarkan anak cucunya dengan pelbagai gelaran. Antara yang masih diingati ialah contoh kepada cicitnya seperti Haslina (Kak In) digelar Lili, Rashidah (Kak Idah) digelar Lela, Maizurah (Kak Ula) digelar Noi, Latif Matar digelarnya Mail dan Azamudin (Yus) digelarnya Baba. Tak terlepas dari gelarannya ialah Mazlin (Kak Lin) digelar anak dara kampung, Hjh Ramlah (Atuk Da/Atuk Mak) digelar Lonjong. Hjh Zainah (Tuk Long/Tok Mak) digelar Sengau.
Banyak lagi yang ingin dikongsikan di sini , tetapi terbatas oleh kerana kekurangan masa dan maklumat. Oleh itu sesiapa tak kira bapa atau ibu sedara atau cucu cicitnya yang ada cerita yang lebih menarik tentang arwah Nek bolehlah berkongsi cerita di bahagian ulasan di bawah untuk ditambah lagi cerita-cerita menarik.
Gambar antara cicit-cicit Nek iaitu dari kiri Lili (mak kepada Fara), Awang (bapa kepada Zairul), Lela (mak sedara kepada Dayana) dan juga Noi (mak kepada Madihah). Gambar diambil pada tahun 1975 berlatar belakang di atas tangga rumah di Batu 1(Lian Hoe). (Gambar duduk macam pengantin ye!!)p/s: Kepada sesiapa yang berkesempatan, harap dapat menziarahi kubur arwah Nek, dan disedekahkan Al-Fatihah dan kuburnya dapat dibersihkan.
20 Jun 2009
Nostalgia
Gambar di bawah merupakan sebuah gambar nostalgia yang diambil selepas majlis perkahwinan Puan Maheran@Yan binti Hashim (Mak Unggal) dan Allahyarham En Zulkifli bin Atan (Pak Unggal) sekitar tahun 1968. Latar belakang gambar di belakang menunjukkan rumah mereka di Lorong Serkam 2 (sekarang Jalan Datuk Haji Hassan, sempena nama Menteri Besar Johor, Datuk Hj Hassan Yunus).
Dari bawah (bercangkung)(Dari kiri) : Jaafar (Pak Apau), Rahimi Nong, Zainorin (Pak Wen), Abd Kahar (Pak Al), Jasmi (Pak Emy), Abd Razak (Pak Ajak), Mahat Dikin (adik Mak Long Maniseh) dan Abdullah (Pak Ellah)
Tengah (duduk)(Dari kiri) : Haris (Pak Itam)(berdiri), Aminah Hamzah (Tok Chu), Hjh Ramlah (Tuk Mak/Tok Da), Mazlina (Kak Lin)(dipangku), Hafsah Mokmin (Nek)(memangku Mazlina), Hjh Zainah Ahad (Tok Mak/Tok Long), Maniseh (Mak Long) dan Aishah (Mak Andak Ecah)(berdiri).
Tengah (berdiri)(Dari kiri) : Mahzan Ujod (Pak Long), Isa Ahmad (Pak We), Fatimah (Mak We), Latifah (Mak Long Gayah), Haji Muhammad Hamzah (Mat Tuyu), Zamnah (Mak Ngah), Siti Maheran (Mak Unggal), Zulkifli Atan (Pak Unggal), dan Mohd Satar (Pak Uda)
Belakang (Berdiri)(Dari kiri) : Shaari (Pak Utih), Amir Hamzah (Pak Anjang), Ramli (Uncle), Mazlan (Ayah Long), Azhar (Pak Andak), Matar (Pak Cik) dan Abd Ghaffar (Pak Usu).















