09 November 2011

Mesyuarat Membincangkan Hala Tuju & Aktiviti Keluarga 2012


Sebagaimana yang semua telah sedia maklum, pada 6 November 2011 (Hari Raya Korban) bertempat di Parit Muhammad Batu 5 Bakri Muar telah diadakan mesyuarat bagi membincangkan hala tuju & aktiviti Keluarga Mat Tuyu 2012.

Walaupun kehadiran ahli kurang memberangsangkan, tetapi atas persetujuan ramai yang hadir, mesyuarat tetap diteruskan dan mencapai objektif seperti yang telah digariskan sebelum ini.

 Antara yang hadir, termasuk Mak Unggal, Mak Cik, Mak Ngah dan lain-lain

 Pengerusi majlis bersungguh-sungguh sedang menerangkan agenda mesyuarat

 Saudara Anuar sedang mengutarakan cadangan sambil didengar oleh Atuk & Pak Al

Setelah bermesyuarat lebih kurang 1 1/2 jam, makanya semua yang hadir telah mencapai satu persetujuan seperti berikut:

1) Penubuhan Kelab Keluarga Mat Tuyu :

Sebagai langkah permulaan, semua yang hadir telah bersetuju untuk menubuhkan apa yang dipanggil sebagai Kelab Keluarga Mat Tuyu. Ini merupakan langkah awal sebelum ditubuhkan sebuah persatuan secara rasmi dan berdaftar.

Tujuan awal penubuhan kelab ini adalah bagi mengumpul dana bagi membuat pelbagai aktiviti berkaitan keluarga sebelum diluaskan kepada perkara lain.

Sekiranya aktiviti kelab dan dana yang dicadangkan mencukupi dan mencapai matlamat, penubuhan persatuan yang sah dan berdaftar akan dipertimbangkan pada masa hadapan.

2) Keahlian

Keahlian buat masa ini adalah terbuka kepada semua ahli Keluarga Mat Tuyu dan kerabat yang terdekat. Yang bukan dari ahli Keluarga Mat Tuyu juga dialu-alukan tetapi tiada apa-apa paksaan dikenakan.

3) Yuran keahlian

Yuran keahlian terbahagi kepada 3 kategori :

a) Yuran pendaftaran - Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah RM1.00 bagi setiap ahli keluarga tidak kira tua atau muda. Yuran pendaftaran ini hanya perlu dibayar SEKALI SAHAJA bagi setiap kepala semasa mengemukakan borang pendaftaran.
Contohnya, dalam Keluarga Pak Ajak ada 4 orang ahli. Jadi, jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar ialah RM4.00 beserta dengan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.

b) Yuran tahunan - Yuran tahunan pula dikenakan sebanyak RM50.00 setahun bagi setiap keluarga induk. 
Contohnya, bagi Keluarga Pakcik Hj Matar perlu membayar sebanyak RM50.00 setahun. Bayaran ini merangkumi semua ahli dalam keluarga Pakcik Hj Matar dari yg tua hingga yang paling kecil. Begitu juga dengan keluarga yang lain.

c) Yuran bulanan - Yuran bulanan pula dikenakan sebanyak RM 20.00 sebulan dan tertakluk kepada syarat seperti berikut:

i) Yuran bulanan perlu dibayar hanya untuk generasi ke-2 dan ke bawah (maksudnya cucu, cicit Mat Tuyu).

ii) Ahli perlu berumur 18 tahun ke atas :

a) Sekiranya telah berkahwin, yuran dipungut mengikut pasangan masing-masing. 
Contohnya pasangan En Aspar & Puan Mazlina hanya perlu membayar RM20.00 sebulan.

b) Sekiranya belum berkahwin, yurun perlu dibayar sebagai individu. 
Contohnya Cik Siti Sarah juga perlu membayar RM20.00 sebulan.

c) Sekiranya belum berkerja, belajar dsb tetapi berkemampuan, yuran perlu dibayar sebagai individu. Sekiranya anda membayar menggunakan duit keluarga, pastikan anda telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga. 
Contohnya Adik Nurr Syaheera yang masih belajar boleh membayar RM20.00 sebulan sekiranya beliau merasakan tidak membebankan atau boleh juga dibayar oleh En Amir Hamzah bagi pihak beliau jika mendapat kebenaran.

Yuran pendaftaran telah mula dikutip sekarang bersama-sama borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.

Yuran tahunan pula akan dikutip pada awal Januari 2012 dan yuran bulanan akan mula dikutip bermula Februari 2012 bagi yuran bulan Januari 2012 dan seterusnya. 

Yuran bulanan hendaklah diterima sebelum atau pada 7hb setiap bulan berikutnya. Diharap tiada sebarang kelewatan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.45 petang.

Itu sahaja untuk makluman terkini. Sekiranya terdapat sebarang penambahan akan diberitahu kelak.

Sekian.

Wassalam.
Related Posts with Thumbnails