31 Disember 2010

Suka Duka Sepanjang 2010

Assalamualaikum....

Rasanya dah terlalu lama blog ini dibiar dan terbiar. Bukan disengajakan atau diabaikan, cuma kesibukan tugas seharian serta perhubungan lebih pantas dengan Facebook & Twitter mengakibatkan blog dikesampingkan seketika.

Apa pun, mari kita imbas kembali sedikit kisah suka duka Keluarga Mat Tuyu sepanjang tahun 2010.(Kalau ada kisah yang terlupa nak diceritakan anggap aje blogmaster dah terlupa...!!!)

Tahun ini menyaksikan beberapa orang lagi warga Mat Tuyu yang melangsungkan perkahwinan. Tahniah diucapkan kepada Sheena-Udin & Izyan-Faidz, semoga kekal hingga akhir hayat. Tahniah juga diucapkan kepada Mariana @ Ebab kerana telahpun bertunang, Insya Allah 2011 dapat makan nasi minyak lagi la kita....


Selain dari majlis perkahwinan & pertunangan, tahun ini juga menyaksikan bertambah lagi warga Mat Tuyu dengan kehadiran beberapa orang cahayamata antaranya Sharifah Suri Sofia, Muhammad dan anak En Mohd Lazim (lupa plak namanya..hehe)


Tahun ini juga menyaksikan berita sedih dengan kembali ke Rahmatullah ayahanda saudara kita, Allahyarham Hj Mohamed Satar Mohamed pada 10 November 2010. Juga tahun ini adalah tahun kedua Tuan Haji Ahmad dimasukkan ke hospital akibat kurang garam serta Sulung Bahari Abdul Ghaffar yang terlibat dalam kemalangan. Juga pada 10/10/10, Nizam suami kepada Riha telah mengalami kemalangan apabila telah terjatuh dari bumbung rumahnya. Tidak ketinggalan juga menjadi topik hangat di Facebook ialah rumah dimasuki ular!!!


2010 juga menyaksikan tiada majlis besar-besaran seperti tahun lepas, tetapi walaupun begitu beberapa majlis yang diadakan tetap mengeratkan lagi silaturrahim kita semua. Misalnya Majlis BBQ & Kesyukuran AjaqMat2U yang diadakan pada bulan Jun 2010 serta majlis marhaban Aidilfitri 1431H serta beberapa rumah terbuka yang diadakan oleh warga Mat Tuyu sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan untuk bertemu dan berkumpul seperti biasa. Selain itu juga beberapa majlis hari jadi juga turut menjadi acara tetap dalam kalender Warga Mat Tuyu. Tahun ini juga menyaksikan donation diadakan bagi membakar mercun & bunga api pada Aidilfitri!!!


Walau apa pun yang terjadi pada tahun 2010 diharapkan ianya akan terus menjadi kenangan & tahun 2011 yang bakal menjelma ini menjanjikan pelbagai lagi cabaran dan dugaan untuk kita semua agar terus menghadapi dengan penuh keimanan & kesabaran.

Selamat Tinggal 2010 & Selamat Datang 2011.

Wassalam.
Related Posts with Thumbnails