27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha & Selamat Hari Lahir Buat En Abd Razak Hj Mohamed


Selamat Hari Lahir ke-46 Buat En Abd Razak Hj Mohamed & Selamat Hari Raya Aidil Adha buat beliau sekeluarga di Bintulu


Selamat Hari Raya Aidil Adha & Selamat Menjalani Ibadah Haji & Korban

22 November 2009

Kemaskini Blog Melalui SMS

Assalamualaikum dan salam semua...


Nampaknya sekarang semuanya dah eksyen...dah ader Facebook la yer..jadi semua pakat-pakat sawangkan blog memasing. Tapi blogmaster tetap tak lupa untuk update blog walaupun sekarang layan la skit Facebook, sebab blog nie kira cam tapak permulaan bagi Keluarga Mat Tuyu yang jauh dan dekat untuk bersosial di internet.


Jangan tak tau, bukan Facebook aje boleh update dari hand phone, tetapi juga blog pun boleh update melalui SMS, cuma ramai yang tak tahu bagaimana cara nak update melalui hendpon.


Jadi lepas nie takde alasan takleh update blog anda semua. Sama ada anda di hutan jauh mengembara, atau anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya mahu pun anda berada di kaki lima sedang minum di Starbucks ataupun sedang bersendirian tanpa teman ataupun sedang asyik menanam di Farmville dekat Facebook sana, takde alasan tak bleh update blog lepas nie.


Ataupun alasan anda henpon tak canggih, takde iPhone atau Blackberry, dengan update blog guna SMS anda tak perlu hendpon secanggih itu, guna Nokia Tiga Tiga Seposen pun boleh update blog tau.

Ataupun alasan anda kat umah takde internet, cyber cafe jauh, office takde internet atau bos tak bagi update blog kat ofis atau beribu-ribu alasan lain yang tak munasabah dalam era canggih manggih sekarang nie.


Ehh...berapa banyak ataupun daa....

Caranya camne.....hehehe..lama sangat membebel sampai lupa nak bagi tau camne caranya...Begini caranya....

Step 1 : Daftar Emel Blogger Anda

1. Log masuk ke dalam akaun Blogger anda.

2. Kemudian di Dashboard  (Papan Pemuka) akaun anda pilih Setting seperti di bawah :


3. Kemudian di bahagian Setting pilih Email & Mobile seperti di bawah :




4. Kemudian pilih section Posting Option. Step yang bawah ni penting yer... Bahagian yang menunjukkan bintang (***) perlu diisi dengan apa-apa sahaja kombinasi angka dan huruf seperti mat2u atau 123456. Tetapi ingat, jangan dedahkan emel anda kepada orang lain, sebab emel ini akan digunakan untuk update laman blog anda kelak. Lepas tu klik kat option Publish emails immediately. Pastu jangan lupa jugak tekan butang Save Settings, nanti tak disimpan pulak perubahan yang dibuat.



5. Step seterusnya ialah anda perlu mendaftar SMS anda melalui www.dapat.com dengan menaip BLOG REG [label] [alamat emel blogger] dan hantar ke 32728. Anda boleh memberikan apa sahaja nama ke dalam ruangan label tesebut. Contoh SMS : BLOG REG MATTUYU azakuzy.123456@blogger.com 

6. Setelah pendaftaran berjaya, satu notifikasi emel akan dihantar kepada anda.

 
Step 2 : Kemaskini Blog Melalui SMS

1. Hantar SMS dengan menaip BLOG [label] [tajukposting] # [kandunganblog] dan hantar ke 32728.
    Contoh SMS : BLOG MATTUYU Test # Ini satu cobaan update guna sms.

2. Setelah sms anda tadi berjaya dipaparkan di blog, anda akan mendapat satu notifikasi yang menunjukkan anda telah berjaya menerbitkan catatan anda tersebut.

Itu sahaja.....Mudah bukan....

Jadi lepas nie takde alasan yang tak munasabah untuk anda tak leh update blog anda, kecuali kredit tepon anda abis, itu... sendiri mau ingat laa....

21 November 2009

SMS

Jika anda dpt mmbaca msg ini,brmakna saya dah berjaya update blog dgn sms.Nak tau camne caranya....Tungguu!!!

17 November 2009

Sekadar Renungan Untuk Dikongsi




Assalamualaikum & bertemu kembali...

Secara sedar atau tidak, semua yang berlaku dalam hidup kita atau di dalam dunia ini adalah mengikut Sunnatullah iaitu hukum Allah yang telah ditetapkanNya.

Salah satu Sunnatullah antaranya ialah kejadian makhluk ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

Beberapa contoh kejadian yang bergerak berlawanan jam adalah :


  1. Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.



  2. Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam.


  3. Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.


  4. Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam.



  5. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam.


  6. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.


  7. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.


  8. Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.



  9. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya.


Kalau kita lihat kepada kejadian Allah yang setiap hari semua orang akan lalui iaitu terbit matahari dari timur ke barat juga berlawan arah jam dan arah kompas juga dari utara ke selatan dan dari timur ke barat semuanya mengikut gerakan lawan arah jarum jam.

Apabila kita sudah mula mendengar matahari terbit dari barat dan tenggelam ke timur iaitu pergerakan ikut arah jarum jam, maka saat itu Sunatullah sudah tidak diikuti dan seperti mana kita semua sedia maklum tunggu sahaja kedatangan hari Pembalasan.



Pergerakan dalam tawaf juga pergerakan lawan arah jam

Membaca Al-Quran & tulisan Arab serta Jawi juga dari kanan ke kiri

Jadi secara sedar atau tidak, apabila kita atau isteri, pembantu rumah, pembantu pejabat mengacau air, kuah, gulai secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF ke dalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.

Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila elektron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.

Jadi fikir-fikirkan dan renungkanlah untuk kebaikan bersama...mengapa jarum jam kita di rumah, pejabat dan semua tempat di dunia bergerak berlawanan dengan hukum Sunatullah. Mungkinkah ini angkara musuh-musuh kita untuk menghancurkan kebenaran yang semakin lenyap???

Jadi, sebelum melakukan sesuatu, ingatlah...

Lakukan apa saja dengan bermula ke arah kanan.

Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.
Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.

Dan peringatan buat sang ibu & isteri, kalau mahu suami dan anak serta keluarga sentiasa ceria dan bahagia, lepas nie kalau kacau air atau gulai atau buat apa sahaja kerja mulai dari kanan dan ikut arah lawan jam yer...Insya Allah aman rumahtangga.

10 November 2009

Menziarahi Keluarga Yang Akan Berangkat ke Mekah

Assalamualaikum & selamat bertemu kembali...

Minta maaf kepada semua sebab sudah lama tidak mengemaskini laman blog disebabkan kesibukan jadual seharian dan pelbagai hal yang diuruskan.

Entri kali ini ingin berkongsi tentang aktiviti terkini iaitu menziarahi En Matar, Puan Azizah & Puan Maheran yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada pagi 11 November 2009 jam 3.00 pagi dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor.

Kami sekeluarga termasuk keluarga Mak Long Gayah & Mak Long Maniseh, Pokde & Mokde, Pak Rashid & Mak Ton telah datang menziarahi keluarga Pak Cik Matar pada malam 9 November 2009 (Isnin). Ketika menziarahi mereka, sedikit doa selamat dan penerangan tentang ibadah haji telah dibuat oleh Pak Ngah selaku Penasihat Khas Agama Keluarga Mat Tuyu.

Selesai menziarahi Pak cik Matar & Makcik Azizah, kami beramai-ramai menziarahi pula Mak Unggal dan telah membuat doa selamat & penerangan ringkas oleh Pak Ngah kepada Mak Unggal. Selesai semua kami pulang pada jam 12.00 malam. Di rumah Mak Unggal semua ahli keluarganya ada bersama kecuali Kak Aishah yang sibuk menguruskan ibunya Mak Kiah yang juga akan bersama-sama berangkat ke Tanah Suci bersama 3 lagi ahli keluarga kita yang lain. Turut datang menziarahi Mak Unggal ialah En Hafiz Azhar sekeluarga.

Untuk pengetahuan yang lain, mereka akan berangkat pada pagi 11 Nov 2009 jam 3.00 pg menuju ke Kelana Jaya dan berlepas pada jam 5.00 pagi ke Jeddah. Mereka dijangka pulang ke tanahair pada 21 Disember 2009.

Jadi sama-samalah kita berdoa agar mereka selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair serta mendapat Haji yang Mabrur. Amin!!!



Pakcik & Pak Ngah sedang berbincang tentang ibadah haji...yang lain berborak


Makcik sedang mendapat sedikit tunjuk ajar dari Pak Ngah


Kelihatan Pokde, Ir Mazid & Ayah Sabrina


Cik Ah tengah memandang mee goreng & roti canai


Sedang menjamu selepas doa selamat


Beg jemaah haji kita


Sesi menyayat hati I


Sesi menyayat hati II


Suasana di rumah Mak Unggal


Sedang berbual-bual dengan bakal haji kita, Puan Maheran


Gambar kenangan bakal haji kita bersama keluarga sebelum berangkat

01 November 2009

Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Ke-62 Puan Latifah Hj Mohamed

Assalamualaikum dan bertemu kembali...



Semalam, 31 Oktober 2009 (Sabtu) bertempat di Mann Chalet, Jalan Junid, Muar telah diadakan majlis sambutan Ulang Hari Lahir Ke-62, Puan Latifah Hj Mohamed @ Mak Long Gayah. Majlis yang serba sederhana tetapi meriah telah dihadiri oleh ahli Keluarga Mat Tuyu terdiri dari atuk, mak-mak dan bapa-bapa sedara, anak menantu serta cucu-cucu kesayangan.



Acara ini sebenarnya menurut anak beranak Long Gayah adalah satu kejutan kepada ibu mereka, kerana beliau tidak mengetahui yang ramai keluarga dijemput. Walau pun tak berapa terkejut (kata blogmaster LonggayahMat2U), tetapi majlis tetap meriah dengan acara potong kek dan nyanyian Lagu rasmi Hari Jadi Keluarga Mat Tuyu " Allah Selamatkan Kamu " dan lagu " Selamat Hari Jadi ".


Selebihnya, dipersilakan untuk menatap foto yang telah dirakam pada majlis tersebut.


Majlis diadakan di Mann Chalet

Kedatangan dif yang diraikan, Long Gayah

Tuan Hj Ahmad @ Pak Ngah sedang membaca doa


Pak Ngah membaca doa sambil di security oleh Tuan Inspektor kita, Insp. Roslan


Long Gayah di hadapan kek hari jadi


Beramai-ramai menyanyi Allah Selamatkan Kamu & Selamat Hari Jadi


Long Gayah dikalungkan dengan bunga Malai oleh Ir Mazid


Mokde sedang memberi hadiah serta ciuman


Mak Unggal berposing sampaikan hadiah


Ole-ole dari Bintulu disampaikan oleh wakilnya, Atuk Pn Hjh Ramlah


Ewah-ewah...sempat Presiden De Gorgeous berposing sambil sampaikan hadiah kepada ibu tercinta


Kelihatan hadirin beratur menikmati juadah (jangan berebut yer...)


Hadirin sedang mengambil juadah nasi beringin


Inilah lauk pauknya, kari ayam & rendang daging


Sambungannya sambal udang & acar


Bergambar tiga beranak, Mak Long Gayah, Atuk & Mak Ngah

Related Posts with Thumbnails